{"id":15809,"date":"2025-12-23T07:13:11","date_gmt":"2025-12-22T23:13:11","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=15809"},"modified":"2025-12-23T07:13:20","modified_gmt":"2025-12-22T23:13:20","slug":"keputusan-kes-titah-adendum-najib-tidak-nafikan-kuasa-raja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=15809","title":{"rendered":"Keputusan kes titah adendum Najib tidak nafikan kuasa Raja"},"content":{"rendered":"\n<p>Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengesahan titah adendum bagi menjalani tahanan rumah adalah selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pakar undang-undang, Salim Bashir menegaskan, keputusan tersebut juga sama sekali tidak menafikan kuasa dan prerogatif Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, mahkamah menilai kes berkenaan berdasarkan kerangka perlembagaan yang memperincikan kuasa pengampunan serta tatacara pelaksanaannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Salim yang juga bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia berkata, titah adendum yang dikemukakan dalam kes tersebut berada bawah bidang kuasa pelaksanaan pihak penjara dan bukan diputuskan melalui Lembaga Pengampunan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMahkamah berpendirian bahawa titah adendum yang menitahkan Datuk Seri Najib menjalani tahanan rumah tidak diputuskan melalui Mesyuarat Lembaga Pengampunan.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh sebab itu, dari sudut perlembagaan, pelaksanaannya tidak memenuhi kehendak Perkara 42,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan mahkamah itu tidak mengehadkan atau mencabar kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa kuasa pengampunan merupakan prerogatif Raja.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, pelaksanaan kuasa tersebut perlu dibuat mengikut nasihat dan prosedur yang ditetapkan melalui Lembaga Pengampunan, sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKuasa Raja kekal utuh, tetapi pelaksanaannya hendaklah dibuat secara berperlembagaan dan melalui mekanisme yang telah ditetapkan,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Salim turut menjelaskan, kes Datuk Seri Najib Tun Razak berbeza daripada kes-kes terdahulu kerana ia melibatkan dakwaan titah adendum yang tidak diputuskan dalam sidang rasmi Lembaga Pengampunan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam kes-kes sebelum ini, mahkamah mengiktiraf kuasa Yang di-Pertuan Agong apabila keputusan dibuat melalui proses Lembaga Pengampunan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kes ini, proses tersebut tidak berlaku,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib untuk mengesahkan titah adendum yang didakwa membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan bahawa titah berkenaan tidak sah kerana tidak diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Januari lalu, sekali gus tidak mematuhi Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.-23\/12\/2025 <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengesahan titah adendum bagi menjalani tahanan rumah adalah selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Pakar undang-undang, Salim Bashir menegaskan, keputusan tersebut juga sama sekali tidak menafikan kuasa dan prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Jelas beliau, mahkamah menilai kes berkenaan berdasarkan kerangka perlembagaan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15810,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-15809","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15809","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=15809"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15809\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15811,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15809\/revisions\/15811"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/15810"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=15809"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=15809"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=15809"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}