{"id":16660,"date":"2026-01-24T08:53:09","date_gmt":"2026-01-24T00:53:09","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=16660"},"modified":"2026-01-24T08:53:11","modified_gmt":"2026-01-24T00:53:11","slug":"pm-mahu-projek-ternakan-babi-bukit-tagar-dinilai-semula","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=16660","title":{"rendered":"PM mahu projek ternakan babi Bukit Tagar dinilai semula"},"content":{"rendered":"\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan isu kontroversi- kawasan ternakan babi baharu di Bukit Tagar akan dinilai semula, dengan penekanan diberikan terhadap aspek persekitaran dan keresahan rakyat pelbagai kaum yang tinggal berhampiran kawasan terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berpandangan kebimbangan masyarakat setempat wajar diberi perhatian serius, walaupun teknologi ternakan yang dicadangkan adalah yang terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya akan bincang semula dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengambil kira keresahan dan juga nasihat dan titah Tuanku Sultan Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTentunya ini bidang kuasa dan wibawa kerajaan Selangor, tapi saya fikir ia telah menimbulkan sedikit keresahan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Al-Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Seri Anwar berkata, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri Besar Selangor bagi mendapatkan pandangan serta mempertimbangkan cadangan supaya projek tersebut dibatalkan sementara waktu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor, bagi mendapatkan pandangan agar, jika boleh, projek tersebut dibatalkan terlebih dahulu dan dipertimbangkan semula di kawasan yang lebih sesuai, dengan syarat teknologi itu benar-benar terjamin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun teknologi tersebut merupakan yang terbaik, namun sekiranya pelaksanaannya di kawasan yang menimbulkan keresahan, ia sememangnya tidak wajar diteruskan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, beliau turut mencadangkan agar pilihan lain dipertimbangkan, termasuk membangunkan projek ternakan di kawasan sedia ada yang telah mempunyai aktiviti ternakan, dengan syarat pematuhan ketat terhadap penggunaan teknologi baharu yang menjamin keselamatan alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri turut menegaskan isu pencemaran daripada aktiviti ternakan tidak boleh dipandang ringan, khususnya melibatkan ternakan ayam dan babi yang berpotensi memberi kesan besar kepada alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIsu kandang ternakan ayam, ternakan babi lebih lagi, itu masalah pencemaran yang sangat berat, sepertimana berlaku di Morib sekarang,\u201d katanya.-24\/1\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan isu kontroversi- kawasan ternakan babi baharu di Bukit Tagar akan dinilai semula, dengan penekanan diberikan terhadap aspek persekitaran dan keresahan rakyat pelbagai kaum yang tinggal berhampiran kawasan terbabit. Beliau berpandangan kebimbangan masyarakat setempat wajar diberi perhatian serius, walaupun teknologi ternakan yang dicadangkan adalah yang terbaik. \u201cSaya akan bincang [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16661,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-16660","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16660","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16660"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16660\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16662,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16660\/revisions\/16662"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16661"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16660"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16660"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16660"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}