{"id":17229,"date":"2026-02-23T09:09:00","date_gmt":"2026-02-23T01:09:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=17229"},"modified":"2026-02-24T06:10:02","modified_gmt":"2026-02-23T22:10:02","slug":"cadangan-had-jawatan-pm-10-tahun-jalan-terusia-bermula-dengan-sayalahkata-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=17229","title":{"rendered":"Rang Undang-Undang bagi mengehadkan tempoh jawatan PM kepada 10 tahun dibentang di Dewan Rakyat hari ini\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Kata dikota..seperti dijanjikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau antara lain beritahu bacaan kali kedua dijangka berlangsung pada minggu depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan naskhah biru, Rang Undang-Undang (RUU) itu bertujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Azalina menjelaskan Anwar masih boleh terus menjawat jawatan itu sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), sekali gus membolehkan beliau berkhidmat dengan baki tempoh tujuh tahun lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, selepas tamat tempoh 10 tahun, pemimpin itu tidak boleh lagi dilantik ke jawatan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Azalina, RUU itu memperuntukkan tahun perkhidmatan bagi mana-mana Perdana Menteri dan bukan ditentukan berdasar tempoh penggal Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSiapa mahu jadi Perdana Menteri, dia tak boleh lebih dari 10 tahun. Jadi yang mana kita buat dalam pindaan Perlembagaan ini, dia juga (ambil) kira kepada tahun-tahun dia sudah berkhidmat sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaknanya juga, ia dikira ke belakang\u2026jadi Perdana Menteri yang ada hari ni, kalau katakan PMX (Anwar), dia menang lagi PRU16, dia nak jadi Perdana Menteri sekali lagi, boleh. Tapi kalau dikira dari tahun, dia tinggal tujuh tahun saja, bukannya mahu bagi dia 10 tahun lagi, tidak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMungkin Tan Sri Muhyiddin Yasin kalau jadi Perdana Menteri lagi sebab dia menang, mungkin dia tinggal lapan tahun. Kemudian, Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mungkin tinggal sembilan tahun,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat mengenai RUU pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi itu dihadiri ahli-ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Azalina berkata pindaan dalam RUU itu selaras janji manifesto PRU lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerlembagaan boleh dipinda. Kerajaan seterusnya yang mempunyai majoriti dua pertiga boleh meminda undang-undang. Malah tempoh jawatan juga boleh diubah semula dan mereka boleh buat jika mahu Perdana Menteri pada hari ini kekal selama-lamanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika kamu mempunyai undi sokongan dua pertiga atau lebih di Parlimen, kamu boleh melakukan apa sahaja terhadap Perlembagaan. Apa kita lakukan, kerajaan ini bersama rakan-rakan gabungan sedang membawa kepada rakyat apa yang kita janjikan dalam manifesto PRU ke-15 lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam manifesto, ada parti mencadangkan dua penggal, ada parti yang mencadangkan sepuluh tahun. Jadi pada asasnya, kerajaan sedang melaksanakan apa yang sudah dijanjikan atau terkandung dalam manifesto. Tetapi, kerajaan seterusnya dengan majoriti baru, masih boleh mengubahnya. Itu sememangnya prerogatif mereka,\u201d katanya.  &#8211; 23\/2\/2026<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"400\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/anwar-sumpah-600x400.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-17284\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/anwar-sumpah-600x400.jpg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/anwar-sumpah-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/anwar-sumpah.jpg 640w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">KUALA LUMPUR, 24 Nov &#8212; Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri&#8217;ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan menyampaikan  Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Istiadat Pengurniaan sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara hari ini.\n\nAl-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.\n\n&#8212; fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Cadangan had jawatan PM 10 tahun jalan terus\u2026ia bermula dengan sayalah,kata Anwar<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang pasti tidak ada &#8216;koner baring&#8217; pada cadangan pindaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun yang akan dikemukakan untuk kelulusan Parlimen tidak lama lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hari ini cadangan berkenaan akan terpakai untuk dirinya terlebih dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya beliau tidak akan membuat undang-undang untuk orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa bermula dengan sayalah. Saya tidak akan membuat undang-undang untuk orang lain. Undang-undang itu mesti terpakai kepada saya dahulu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata tempoh 10 tahun itu memadai untuk seorang Perdana Menteri menjalankan amanah dan melepaskan jawatan itu kepada calon lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menyatakan demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah di Kampung Seri Cheeding, Kuala Langat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya ingat sesiapa yang mahu berkhidmat dengan ikhlas kepada negara, 10 tahun itu cukup\u2026memadai untuk dia lakukan sebaiknya dan selepas itu sepatutnya dia sedia melepaskan untuk rakan-rakan yang lain meneruskan khidmat. Itu pandangan kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, jika mendapat sokongan, pindaan itu akan diluluskan pada sidang Parlimen akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita minta segerakan dan kalau ada konsensus, majoriti ahli Parlimen, kita boleh luluskan dalam sidang akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Mac tahun lepas, Anwar semasa mempengerusikan mesyuarat Kabinet mengarahkan agar cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dikaji secara teliti dan mendalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala pada 5 Januari lalu, Perdana Menteri semasa Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri berkata rang undang-undang bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh, antara empat perundangan baharu yang akan dibentangkan sebagai hala tuju Parlimen tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said menerusi satu kenyataan baru-baru ini beritahu kerajaan bersetuju dengan cadangan dasar pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun sebagai langkah penting bagi memperkukuh prinsip akauntabiliti, semak dan imbang serta tadbir urus berteraskan Perlembagaan Persekutuan di bawah agenda reformasi institusi Kerajaan Madani.<\/p>\n\n\n\n<p>Kaanya keputusan itu dicapai pada mesyuarat jemaah menteri semalam ( 30 Januari) selepas penelitian menyeluruh dibuat terhadap input dasar, pandangan awam serta syor yang dikemukakan menerusi sesi libat urus holistik dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Cadangan pengehadan tempoh jawatan ini bertujuan mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan, memperkukuh sistem demokrasi serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepimpinan negara, selaras dengan amalan demokrasi matang pada peringkat antarabangsa,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebelakangan ini antara negara yang amal hadkan tempoh jawatan pemimpin nombor satu negara ialah Amerika dan Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Malaysia setakat ini Tun Dr Mahathir Mohamad pegang rekod paling lama sebagai Perdana Menteri yakni 22 tahun. &#8211; 20\/2\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kata dikota..seperti dijanjikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Ia dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau antara lain beritahu [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17230,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-17229","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17229","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17229"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17229\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17302,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17229\/revisions\/17302"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17230"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17229"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17229"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17229"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}