{"id":16734,"date":"2026-01-28T06:38:45","date_gmt":"2026-01-27T22:38:45","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=16734"},"modified":"2026-01-28T06:38:46","modified_gmt":"2026-01-27T22:38:46","slug":"kerajaan-teliti-semula-perjanjian-art-jalankan-analisis-kos-faedah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=16734","title":{"rendered":"Kerajaan teliti semula Perjanjian ART&#8230; jalankan analisis kos-faedah"},"content":{"rendered":"\n<p>Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menjalankan analisis kos-faedah (CBA) terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia\u2013Amerika Syarikat yang dimeterai tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) membantu kementerian dalam melaksanakan analisis berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTumpuan khusus akan diberikan kepada kesan eksport negara ke Amerika Syarikat bernilai RM233.1 bilion, lebihan dagangan RM98.7 bilion serta kelangsungan perniagaan, perlindungan dan pekerjaan yang dianggarkan bernilai RM648,000,\u201d katanya pada sesi pertanyaan di Dewan Rakyat, Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Putrajaya (PN), Datuk Dr Radzi Jidin mengenai pelaksanaan analisis kos-faedah sebelum menandatangani ART, agensi yang terlibat, kemungkinan rundingan semula klausa perjanjian serta kesan sekiranya kerajaan berhasrat menamatkan perjanjian itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Johari berkata setakat ini Malaysia belum menerima sebarang notis rasmi daripada Amerika Syarikat berhubung garis masa untuk meratifikasi ART.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan sedang meneliti semula inti pati ART bagi memastikan kepentingan ekonomi negara terpelihara dan mengurangkan risiko kepada perdagangan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, mengulas kebimbangan mengenai kemungkinan tarif tambahan ke atas Malaysia seperti dikenakan ke atas Korea, Johari berkata langkah sedemikian boleh memberi kesan besar memandangkan industri semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&amp;E) Malaysia memainkan peranan penting dalam rundingan dengan Amerika Syarikat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia mengambil kira banyak faktor, termasuk nilai eksport RM233 bilion ke AS. Industri semikonduktor dan E&amp;E adalah sektor penting negara, dan bukan hanya Malaysia, tetapi juga Hong Kong, Taiwan, Korea serta banyak negara lain terlibat. Sekiranya kita tidak berperanan dalam rundingan, Amerika tidak akan ambil peduli.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, MITI mengambil tindakan menandatangani ART kerana perjanjian ini bukan bersifat tetap dan terdapat tempoh \u2018grace period\u2019 untuk pertukaran. Sehingga kini, tiada perubahan berlaku dan kadar tarif kekal 19 peratus,\u201d jelasnya.-28\/1\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menjalankan analisis kos-faedah (CBA) terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia\u2013Amerika Syarikat yang dimeterai tahun lalu. Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) membantu kementerian dalam melaksanakan analisis berkenaan. \u201cTumpuan khusus akan diberikan kepada kesan eksport [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16735,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-16734","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16734","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16734"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16734\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16736,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16734\/revisions\/16736"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16735"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16734"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16734"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16734"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}