{"id":18492,"date":"2026-04-21T07:21:36","date_gmt":"2026-04-20T23:21:36","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18492"},"modified":"2026-04-21T07:21:38","modified_gmt":"2026-04-20T23:21:38","slug":"77-peratus-ibu-bapa-sokong-umur-minimum-pengguna-media-sosial-16-tahun-ke-atas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18492","title":{"rendered":"77 peratus ibu bapa sokong umur minimum pengguna media sosial 16 tahun ke atas"},"content":{"rendered":"\nLebih 77 peratus golongan ibu bapa di negara ini menyokong pelaksanaan menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial.\n\nJumlah tersebut berdasarkan kajian global Family First yang diusahakan Varkey Foundation di 15 buah negara termasuk Malaysia.\n\nPeratusan sokongan itu juga menyaksikan Malaysia merupakan negara tertinggi yang menyokong usaha melindungi kanak-kanak di ruang digital.\n\nIa diikuti ibu bapa di India iaitu sebanyak 75 peratus dan Argentina (55 peratus) manakala hanya 38 peratus ibu bapa menyokong penetapan had umur minimum 16 tahun di Jepun.\n\nKajian yang dijalankan antara Januari hingga Februari lalu itu merangkumi 15 negara iaitu Argentina; Australia; Brazil; Kanada; China; Perancis dan India.\n\nSelain itu, ia juga melibatkan Jepun; Kenya; Malaysia; Nigeria; Sweden; Emiriah Arab Bersatu (UAE); United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).\n\nTinjauan tersebut melibatkan 6,002 ibu bapa dan 6,011 anak mereka berusia sembilan hingga 18 tahun.\n\nPada masa sama, ia turut melibatkan 3,000 datuk dan nenek kepada kanak-kanak dalam lingkungan umur yang sama serta 3,000 responden daripada Gen Z.\n\nDi Malaysia, kajian itu mendapati 62 peratus kanak-kanak dan remaja turut menyokong inisiatif mengehadkan media sosial kepada golongan bawah 16 tahun.\n\nKadar yang tinggi itu berbeza dengan dapatan global menyaksikan hanya 37 peratus golongan kanak-kanak dan remaja yang menyokong.\n\nSementara itu, sebanyak 65 peratus Gen Z Malaysia turut menyokong pelaksanaan dasar berkenaan.\n\nPerkembangan tersebut menyaksikan mandat jelas daripada masyarakat supaya Malaysia meneruskan pelaksanaan mengehadkan pembukaan akaun media sosial baharu bagi kanak-kanak bawah 16 tahun.\n\nLangkah tersebut penting supaya golongan kanak-kanak dilindungi dariapda risiko digital sekali gus membantu perkembangan emosi yang lebih sihat kepada kanak-kanak.\n\nKerajaan dilapor akan meneruskan usaha mengehadkan pembukaan akaun media sosial baharu bagi kanak-kanak bawah 16 tahun dengan pelaksanaannya dijangka seawal pertengahan tahun ini.\n\nMenteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan akan memberikan tempoh secukupnya kepada platform media sosial bagi melaksanakan langkah pembersihan termasuk memastikan tiada lagi kanak-kanak bawah usia berkenaan mendaftar akaun baharu atau mengekalkan akaun sedia ada dalam platform masing-masing.\n\nSebelum ini, MCMC memaklumkan pihaknya sedang meneliti pelbagai kaedah pengesahan umur sebelum pelaksanaan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dikuatkuasakan pada separuh kedua tahun ini.\n\nMenurut MCMC, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Meta, Google dan TikTok bagi menentukan kaedah bersesuaian.-21\/4\/2026\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lebih 77 peratus golongan ibu bapa di negara ini menyokong pelaksanaan menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial. Jumlah tersebut berdasarkan kajian global Family First yang diusahakan Varkey Foundation di 15 buah negara termasuk Malaysia. Peratusan sokongan itu juga menyaksikan Malaysia merupakan negara tertinggi yang menyokong usaha melindungi kanak-kanak di ruang digital. [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14995,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-18492","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18492","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18492"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18492\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18493,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18492\/revisions\/18493"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14995"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18492"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18492"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18492"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}