{"id":18627,"date":"2026-04-29T12:57:52","date_gmt":"2026-04-29T04:57:52","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18627"},"modified":"2026-04-29T12:57:54","modified_gmt":"2026-04-29T04:57:54","slug":"bn-tolak-tuduhan-ph-14-adun-negeri-sembilan-tebuk-atap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18627","title":{"rendered":"BN tolak tuduhan PH 14 ADUN Negeri Sembilan ‘tebuk atap’…"},"content":{"rendered":"\n
UMNO, Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menolak dakwaan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan merupakan usaha tebuk atap atau cubaan mengambil alih kerajaan negeri secara tak bertanggungjawab.

14 ADUN tersebut menerusi kenyataan bersama menegaskan bahawa pendirian dibuat secara terbuka, rasmi dan berasaskan prinsip.

Tegas mereka, ia bukan tindakan sulit, rundingan pintu belakang dan gerakan merebut kuasa namun adalah pendirian politik yang sah apabila keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar telah hilang.

\u201cPakatan Harapan perlu memahami bahawa isu ini bukan sekadar pertikaian politik biasa.

\u201cIsu ini menyentuh krisis yang melibatkan Institusi Adat, Perlembagaan Negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan serta kestabilan pentadbiran negeri. UMNO BN Negeri Sembilan tidak mencampuri urusan adat.

\u201cNamun apabila tindakan dan kenyataan eksekutif kerajaan negeri dilihat memasuki ruang adat, mencetuskan pertikaian awam dan Exco UMNO BN tidak dimaklumkan secara sewajarnya dalam proses kerajaan negeri.

\u201cMaka UMNO BN tidak boleh terus memikul tanggungjawab bersama terhadap keputusan yang tidak dimaklumkan, tidak dipersetujui dan tidak selari dengan prinsip menghormati adat serta Perlembagaan negeri,\u201d katanya malam ini.

Atas sebab itu, tegas ADUN UMNO, BN tindakan menarik sokongan bukan soal prestasi Menteri Besar semata-mata, tetapi soal keyakinan terhadap kebijaksanaan kepimpinan beliau dalam mengurus krisis institusi yang amat sensitif.

\u201cUMNO BN Negeri Sembilan juga berpandangan bahawa isu berkaitan adat, institusi dan pentadbiran Negeri Sembilan sewajarnya ditangani dengan penuh kefahaman terhadap konteks negeri ini.

\u201cDalam hal ini, adalah lebih wajar ruang penjelasan utama diberikan kepada pimpinan dan wakil rakyat Negeri Sembilan yang lebih memahami kedudukan adat, Perlembagaan dan sensitiviti setempat,\u201d katanya.

UMNO, BN Negeri Sembilan tetap menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, menghormati institusi Raja-Raja Melayu, mempertahankan Institusi Adat Negeri Sembilan dan berpegang kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

\u201cSegala langkah selepas ini hendaklah dibuat mengikut lunas Perlembagaan, undang-undang negeri dan tertib institusi.

\u201cUMNO BN Negeri Sembilan menyeru semua pihak, termasuk Pakatan Harapan, supaya tidak meremehkan krisis ini dengan menyempitkannya kepada naratif \u2018tebuk atap\u2019 atau perebutan kuasa semata-mata.-29\/4\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
UMNO, Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menolak dakwaan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan merupakan usaha tebuk atap atau cubaan mengambil alih kerajaan negeri secara tak bertanggungjawab. 14 ADUN tersebut menerusi kenyataan bersama menegaskan bahawa pendirian dibuat secara terbuka, rasmi dan berasaskan prinsip. Tegas mereka, ia bukan tindakan sulit, rundingan pintu belakang […]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4613,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-18627","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18627","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18627"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18627\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18628,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18627\/revisions\/18628"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4613"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18627"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18627"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18627"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}