{"id":1595,"date":"2023-12-12T17:09:34","date_gmt":"2023-12-12T09:09:34","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=1595"},"modified":"2023-12-12T17:14:27","modified_gmt":"2023-12-12T09:14:27","slug":"jadi-menteri-luar-saham-politik-mat-hasan-tergugat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=1595","title":{"rendered":"Jadi Menteri Luar\u2026.saham politik Mat Hasan tergugat?"},"content":{"rendered":"\n<p>Kilang gosip dan sok sek serta nujum politik sudah rancak putar macam macam cerita sejurus selesai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umum rombakan kabinet pada pagi Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara tumpuan sudah tentulah pada pertukaran Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dari Menteri Pertahanan kepada Menteri Luar.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin dipindahkan dari Menteri Pendidikan Tinggi ke Kementerian Pertahanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Kadir pula ditukar dari Kementerian Luar jadi Menteri Pendidikan Tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan rahsia lagi dikalangan orang politik sentiasa menilai jawatan Menteri Luar akan turunkan saham politik penyandangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara lain kerana kementerian itu &#8216;tidak ada apa apa menarik&#8217; boleh diberi kepada penyokong dari sudut perniagaan dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu menteri berkenaan kerap kena berada di luar negara jauh dari penyokongnya dan akar umbi parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menerusi cacatan di laman facebooknya dakwa Anwar buat pertukaran kementerian Mohamad Hasan untuk membantu kukuhkan kedudukan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai<br>Presiden UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDemi menyekat kemaraan Mohamad Hasan, maka Anwar hantar dia ke Kementerian Luar, iaitu sebuah kementerian yang penting untuk negara tapi tidak strategik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKementerian luar tidak strategik bagi Tok Mat (Mohamad Hasan) kerana beliau akan terpaksa berada di luar negara untuk tempoh yang lama dan ini membuka ruang untuk Zahid terus mencatur sokongan untuk dirinya sendiri dalam Umno,\u201d kata Wan Saiful, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, walaupun melakukan khidmat penting untuk negara, kedudukan Mohamad akan dilemahkan kerana tidak banyak agensi yang boleh digunakan sebagai payung kepada akar umbi Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaksudnya, walaupun melakukan khidmat penting untuk negara, kedudukan Tok Mat dalam Umno sedang dilemahkan oleh Zahid.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnwar bantu mencaturkan untuk melemahkan rival Zahid sebab Zahid mungkin sudah mula rasa insecure juga,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Wan Saiful mendakwa Anwar melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Amir Hamzah Azizan sebagai menteri kedua kerana perdana menteri tidak mempercayai ahli parlimennya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnwar sendiri telah sedar dia tidak kompeten sebagai menteri kewangan. Kesedaran ini membawa kepada pelantikan seorang tokoh korporat sebagai menteri kewangan kedua.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPelantikan tokoh korporat menunjukkan betapa Anwar tiada keyakinan terhadap ahli-ahli Parlimen sendiri. Dalam sebegitu ramai ahli Dewan Rakyat kerajaan, dan sebegitu ramai pemimpin parti-parti dalam kerajaan yang boleh dilantik jadi senator, nampaknya Anwar berpandangan tiada seorang pun yang kompeten untuk menjadi menteri kewangan kedua.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka dia terpaksa mencari orang yang kompeten dari luar Parlimen dan luar parti,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Amir Hamzah awal pada Selasa mengangkat sumpah sebagai senator bagi membolehkannya dilantik sebagai menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Saiful kemudian mempersoalkan sebab di sebalik pelantikan ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, sedangkan dia layak dilantik sebagai menteri kewangan kedua.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya dari awal tahun 2023 lagi dah sebut bahawa Johari adalah tokoh berwibawa. Malangnya Johari hanya jadi menteri erladangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya rasa Anwar bimbang kalau Johari jadi menteri kewangan kedua, maka dia akan outshine (lebih menyinar daripada) Anwar sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOrang yang insecure (rasa tidak selamat) macam Anwar memang tak akan lantik sesiapa yang boleh jadi rival (saingan) ke jawatan besar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelantikan itu menyaksikan kemunculan semula Johari dalam pentadbiran selepas berehat selama lima tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia kali terakhir berkhidmat sebagai menteri kewangan kedua di bawah pentadbiran BN di bawah bekas perdana menteri Najib Razak dari Jun 2016 sehingga kejatuhan pemerintahan BN pada Mei 2018.-12\/12\/2023<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kilang gosip dan sok sek serta nujum politik sudah rancak putar macam macam cerita sejurus selesai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umum rombakan kabinet pada pagi Selasa. Antara tumpuan sudah tentulah pada pertukaran Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dari Menteri Pertahanan kepada Menteri Luar. Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin dipindahkan dari<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1598,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-1595","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1595","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1595"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1595\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1597,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1595\/revisions\/1597"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1598"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1595"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1595"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1595"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}