{"id":18655,"date":"2026-05-01T11:07:00","date_gmt":"2026-05-01T03:07:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18655"},"modified":"2026-05-02T00:12:56","modified_gmt":"2026-05-01T16:12:56","slug":"zra-dan-dua-rakyat-malaysia-dipercayai-ditahan-israel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18655","title":{"rendered":"KEMASKINI : Semua 10 aktivis Malaysia Global Sumud Flotilla yang ditahan Israel sudah dibebaskan\u2026"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Setelah melalui penantian yang panjang akhirnya sah 10 aktivis rakyat Malaysia misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) yang ditahan Israel sudah dibebaskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby beritahu media Jumaat malam mereka adalah diantara 175 aktivis dari pelbagai negara yang dibebaskan pada hari misi ke 19 itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata keputusan sama ada 10 aktivis Malaysia ini akan meneruskan misi atau pulang ke Malaysia bergantung kepada status kesihatan dan situasi semasa konsensus SNCC dan juga GSF.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, SNCC mengesahkan kehadiran puluhan dron di sekitar kawasan GSF 2.0 dipercayai melakukan pemantauan dan gangguan komunikasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan daripada tindakan agresif dan pencerobohan yang dilaporkan awal pagi semalam, seramai 10 rakyat Malaysia yang berada atas enam kapal flotilla dilaporkan terputus hubungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Insiden antara jam 1 hingga 11 pagi waktu Malaysia itu menyaksikan IDF melepaskan tembakan amaran serta melakukan gangguan frekuensi radio terhadap aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata di kedudukan 656 batu nautika dari Pantai Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>10 rakyat Malaysia yang ditahan adalah pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad yang menaiki kapal Arkham III, Mohd Hanafi Mohd Salim (Bianca BCN), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (Bianca BCN), Norhelmi Ab Ghani (Bianca BCN), Hazwan Hazim Dermawan (Bianca BCN).<\/p>\n\n\n\n<p>Turut ditahan, Osman Zolkifli (Eros 1), Dr Jihan Alya Mohd Nordin (Eros 1), Mohd Shamsir Mohd Isa (Esplai II), Mohd Redzal Amzah (Freia) dan Muhamad Muhsin Zaidi (Marea).<\/p>\n\n\n\n<p>Sani Araby beritahu kesemua 175 aktivis kemanusiaan Global Sumd Flotila 2.0 telah dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion dengan bantuan pihak berkuasa Greece bagi urusan pergerakan seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan Turkiye turut menyediakan sebuah pesawat berkapsiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis warganegara mereka ke Istanbul.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Turkiye juga mempelawa peserta GSF lain untuk turut serta dalam penerbangan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka dijangka berlepas ke Lapangan Terbang Heraklion pada jam 10:15 malam waktu Malaysia, dijangka tiba di Istanbul pada jam 11:45 malam waktu Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga kata sepanjang tempoh penahanan, aktivis dilaporkan berdepan pelbagai bentuk tekanan termasuk provokasi dan serangan fizikal sehingga mengakibatkan kecederaan kepada beberapa peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeadaan penahanan adalah tidak selesa dan terdapat insiden keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa aktivis,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>SNCC kini bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri serta menempatkan tiga wakil di Istanbul bagi menyelaras pergerakan pulang rakyat Malaysia yang terlibat.-1\/5\/2026<\/p>\n\n\n\n<p><strong>KEMASKINI : Belum ada khabar rasmi pasal nasib peserta Sumud Flotila yang ditahan Israel\u2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga berita ini ditulis pada petang Jumaat belum ada khabar rasmi dari pihak penganjur mengenai kedudukan peserta Global Sumud Flotilla termasuk 10 dari Malaysia yang telah ditahan Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang ada setakat ini ialah kenyataan Memteri Luar Israel Gideon Saar di Platform X seperti dipetik agensi berita Turki, Anadolu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ikut cakap Saar ktivis Global Sumud Flotilla yang ditahan akan dibawa ke pantai Greece dalam tempoh beberapa jam akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya langkah itu dibuat \u201cdengan penyelarasan kerajaan Greece\u201d selepas tentera Israel memintas flotila itu di perairan antarabangsa berhampiran Pulau Crete.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia mendakwa Israel menyekat percubaan untuk memecahkan sekatan lautnya ke atas Gaza dan menghalang kapal-kapal berkenaan daripada sampai ke wilayah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia juga mendakwa semua peserta yang dibawa keluar dari kapal terbabit \u201ctidak mengalami kecederaan\u201d serta telah dipindahkan ke sebuah kapal Israel sebelum dihantar pulang.<\/p>\n\n\n\n<p>Flotila itu ialah sebahagian daripada misi Spring 2026 Global Sumud Flotilla dan berlepas dari Sicily, Itali, pada Ahad dengan membawa bantuan kemanusiaan bertujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pegawai flotila, kapal-kapal berkenaan membawa 345 peserta dari 39 negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu pada Khamis, Jawatankuasa Antarabangsa bagi Memecahkan Kepungan Gaza berkata Israel telah \u201cmenculik dan menahan secara tidak sah\u201d antara 178 hingga 180 aktivis selepas menyerang 22 kapal dalam flotila itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jawatankuasa itu menganggap Greece \u201cbertanggungjawab secara langsung\u201d memandangkan serbuan itu berlaku dalam lingkungan maritimnya, selain menggesa Athens supaya bertindak segera bagi memastikan keselamatan kapal-kapal berkenaan dan mencegah serangan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini, belum ada ulasan segera daripada pihak berkuasa Greece sama ada serbuan Israel yang dilakukan di perairan antarabangsa berhampiran had wilayah Greece itu dibuat dengan pengetahuan Athens atau sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Misi semasa itu merupakan inisiatif kedua oleh Global Sumud Flotilla selepas percubaan pada Sept 2025 yang berakhir dengan tindakan Israel juga memintas kapal di perairan antarabangsa dan menahan ratusan aktivisnya.-1\/5\/2026<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Global Sumud Flotilla : Zainal Rashid Ahmad antara 10 rakyat Malaysia ditahan Israel<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Aktivis kemanusiaan yang juga pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad dipercayai ditahan oleh rejim Israel yang memintas kapal mereka diperairan Mediterranean , awal pagi Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut ditahan ialah sembilan lagi rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.<\/p>\n\n\n\n<p>Kapal yang dinaiki ZRA adalah Arkham III atau Al-Faluja.<br><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"531\" height=\"348\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/zainal-sumud-2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-18662\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sementara itu, akaun rasmi Instagram (IG) Sumud Nusantara menyatakan apa yang berlaku itu mencetuskan kebimbangan serius terhadap keselamatan misi serta pelanggaran undang-undang antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, akaun rasmi Instagram (IG) Sumud Nusantara menyatakan apa yang berlaku itu mencetuskan kebimbangan serius terhadap keselamatan misi serta pelanggaran undang-undang antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa kini berdepan ancaman apabila kapal tentera Israel dilaporkan mengepung dan memintas sekurang-kurangnya 11 kapal.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan-kerajaan mesti bertindak segera untuk melindungi flotila ini serta memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan genosid berterusan terhadap rakyat Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dunia tidak boleh berdiam diri. Lindungi flotila. Tamatkan kepungan. Bebaskan Palestin,&#8221; katanya dalam media sosial berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Ketua Pengarah Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, sebanyak 22 kapal daripada keseluruhan 63 peserta telah dipintas oleh tentera rejim Zionis.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka ditahan dan diculik secara tidak sah,&#8221;katanya.- 30\/4\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setelah melalui penantian yang panjang akhirnya sah 10 aktivis rakyat Malaysia misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) yang ditahan Israel sudah dibebaskan. Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby beritahu media Jumaat malam mereka adalah diantara 175 aktivis dari pelbagai negara yang dibebaskan pada hari misi [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18659,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-18655","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18655","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18655"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18655\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18684,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18655\/revisions\/18684"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18659"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18655"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18655"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18655"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}