{"id":17844,"date":"2026-03-24T14:36:46","date_gmt":"2026-03-24T06:36:46","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=17844"},"modified":"2026-03-24T14:36:48","modified_gmt":"2026-03-24T06:36:48","slug":"bomba-beri-amaran-cuaca-panas-tingkat-kebakaran-di-kawasan-terbuka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=17844","title":{"rendered":"Bomba beri amaran cuaca panas tingkat kebakaran di kawasan terbuka"},"content":{"rendered":"\n<p>Cuaca panas menyumbang kepada peningkatan kebakaran terbuka membabitkan kebun dan ladang, hutan serta belukar dan lalang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata berdasarkan trend semasa, hampir 40 hingga 60 peratus panggilan kecemasan ketika musim panas membabitkan kebakaran terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJBPM merekodkan 32,810 kes kebakaran hutan, ladang dan belukar sejak 2024 sehingga Februari tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMengikut pecahan keseluruhan kategori jenis kebakaran pula, kebun dan ladang mencatatkan 2,150 kes, hutan 3,860 kes serta belukar dan lalang 26,800 kes,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, 2024 merekodkan angka tertinggi dengan 16,294 kes, diikuti 2025 sebanyak 9,941 kes, manakala dua bulan pertama tahun ini mencatatkan 6,575 kes.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita minta orang ramai menghentikan serta-merta sebarang aktiviti pembakaran terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPekebun dinasihatkan untuk tidak membakar sisa pertanian atau jerami dalam kuantiti besar, selain masyarakat disaran mengelak membakar sampah di belakang rumah atau di kawasan lapang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, beliau berkata JBPM mengenal pasti kawasan berisiko tinggi seperti tanah gambut dan hutan simpan di Selangor, Perak dan Johor bagi tujuan kesiapsiagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApi di bawah tanah gambut sukar dikesan dan boleh marak selama berminggu-minggu jika tidak dikawal awal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJBPM kini menggunakan dron secara meluas untuk pemantauan udara bagi mengesan titik panas sebelum api merebak luas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengingatkan cuaca panas turut meningkatkan risiko kebakaran struktur kediaman dan premis.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, pemilik premis perniagaan dan bangunan tinggi juga diingatkan supaya memastikan sistem kebombaan diselenggara dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJBPM memohon kerjasama masyarakat untuk menjadi mata dan telinga dengan melaporkan awal di talian kecemasan 999 jika ternampak kepulan asap atau punca api kecil di kawasan hutan atau belukar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika anda ternampak individu melakukan pembakaran terbuka yang mencurigakan, laporkannya kepada Jabatan Alam Sekitar di talian 1-800-88-2727,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, mereka yang didapati bersalah melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.-24\/3\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cuaca panas menyumbang kepada peningkatan kebakaran terbuka membabitkan kebun dan ladang, hutan serta belukar dan lalang. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata berdasarkan trend semasa, hampir 40 hingga 60 peratus panggilan kecemasan ketika musim panas membabitkan kebakaran terbuka. \u201cJBPM merekodkan 32,810 kes kebakaran hutan, ladang dan belukar [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16497,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-17844","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17844","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17844"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17844\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17845,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17844\/revisions\/17845"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16497"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17844"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17844"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17844"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}