{"id":16234,"date":"2026-01-10T15:59:43","date_gmt":"2026-01-10T07:59:43","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=16234"},"modified":"2026-01-10T15:59:50","modified_gmt":"2026-01-10T07:59:50","slug":"glamping-with-pride-pihak-berkuasa-pantau-rapi-aktiviti-seks-songsang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=16234","title":{"rendered":"\u201cGlamping With Pride\u201d\u2026 Pihak berkuasa pantau rapi aktiviti seks songsang"},"content":{"rendered":"\n<p>Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan pihak berkuasa memantau rapi penganjuran program \u201cGlamping With Pride\u201d dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha atau pendekatan yang menormalisasikan perlakuan seks songsang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, perlakuan seks songsang jelas bercanggah dengan prinsip serta ajaran agama, di samping bertentangan dengan nilai akhlak, tamadun dan kerangka perundangan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerbuatan sedemikian adalah satu kesalahan di bawah undang-undang sedia ada, termasuk peruntukan Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Seksyen 25] serta Kanun Keseksaan [Seksyen 377A, 377B, 377C dan 377D] yang memperuntukkan kesalahan berkaitan seks luar tabii,\u201d katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sirajuddin menegaskan perkara itu sudah berada dalam pemantauan rapi oleh JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPihak berkuasa tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penganjuran atau pelaksanaan program yang didapati bercanggah dengan ajaran Islam dan tindakan tegas akan diambil selaras dengan undang-undang yang sedang berkuat-kuasa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, JAKIM akan terus melaksanakan peranan penerangan, pendidikan dan pencegahan kepada masyarakat, khususnya umat Islam di negara ini, agar tidak terpengaruh atau menormalisasikan perlakuan songsang sebagai satu gaya hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua pihak dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan menyerahkan sebarang isu berkaitan kepada pihak berkuasa agama Islam untuk tindakan selanjutnya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program \u2018Glamping With Pride\u2019 yang dijadualkan berlangsung di Hulu Langat, Selangor hujung minggu depan dianjurkan sebuah badan bukan kerajaan sebagai platform untuk memberi tumpuan kepada isu kesihatan dan hak bagi lelaki gay, biseksual serta lelaki lain yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.-10\/1\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan pihak berkuasa memantau rapi penganjuran program \u201cGlamping With Pride\u201d dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha atau pendekatan yang menormalisasikan perlakuan seks songsang. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, perlakuan seks songsang jelas bercanggah dengan prinsip serta ajaran agama, di samping bertentangan dengan nilai akhlak, tamadun dan kerangka [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16235,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-16234","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16234","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16234"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16234\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16236,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16234\/revisions\/16236"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16235"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16234"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16234"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16234"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}