{"id":18615,"date":"2026-04-28T11:10:14","date_gmt":"2026-04-28T03:10:14","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18615"},"modified":"2026-04-28T11:10:16","modified_gmt":"2026-04-28T03:10:16","slug":"selangor-belum-terima-dana-sukma-rm100-juta-dari-kbs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18615","title":{"rendered":"Selangor belum terima dana SUKMA RM100 juta dari KBS"},"content":{"rendered":"\n
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung penyaluran sumbangan atau dana kepada Selangor bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa khas temasya berkenaan yang dijadualkan pada Khamis ini.

“Setakat ini, kita masih belum terima maklum balas daripada kementerian berhubung sumbangan atau dana tetapi akan bangkitkan dalam mesyuarat untuk penyelarasan peruntukan SUKMA yang pada asalnya berjumlah RM100 juta.

“Selepas mendengar titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya kurangkan kos, kita usaha untuk berbuat demikian supaya peruntukan dikurangkan.

“Namun, buat masa ini, kerajaan (Persekutuan) tidak beri sebarang sumbangan tetapi akan cuba berunding daripada segi kemudahan sukan atau pembayaran yuran atau token kepada sukarelawan… kita akan kemukakan pada mesyuarat nanti,” katanya.

Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj memberi perkenan SUKMA Selangor 2026 diteruskan secara berhemah dan berjimat cermat, seperti diumumkan Kementerian Belia dan Sukan.

Baginda memberi perkenan selepas mendengar taklimat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Najwan berkata cadangan menjadikan Hotel Carlton di Seksyen 13 sebagai hab e-sukan masih belum dapat dilaksanakan berikutan isu pentadbiran dan teknikal berkaitan hak milik tanah.

“Setakat ini, kita sedang menunggu di peringkat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI selaku agensi menguruskan. Hotel Carlton juga merupakan sebahagian daripada Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

“Kita akan berbincang dengan MBI dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk operasi pembersihan terutama menjelang SUKMA nanti. Kita akan bersihkan semak samun supaya lokasi ini tidak dijadikan tumpuan ‘content creator’ mistik,” katanya.

Pada November 2024, Dato\u2019 Menteri Besar Dato\u2019 Seri Amirudin Shari mengumumkan cadangan mengubah suai hotel berkenaan menjadi hab e-sukan.

Dengan pelaburan sebanyak RM1 juta, pengubahsuaian itu bertujuan menjadikannya sebagai lokasi kejohanan e-sukan peringkat antarabangsa dan serantau.-28\/4\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung penyaluran sumbangan atau dana kepada Selangor bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026. EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa khas temasya berkenaan yang dijadualkan pada Khamis ini. “Setakat ini, kita masih belum terima maklum balas daripada kementerian […]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18616,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-18615","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18615","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18615"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18615\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18617,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18615\/revisions\/18617"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18616"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18615"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18615"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18615"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}