{"id":17651,"date":"2026-03-11T12:29:52","date_gmt":"2026-03-11T04:29:52","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=17651"},"modified":"2026-03-11T12:29:54","modified_gmt":"2026-03-11T04:29:54","slug":"bersatu-gantung-dua-pemimpin-kanan-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=17651","title":{"rendered":"BERSATU gantung dua pemimpin kanan parti"},"content":{"rendered":"\n<p>Dua lagi pemimpin BERSATU yang menyokong Timbalan Presiden parti itu yang dipecat, Datuk Seri Hamzah Zainudin, digantung daripada keahlian parti tersebut, berkuat kuasa 10 Mac.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ketua Srikandi (Wanita), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, digantung keahlian selama dua penggal pemilihan BERSATU atau enam tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Ronald yang berkongsikan surat Lembaga Disiplin BERSATU mengenai penggantungan itu di Facebook, turut mempersoalkan mengapa beliau hanya digantung dan tidak dipecat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut notis penggantungan oleh Lembaga Disiplin BERSATU itu, Datuk Ronald dan Datuk Mas Ermieyati dikenakan tindakan kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua mereka menegaskan tidak akan membuat rayuan mengenai penggantungan itu kepada Lembaga Disiplin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah menganjurkan program Reset dan hadir bersama Datuk Hamzah dalam perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) di Bangkok (Thailand).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika benar itu adalah satu kesalahan besar, mengapa tidak dipecat?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeputusan ini menguatkan lagi persepsi Lembaga Disiplin parti kini digunakan sebagai alat politik untuk melindungi Presiden dan kelompok kecil di sekelilingnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApatah lagi, lembaga ini dipengerusikan oleh individu yang mempunyai hubungan keluarga dengan kepimpinan tertinggi parti,\u201d kata Ronald lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ronald menegaskan beliau menyertai BERSATU sebelum ini kerana percaya ia adalah wadah perjuangan, bukan alat untuk memenuhi cita-cita politik individu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c(Namun) sejak dua tahun kebelakangan ini, hala tuju parti semakin jelas tersasar apabila segala tindakan seolah-olah tertumpu kepada satu matlamat, mengangkat Tan Sri Muhyiddin sebagai \u2018poster boy\u2019 dan calon Perdana Menteri ke-11.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesiapa yang dilihat berpotensi menjadi penghalang kepada agenda ini akan disingkirkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLembaga Disiplin dijadikan alat paling ampuh untuk melaksanakan tindakan tersebut. Inilah juga yang berlaku terhadap beberapa pemimpin parti sebelum ini, termasuk Datuk Hamzah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Datuk Mas Ermieyati dalam hantaran di Instagram yang berlatarbelakangkan gambar beliau dan Datuk Hamzah, turut berkongsikan surat Lembaga Disiplin yang menggantung keahliannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAkhirnya aku kena gantung. Setakat itu saja Lembaga Disiplin mampu bagi. Untuk saya, syukur Alhamdulillah!! Terima kasih buat semua. Khalas!,\u201d tulisnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Notis itu menyatakan penggantungan tersebut turut melucutkan semua jawatan dipegang Ronald dan Mas Ermieyati, malah mereka tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atas nama parti sepanjang tempoh berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ronald dan Mas Ermieyati adalah antara individu yang menghadiri perhimpunan Reset di Kuala Lumpur, pada 14 Februari lalu, untuk menyokong Hamzah, sehari selepas beliau dipecat daripada BERSATU.-11\/3\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua lagi pemimpin BERSATU yang menyokong Timbalan Presiden parti itu yang dipecat, Datuk Seri Hamzah Zainudin, digantung daripada keahlian parti tersebut, berkuat kuasa 10 Mac. Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ketua Srikandi (Wanita), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, digantung keahlian selama dua penggal pemilihan BERSATU atau enam tahun. Ronald yang berkongsikan surat Lembaga [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17652,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-17651","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17651","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17651"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17651\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17653,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17651\/revisions\/17653"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17651"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17651"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17651"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}