{"id":16170,"date":"2026-01-08T07:00:01","date_gmt":"2026-01-07T23:00:01","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=16170"},"modified":"2026-01-08T07:00:03","modified_gmt":"2026-01-07T23:00:03","slug":"anwar-terima-darjah-kebesaran-tertinggi-turkiye","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=16170","title":{"rendered":"Anwar terima darjah kebesaran tertinggi Turkiye"},"content":{"rendered":"\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Order of the Republic, darjah kebesaran tertinggi Turkiye.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganugerahan itu sebagai pengiktirafan terhadap peranan beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye.<\/p>\n\n\n\n<p>Anugerah berkenaan disampaikan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu majlis rasmi di Kompleks Presiden, bersempena lawatan rasmi tiga hari Datuk Seri Anwar ke republik itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Anwar dalam satu kenyataan berkata, beliau menerima penganugerahan itu dengan penuh rasa syukur dan rendah diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, anugerah berkenaan bukan diterima atas kapasiti peribadi, sebaliknya sebagai penghormatan kepada seluruh rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenganugerahan ini juga melambangkan keakraban persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan aspirasi bersama untuk keamanan serta kemakmuran sejagat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"400\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/anwar-turki-600x400.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16172\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/anwar-turki-600x400.jpg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/anwar-turki-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/anwar-turki-768x512.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/anwar-turki.jpg 1000w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Malaysia dan Turkiye bersetuju meningkatkan hubungan dua hala ke tahap Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC).<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri berkata, usaha itu bagi mempercepat kerjasama perdagangan, pelaburan dan ekonomi dalam suasana ketidaktentuan global yang semakin mencabar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami sedar bahawa kerjasama yang bersifat praktikal sahaja tidak lagi mencukupi dalam dunia yang penuh ketidaktentuan ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ini menuntut pendekatan dan dasar baharu yang lebih menyeluruh, khususnya bagi memperkukuh perdagangan, pelaburan dan kerjasama antara kedua-dua negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersama Erdogan di Kompleks Presiden, di Ankara.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar menegaskan, persetujuan untuk meningkatkan kerjasama ke tahap HLSCC mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan kukuh antara Malaysia dan Turkiye.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Perdana Menteri, kerjasama dua hala turut diperluas ke bidang baharu termasuk teknologi, pertahanan, pendidikan, penyelidikan dan kewangan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Mesyuarat HLSCC berperanan sebagai platform utama bagi menilai status kerjasama dua hala, menyemak kemajuan inisiatif sedia ada serta meneroka peluang kerjasama baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbincangan turut merangkumi sektor utama seperti perdagangan, pelaburan, pertahanan dan kesihatan, selaras dengan kepentingan strategik kedua-dua negara.-8\/1\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Order of the Republic, darjah kebesaran tertinggi Turkiye. Penganugerahan itu sebagai pengiktirafan terhadap peranan beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye. Anugerah berkenaan disampaikan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu majlis rasmi di Kompleks Presiden, bersempena lawatan rasmi tiga hari Datuk Seri Anwar ke [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16171,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-16170","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16170","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16170"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16170\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16173,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16170\/revisions\/16173"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16171"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16170"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16170"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16170"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}