{"id":17600,"date":"2026-03-09T11:52:01","date_gmt":"2026-03-09T03:52:01","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=17600"},"modified":"2026-03-09T11:52:03","modified_gmt":"2026-03-09T03:52:03","slug":"prof-diraja-syed-muhammad-naquib-meninggal-dunia-kerajaan-dan-rakyat-ucap-takziah-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=17600","title":{"rendered":"Prof Diraja Syed Muhammad Naquib meninggal dunia&#8230; Kerajaan dan rakyat ucap takziah &#8211; PMX"},"content":{"rendered":"\n<p>Tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, Profesor Diraja Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, meninggal dunia pada pukul 6.47 petang 8 Mac.<\/p>\n\n\n\n<p>Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Masjid Al-Taqwa pada pagi Isnin (9 Mac) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>Dilahirkan pada tahun 1931 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia, Allahyarham dikenali sebagai antara tokoh intelektual Islam paling berpengaruh dalam dunia Islam moden.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang hayatnya, beliau memberikan sumbangan besar kepada perkembangan pemikiran Islam, khususnya dalam bidang falsafah, sejarah, teologi dan pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Allahyarham juga merupakan pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), yang berkembang sebagai pusat penting pengajian pemikiran Islam di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang kerjaya akademiknya, beliau menghasilkan lebih 30 buku serta monograf yang menjadi rujukan penting dalam kajian falsafah dan peradaban Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Syed Muhammad Naquib yang disifatkannya sebagai antara pemikir teragung pada zaman ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, Syed Muhammad Naquib bukan sekadar seorang ahli falsafah, malah tokoh yang mengangkat persoalan besar tentang makna dan tujuan ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui karya-karya pentingnya seperti Islam and Secularism serta Prolegomena to the Metaphysics of Islam, Syed Muhammad Naquib telah mencabar proses pensekularan ilmu dan meletakkan asas intelektual bagi pembentukan pandangan alam Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia mendengar suara beliau, dan dunia Islam turut mengambil manfaat daripada pemikirannya,\u201d kata Anwar dalam satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Syed Muhammad Naquib meninggal dunia pada malam ke-19 Ramadan pada usia 95 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemoga Allah SWT mengurniakan rahmat-Nya kepada beliau dan menempatkannya di kedudukan tertinggi dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah,\u201d katanya.-9\/3\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, Profesor Diraja Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, meninggal dunia pada pukul 6.47 petang 8 Mac. Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Masjid Al-Taqwa pada pagi Isnin (9 Mac) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Dilahirkan pada tahun 1931 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia, Allahyarham dikenali sebagai antara [&#8230;]\n","protected":false},"author":4,"featured_media":17601,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-17600","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17600","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17600"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17600\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17602,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17600\/revisions\/17602"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17601"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17600"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17600"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17600"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}