{"id":18676,"date":"2026-05-01T15:49:43","date_gmt":"2026-05-01T07:49:43","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18676"},"modified":"2026-05-01T15:49:45","modified_gmt":"2026-05-01T07:49:45","slug":"pm-umum-khabar-gembira-bagi-pekerja-wanita-dan-pekerja-di-luar-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18676","title":{"rendered":"PM umum khabar gembira bagi pekerja wanita dan pekerja di luar negara\u2026"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Bukit Jalil pada Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah umum khabar gembira kepada kalangan pekerja wanita dan mereka yang berkerja di luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam amanatnya beliau beritahu kerajaan akan memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin sebagai langkah progresif bagi menyokong penyertaan wanita dalam tenaga buruh serta mengurangkan tekanan yang dihadapi ibu selepas melahirkan anak.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau kerajaan juga berhasrat meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 untuk membolehkan perlindungan PERKESO diperluaskan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata Elaun Pasca Cuti Bersalin dijangka memberikan manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata elaun itu akan diperkenalkan melalui pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan bertujuan memberikan sokongan kewangan tambahan kepada ibu yang memerlukan masa lebih panjang selepas tempoh cuti bersalin.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Rasionalnya ialah kita tidak mahu setelah itu sepertimana yang berlaku selama ini, ibu merasakan terpaksa berhenti dan meninggalkan medan pekerjaan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata faedah elaun akan ditetapkan pada kadar 80 peratus daripada gaji anggapan bulanan bagi pekerja wanita yang diinsuranskan, dan akan dibayar secara sekali beri (one-off).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Elaun ini merupakan bantuan kewangan bagi cuti tambahan hingga 30 hari sebulan yang diambil selepas tamat tempoh cuti bersalin 98 hari,&#8221; kata beliau sambil menambah kerajaan sentiasa komited dalam memperkasakan wanita sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut Akta Kerja 1955, setiap pekerja wanita di negara ini layak menikmati cuti bersalin sebanyak 98 hari berterusan termasuk hari rehat dan hari kelepasan am.<\/p>\n\n\n\n<p>Pekerja wanita turut layak mendapatkan elaun bersalin sekiranya bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh sembilan bulan sebelum bersalin, bekerja sekurang-kurangnya sehari dalam tempoh empat bulan sebelum bersalin, dan mempunyai kurang daripada lima orang anak yang masih hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017,Per5dana Menteri kata usaha berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 480,000 pekerja warganegara Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p><em>I<\/em>nisiatif berkenaan akan bermula dengan pekerja rentas sempadan di antara Malaysia\u2013Singapura terlebih dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnak-anak kita yang bekerja di luar negara bangun 4 pagi menyeberang ke Singapura, pulang malam. Jadi bagaimana kita perluaskan perlindungan PERKESO kepada warganegara Malaysia di luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSecara purata, satu nyawa rakyat kita hilang setiap minggu atau 54 kematian setahun dalam kalangan pekerja rentas sempadan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi kita akan pinda Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bagi membolehkan perlindungan diperluaskan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara,\u201d katanya.-1\/5\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Bukit Jalil pada Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah umum khabar gembira kepada kalangan pekerja wanita dan mereka yang berkerja di luar negara. Dalam amanatnya beliau beritahu kerajaan akan memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin sebagai langkah progresif bagi menyokong penyertaan wanita dalam tenaga buruh serta [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18677,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-18676","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18676","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18676"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18676\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18678,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18676\/revisions\/18678"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18677"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18676"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18676"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18676"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}