{"id":17507,"date":"2026-03-03T22:54:05","date_gmt":"2026-03-03T14:54:05","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=17507"},"modified":"2026-03-03T22:54:08","modified_gmt":"2026-03-03T14:54:08","slug":"malaysia-airlines-terbang-semula-ke-jeddah-madinah-pada-4-8-mac-doha-masih-digantung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=17507","title":{"rendered":"Malaysia Airlines terbang semula ke Jeddah, Madinah pada 4-8 Mac, Doha masih digantung"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan masuk dan keluar dari Jeddah (JED) serta Madinah (MED) buat sementara waktu pada 4-8 Mac 2026, berikutan penggantungan perkhidmatan yang dimulakan sejak 28 Feb 2026 selepas penutupan ruang udara di beberapa kawasan di Asia Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, perkhidmatan ke Doha (DOH) akan kekal digantung sehingga 7 Mac 2026 memandangkan syarikat penerbangan itu sedang menilai keadaan keselamatan, kata Malaysia Aviation Group (MAG) melalui satu kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua penerbangan lain, termasuk perkhidmatan ke London (LHR) dan Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle (CDG) kekal mengikut jadual, beroperasi pada laluan alternatif jauh dari zon konflik yang terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan dan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif jika perlu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Penumpang dinasihatkan untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui &#8216;My Booking&#8217; bagi perkembangan terbaharu,&#8221; kata MAG.<\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan juga boleh didapati melalui Sembang Langsung di laman web atau hubungi Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines pada 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal adalah keutamaan kami,&#8221; kata kumpulan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>MAG berkata dengan penyambungan semula penerbangan, Malaysia Airlines terus mengambil langkah proaktif untuk melindungi operasi termasuk menggunakan laluan penerbangan alternatif bagi mengelak kawasan terjejas; mengekalkan koordinasi rapat dengan pihak berkuasa penerbangan dan rakan kongsi lapangan terbang; mengukuhkan keselamatan dalam penerbangan serta prosedur operasi; memastikan penumpang dimaklumkan dengan kemas kini selain memberikan sokongan tepat pada masanya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Malaysia Airlines akan terus memantau perkembangan dengan teliti termasuk mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan operasi yang selamat dan boleh dipercayai. -3\/3\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp;Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan masuk dan keluar dari Jeddah (JED) serta Madinah (MED) buat sementara waktu pada 4-8 Mac 2026, berikutan penggantungan perkhidmatan yang dimulakan sejak 28 Feb 2026 selepas penutupan ruang udara di beberapa kawasan di Asia Barat. Bagaimanapun, perkhidmatan ke Doha (DOH) akan kekal digantung sehingga 7 Mac 2026 memandangkan syarikat [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17508,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-17507","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17507","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17507"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17507\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17509,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17507\/revisions\/17509"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17508"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17507"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17507"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17507"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}