{"id":18694,"date":"2026-05-03T13:27:07","date_gmt":"2026-05-03T05:27:07","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18694"},"modified":"2026-05-03T13:27:09","modified_gmt":"2026-05-03T05:27:09","slug":"mara-kekal-kubu-agenda-pemerkasaan-bumiputra","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18694","title":{"rendered":"MARA kekal &#8216;kubu&#8217; agenda pemerkasaan Bumiputra\u2026"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p>.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis Amanah Rakyat yang lebih ringkas dikenali sebagai MARA sejak dulu lagi sentiasa menjadi penanda aras usaha kerajaan memperkasa agenda bumiputra.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad telah menegaskan pendirian kerajaan pimpinannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya sejak tiga tahun lalu agenda pemerkasaan Bumiputera dilaksanakan dengan lebih lantang, tegas dan berani di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan itu, membuktikan kerajaan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan kaum Bumiputera seperti yang didakwa sesetengah pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menarik perhatian, terhadap keputusan kerajaan memberikan tempat secara automatik ke program matrikulasi kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan 10A tanpa mengira kaum, namun pada masa yang sama tetap menjamin kuota sedia ada bagi Bumiputera.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam masa yang sama, 90 peratus anak Bumiputera turut diberikan peluang melalui program matrikulasi, sekali gus mencerminkan pendekatan inklusif kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, dalam perbahasan, jangan hanya memilih satu aspek sahaja tanpa melihat keseluruhan dasar secara menyeluruh, jangan cetuskan persepsi persaingan zero-sum game,\u201d katanya .<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu,Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri yang jaga MARA dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam ucapan beliu di majlis berkenaan kata Pindaan Akta MARA 1966 bakal berfungsi sebagai &#8216;kubu&#8217; perundangan bagi memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera kekal utuh walaupun berlaku pertukaran kepimpinan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya langkah itu bertujuan meletakkan asas tatakelola dan peraturan yang lebih ketat supaya hala tuju MARA kekal konsisten dalam memartabatkan kepentingan Bumiputera tanpa dipengaruhi faktor politik.<br>\u200b<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita tidak mahu agenda MARA ditukar kerana bertukar kepimpinan. Kita mahu MARA terus menjaga agenda Bumiputera walau siapapun yang memimpin.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya telah memberi tempoh hingga akhir tahun ini agar (draf pindaan) Akta MARA ini dipersiapkan dan dibentangkan di dalam sidang Parlimen,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Zahid yang juga berkata, pengukuhan akta itu amat kritikal bagi menutup ruang ketirisan serta kebocoran dana memandangkan MARA kini memikul amanah besar dengan nilai aset keseluruhan mencecah RM23 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyasarkan MARA menjadi organisasi mandiri yang mampu menjana dana dalaman melalui pelaburan strategik tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan menjelang usia penubuhannya yang ke-100 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam ucapan, berkata agensi itu kini berada di fasa terakhir bagi meneliti semula Akta MARA yang berusia enam dekad.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, langkah itu bertujuan meletakkan asas perundangan yang lebih kukuh bagi memperkasakan aspek tatakelola dan tadbir urus institusi berkenaan agar kekal berintegriti dalam jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Aspek paling penting untuk kita pinda dan letakkan asas supaya biarpun pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi asas penting dari segi tadbir urus, dari segi tatakelola supaya tidak berlaku kecurangan, tidak berlaku pemborosan, tidak berlaku ketirisan ini dapat kita atur dengan sempurna,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Asyraf Wajdi berkata, intipati pindaan akta serta pelan transformasi terbabit akan dibentangkan oleh Ahmad Zahid kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.- 3\/5\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>. Majlis Amanah Rakyat yang lebih ringkas dikenali sebagai MARA sejak dulu lagi sentiasa menjadi penanda aras usaha kerajaan memperkasa agenda bumiputra. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad telah menegaskan pendirian kerajaan pimpinannya. Katanya sejak tiga tahun lalu agenda [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18695,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-18694","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18694","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18694"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18694\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18696,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18694\/revisions\/18696"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18695"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18694"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18694"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18694"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}