{"id":16137,"date":"2026-01-07T07:02:12","date_gmt":"2026-01-06T23:02:12","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=16137"},"modified":"2026-01-07T07:05:03","modified_gmt":"2026-01-06T23:05:03","slug":"destinasi-pelancongan-kulinari-pelanggan-rembayung-dari-singapura-antara-yang-terawal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=16137","title":{"rendered":"Destinasi pelancongan kulinari, pelanggan Rembayung dari Singapura antara yang terawal"},"content":{"rendered":"\n<p>Rembayung restoran masakan Melayu T20 milik usahawan Khairul Aming kini menjadi tarikan baru destinasi pelancongan kulinari di Kuala lumpur selepas dibuka secara rasmi pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Seawal 10 pagi, pelanggan dari segenap pelosok Malaysia termasuk Singapura, yang berjaya merebut tempat terawal telah mula menunggu di hadapan restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur, itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan sistem tempahan sahaja diterima maknanya pelanggan tidak boleh walk-in jika hendak ke restoran dengan pelaburan RM4juta ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya antara ratusan yang dapat 480 slot hari pertama, ada terselit warga Singapura, Nur Insyirah Feera Ismail, 38 tahun, tidak menyangka usaha selama 15 minit beliau bersama ibu dan kakak untuk mendapatkan slot tempahan Rembayung membuahkan hasil, meskipun berdepan masalah teknikal ketika proses itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya anggap ini hadiah bulan madu kerana baru empat bulan berkahwin dengan suami, Mohammad Arif Selamat dan juga hadiah hari lahir saya yang jatuh pada 1 Januari lalu.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"400\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/rembayung2-600x400.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16139\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/rembayung2-600x400.jpg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/rembayung2-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/rembayung2-768x512.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/rembayung2.jpg 800w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cSaya dan keluarga memang peminat Khairul Aming dan kami penggemar produk sambal dan rendang keluarannya. Kami juga suka tonton video beliau memasak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi apabila beliau buka restoran kami sangat teruja mahu mencuba sendiri air tangannya,\u201d kata cikgu sekolah di Singapura itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Nur Insyirah berkongsi bahawa menu masak lemak siput sedut dan daging salai, serta sambal sotong yang dipesan, menepati citarasanya, walaupun suaminya mendapati ia agak pedas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemang sedap dan harganya amat berpatutan kerana saiz hidangan yang besar. Tak sia-sia kami datang dari jauh untuk menjamu selera di Rembayung. Lebih teruja dapat jumpa sendiri Khairul Aming secara berdepan, selalu dilihat di media sosial saja,\u201d katanya dipetik BH Singapura.<\/p>\n\n\n\n<p>Rembayung menyajikan menu masakan tradisional Melayu seperti masak lemak cili api daging salai dan siput sedut, sambal udang, masak lemak terung yang juga resipi tradisi keluarga Khairul Aming dan pelbagai lagi pilihan termasuk pencuci mulut seperti kuih Melayu dan rojak buah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda beberapa komen saya terima antaranya kuah gulai dikatakan agak pekat. Saya terima semua teguran dan kita akan sentiasa perbaiki dan terus berikan yang terbaik buat pelanggan hari demi hari,\u201d kata Khairul Aming.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun konsep tempahan awal di Rembayung telah dihebahkan, masih ramai pengunjung dari Singapura, Brunei, dan serata Malaysia datang untuk mencuba masakan Khairul Aming secara langsung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKasihan juga tetapi kita memang tidak boleh terima walk-in kerana semuanya sudah disusun mengikut tempahan,\u201d kata Khairul Aming.-7\/1\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rembayung restoran masakan Melayu T20 milik usahawan Khairul Aming kini menjadi tarikan baru destinasi pelancongan kulinari di Kuala lumpur selepas dibuka secara rasmi pada Selasa. Seawal 10 pagi, pelanggan dari segenap pelosok Malaysia termasuk Singapura, yang berjaya merebut tempat terawal telah mula menunggu di hadapan restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur, itu. Dengan sistem tempahan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16138,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[105],"tags":[],"class_list":["post-16137","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kembara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16137","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16137"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16137\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16142,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16137\/revisions\/16142"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16138"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16137"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16137"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16137"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}