{"id":18402,"date":"2026-04-14T22:08:40","date_gmt":"2026-04-14T14:08:40","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18402"},"modified":"2026-04-14T22:08:45","modified_gmt":"2026-04-14T14:08:45","slug":"malaysia-desak-amerika-timbang-semula-sekatan-keluar-masuk-selat-hormuz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18402","title":{"rendered":"Malaysia desak Amerika timbang semula sekatan keluar masuk Selat Hormuz"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Kalut memang kalut.Rasanya kita tidak perlu pergi lebih jauh untuk mendapat gambaran bagaimana kalutnya suasana sekarang gara-gara tindak tanduk terbaru Amerika menyekat pergerakan keluar masuk kapal di Selat Hormuz.<\/p>\n\n\n\n<p>Senang cakap kita boleh dengar keluhan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Peperangan antara AS-Israel dengan Iran itu adalah hak mereka tetapi dunia tidak boleh jadikan tebusan angkara tindakan mereka,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohamad berkata, ketika ini semua kapal yang berada di Selat Hormuz tidak boleh bergerak melalui selat itu termasuk enam kapal milik Malaysia yang masih terkandas.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditemui wartawan selepas satu majlis di UiTM kampus Rembau pada Selasa beliau menggesa Amerika Syarikat supaya mempertimbangkan semula tindakan mereka untuk menyekat pergerakan keluar masuk kapal di Selat Hormuz.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjelaskan ini kerana tindakan itu boleh menjejaskan bekalan tenaga, sekali gus memberi kesan kepada kestabilan ekonomi dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Luar berkata pihaknya mempersoalkan tindakan AS itu kerana ia boleh menghalang kapal dagang dan kargo daripada memasuki atau keluar dari kawasan Teluk Parsi yang boleh memberi kesan besar kepada bekalan tenaga global.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, sebelum ini Iran bersetuju untuk membuka selat itu dengan syarat 10 perkara yang diajukan semasa rundingan di Islamabad dipersetujui AS.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi, saya tak tahu apa tujuan pihak Amerika untuk mengepung Selat Hormuz kerana mereka yang melaungkan supaya membawa negara Eropah membentuk kerjasama bagi membuka Selat Hormuz, tapi sekarang mereka nak mengepung selat itu pula.<br>&#8220;Secara tiba-tiba, Presiden Donald Trump, mengarahkan tentera untuk mengepung Selat Hormuz, tidak membenarkan apa juga kapal-kapal melaluinya. Tindakan ini akan memburukkan lagi keadaan bukan saja bekalan tenaga, tetapi juga baja ke seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Oleh itu, kita minta supaya mereka (AS) mempertimbangkan semula tindakan itu dan membuka apa jua bentuk kepungan supaya laluan dagang boleh lalu di sana,&#8221; katanya selepas Merasmikan Konvensyen Ekuiti Usahawan Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan, Trump mengarahkan sekatan laut oleh Tentera Laut AS di Selat Hormuz susulan kegagalan rundingan damai dengan Iran, satu peningkatan besar ketegangan yang dijangka menguji gencatan senjata rapuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohamad berkata, ketika ini semua kapal yang berada di Selat Hormuz tidak boleh bergerak melalui selat itu termasuk enam kapal milik Malaysia yang masih terkandas.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pihak berkenaan sepatutnya mengadakan rundingan semula bagi mencari jalan terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka (AS) tidak membenarkan mana-mana kapal boleh keluar atau masuk ke Teluk Parsi melalui Selat Hormuz.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya minta pihak Amerika Syarikat memikirkan semula tindakan mereka itu kerana keadaan ekonomi dunia termasuk bidang pertanian, tenaga yang menjadi lebih meruncing,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohamad berkata, Malaysia juga meminta pihak Iran memikirkan supaya membenarkan kapal-kapal melalui Selat Hormuz demi kesejahteraan ummah.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Luar itu juga beritahu beliau sudah meminta Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya berunding dengan semua negara anggota untuk menilai semula kedudukan pasukan pengaman (MALBATT) di Lebanon.- 14\/4\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kalut memang kalut.Rasanya kita tidak perlu pergi lebih jauh untuk mendapat gambaran bagaimana kalutnya suasana sekarang gara-gara tindak tanduk terbaru Amerika menyekat pergerakan keluar masuk kapal di Selat Hormuz. Senang cakap kita boleh dengar keluhan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. &#8220;Peperangan antara AS-Israel dengan Iran itu adalah hak mereka tetapi dunia tidak boleh jadikan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18403,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-18402","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18402","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18402"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18402\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18404,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18402\/revisions\/18404"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18403"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18402"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18402"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18402"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}