{"id":17878,"date":"2026-03-28T20:20:00","date_gmt":"2026-03-28T12:20:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=17878"},"modified":"2026-03-28T23:22:44","modified_gmt":"2026-03-28T15:22:44","slug":"tujuh-kapal-tangki-malaysia-tunggu-isyarat-untuk-lalui-selat-hormuz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=17878","title":{"rendered":"Tujuh kapal tangki Malaysia tunggu isyarat untuk lalui Selat Hormuz"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Tujuh kapal tangki milik syarikat Malaysia kini menunggu isyarat untuk melalui laluan selamat Selat Hormuz susulan situasi keselamatan yang tegang di rantau Asia Barat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kapal berkenaan termasuk melibatkan syarikat milik Petronas dan Sapura Energy tidak ditahan, sebaliknya menunggu masa sesuai untuk bergerak bagi memastikan pelayaran selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata kerajaan Iran telah memberi maklum balas positif terhadap permohonan Malaysia untuk membenarkan kapal-kapal berkenaan meneruskan perjalanan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi rakan sejawat dan mereka memaklumkan tiada isu untuk kapal kita meneruskan perjalanan namun kapal tangki perlu tunggu giliran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi kita nak betul-betul pastikan semuanya selamat sampai kerana Selat Hormuz amat tegang, dengan banyak kapal nak keluar. Jika komunikasi kalau tak dibuat dengan baik, akan menyebabkan insiden tidak diingini berlaku,\u201d katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Rantau di Seremban hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kapal berkenaan tidak ditahan, sebaliknya menunggu arahan pergerakan berikutan kekangan komunikasi dalam situasi konflik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKadangkala arahan daripada Tehran tidak sampai ke Selat Hormuz kerana komunikasi dalam keadaan perang adalah mencabar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau berkata komunikasi dengan rakyat Malaysia di Iran ketika ini terhad susulan gangguan sistem komunikasi namun keadaan mereka terus dipantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, beliau berkata tiada halangan untuk menunaikan umrah berikutan ruang udara Arab Saudi masih dibuka namun orang ramai disaran menangguhkan perjalanan jika tiada keperluan mendesak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika boleh tangguh, elok ditangguhkan dalam keadaan tidak menentu ini tetapi jika persiapan telah dibuat, itu terpulang kerana penerbangan masih beroperasi seperti biasa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Bernama 28\/3\/2026<\/li>\n<\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tujuh kapal tangki milik syarikat Malaysia kini menunggu isyarat untuk melalui laluan selamat Selat Hormuz susulan situasi keselamatan yang tegang di rantau Asia Barat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata kapal berkenaan termasuk melibatkan syarikat milik Petronas dan Sapura Energy tidak ditahan, sebaliknya menunggu masa sesuai untuk bergerak bagi memastikan pelayaran selamat. [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17879,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-17878","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17878","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17878"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17878\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17880,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17878\/revisions\/17880"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17879"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17878"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17878"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17878"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}