{"id":18653,"date":"2026-04-30T07:55:46","date_gmt":"2026-04-29T23:55:46","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18653"},"modified":"2026-04-30T07:55:47","modified_gmt":"2026-04-29T23:55:47","slug":"adun-bn-negeri-sembilan-kekal-sokong-kerajaan-perpaduan-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18653","title":{"rendered":"ADUN BN Negeri Sembilan kekal sokong Kerajaan Perpaduan – UMNO"},"content":{"rendered":"\n
UMNO mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan terus menyokong Kerajaan Perpaduan negeri, walaupun kekal hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ketetapan itu dibuat dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO Malaysia yang berlangsung malam Rabu selepas membincangkan perkembangan mutakhir krisis institusi Raja dan adat di Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO memandang serius polemik besar yang tercetus susulan krisis tersebut, termasuk salah faham dalam kalangan parti komponen Kerajaan Perpaduan di negeri itu.

Menurutnya, UMNO turut mendengar penjelasan tuntas daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berhubung tindakan ADUN BN yang hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.

\u201cUMNO Malaysia juga telah mendengar penjelasan tuntas daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mengenai tindakan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional yang hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan kerana sikap beliau membelakangkan Institusi Adat dan Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan,\u201d katanya dalam kenyataan.

Asyraf berkata, UMNO menghormati pendirian ADUN BN Negeri Sembilan yang kekal hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, namun pada masa sama mahu sokongan kepada Kerajaan Perpaduan negeri diteruskan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Ketetapan itu dibuat selepas kesemua 14 ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan sebelum ini menarik sokongan serta menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, sekali gus mencetuskan krisis politik di negeri tersebut.

Dalam kenyataan sama, UMNO menegaskan parti itu sentiasa berpegang kepada asas Perlembagaan UMNO, khususnya Fasal 3.1, yang mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu sebagai tonggak kedaulatan negara.

Biro Politik UMNO turut menetapkan satu pertemuan segera antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik Pakatan Harapan perlu diadakan bagi merungkai beberapa isu melibatkan prinsip perjuangan parti masing-masing.

Menurut Asyraf, langkah itu selaras dengan Klausa 5(c) Perjanjian Persefahaman pembentukan Kerajaan Perpaduan yang menuntut segala isu dasar yang diperselisihkan diselesaikan melalui Majlis Perundingan.

Keputusan UMNO itu dilihat meredakan persoalan mengenai kedudukan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan, namun pada masa sama mengekalkan tekanan politik terhadap Aminuddin selaku Menteri Besar.-30\/4\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
UMNO mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan terus menyokong Kerajaan Perpaduan negeri, walaupun kekal hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Ketetapan itu dibuat dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO Malaysia yang berlangsung malam Rabu selepas membincangkan perkembangan mutakhir krisis institusi Raja dan adat di Negeri Sembilan. Setiausaha Agung […]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10975,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-18653","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18653","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18653"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18653\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18654,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18653\/revisions\/18654"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10975"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18653"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18653"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18653"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}