{"id":1862,"date":"2023-12-21T21:46:08","date_gmt":"2023-12-21T13:46:08","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=1862"},"modified":"2023-12-21T21:46:10","modified_gmt":"2023-12-21T13:46:10","slug":"dakwa-wujud-rasuah-projek-rancangan-tebatan-banjir-nik-nazmi-saman-chegubard","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=1862","title":{"rendered":"Dakwa wujud rasuah projek Rancangan Tebatan Banjir, Nik Nazmi saman Chegubard"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PUTRAJAYA &#8211; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Nik Nazmi menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu yang mendakwa projek RTB dikendalikan kementeriannya mencecah RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri, sebagai tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTuduhan Chegubard tidak berasas dan menunjukkan beliau tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menafikan sekeras-kerasnya fitnah jahat ini dan akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap beliau dalam masa terdekat,\u201d katanya dalam kenyataan pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata ini bukan kali pertama Chegubard membuat tuduhan liar dan tidak berasas.<\/p>\n\n\n\n<p>Nik Nazmi berkata Kerajaan Perpaduan telah menilai semula cadangan-cadangan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi untuk memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal dengan siling peruntukan pembangunan keseluruhan 33 projek RTB yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan berjumlah RM11.8 bilion, dan bukannya RM16.6 bilion seperti yang didakwa oleh Chegubard.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHampir kesemua projek RTB kerajaan pada tahun ini masih melalui proses tender, dan untuk tahun ini 19 projek telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBelum ada perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Nik Nazmi berkata projek RTB kerajaan melalui proses perolehan yang telus melibatkan tatakelola Kementerian Kewangan serta mesyuarat Lembaga Perolehan yang beliau sendiri tidak terlibat. &#8211; BERNAMA-21\/12\/2023<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA &#8211; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB). Nik Nazmi menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu yang mendakwa projek RTB dikendalikan kementeriannya mencecah RM16.6 bilion<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1863,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-1862","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1862","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1862"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1862\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1864,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1862\/revisions\/1864"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1863"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1862"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1862"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1862"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}