{"id":18697,"date":"2026-05-03T13:34:19","date_gmt":"2026-05-03T05:34:19","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18697"},"modified":"2026-05-03T13:42:32","modified_gmt":"2026-05-03T05:42:32","slug":"p-pinang-catat-kematian-pertama-akibat-strok-haba","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18697","title":{"rendered":"Cuaca panas: 56 kes, dua kematian direkodkan setakat ini &#8211; KKM"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Sebanyak 56 kes penyakit berkaitan cuaca panas direkodkan di seluruh negara, termasuk dua kematian akibat strok haba bagi tempoh 1 Januari hingga hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan dua kes kematian itu melibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang tertinggal di dalam kenderaan dan seorang lelaki berusia 42 tahun yang menyertai aktiviti maraton di Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kedua-dua kes berlaku ketika keadaan cuaca berada di bawah Tahap Amaran 1.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun, faktor risiko utama dikenal pasti adalah pendedahan kepada haba melampau dalam persekitaran tertutup dan aktiviti fizikal lasak dalam tempoh yang panjang, yang menyebabkan dehidrasi teruk serta kegagalan kawal atur suhu badan,&#8221; menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut KKM, daripada jumlah keseluruhan, 47 kes melibatkan kelesuan haba, empat kes strok haba exertional, empat kes strok haba dan satu kes kekejangan haba.<\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian berkenaan memaklumkan analisis menunjukkan 58 peratus kes penyakit berkaitan cuaca panas adalah berkait dengan aktiviti fizikal semasa cuaca panas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Daripada jumlah tersebut, hampir separuh melibatkan aktiviti sukan dan olahraga seperti merentas desa, latihan sukan dan maraton manakala sebahagian lagi melibatkan latihan fizikal berintensiti tinggi oleh pasukan keselamatan dan operasi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sehubungan itu, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan semasa cuaca panas,&#8221; menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara langkah pencegahan yang dicadangkan KKM ialah orang ramai perlu mengehadkan aktiviti fizikal lasak dan pendedahan berpanjangan kepada cuaca panas, dan sekiranya terpaksa bekerja di bawah cuaca panas, banyakkan masa untuk berehat di tempat teduh bagi menyejukkan badan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, orang ramai juga diingatkan untuk memperbanyakkan minum air kosong walaupun tidak berasa dahaga bagi memastikan badan kekal terhidrat serta menggunakan pelindung diri seperti topi, payung, pakaian yang ringan dan berwarna cerah.<\/p>\n\n\n\n<p>Golongan berisiko seperti bayi, kanak-kanak, warga emas dan individu berpenyakit kronik perlu sentiasa mendapat hidrasi mencukupi, serta ibu bapa dan penjaga diingatkan untuk mengelakkan daripada meninggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang ramai diingatkan untuk mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti pening, mual, kekejangan otot atau keletihan melampau.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;KKM juga menggesa semua pihak termasuk agensi kerajaan, institusi pendidikan serta pusat jagaan agar mengambil langkah pencegahan sewajarnya, khususnya dalam merancang dan melaksanakan aktiviti luar bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan haba.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM,&#8221; menurut kenyataan itu. &#8211; Bernama &#8211; 3\/5\/2026<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>P Pinang catat kematian pertama akibat strok haba<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melaporkan bahawa seorang lelaki tempatan meninggal dunia disebabkan strok haba yang dilaporkan pada 26 April, selepas mangsa menyertai satu acara larian kategori sejauh 30 kilometer, di bandar raya itu.<\/p>\n\n\n\n<p>JKNPP memaklumkan kes membabitkan lelaki berusia 42 tahun itu, merupakan kes pertama penyakit berkaitan cuaca panas yang direkodkan di Pulau Pinang bagi tahun 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLelaki itu menyertai satu acara larian di George Town sejauh 30 kilometer yang bermula 6.30 pagi 25 April dan laluan larian tersebut turut melibatkan trek berbukit melalui kawasan hutan sekitar bandar raya ini dan kira-kira 4 petang, mangsa dilaporkan pengsan berhampiran garisan penamat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMangsa telah diberikan rawatan kecemasan di lokasi, sebelum dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pulau Pinang (HPP) dalam keadaan kritikal sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),\u201d katanya dalam kenyataan malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan itu, mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.08 pagi 26 April dan punca kematian disebabkan strok haba dengan komplikasi rhabdomyolysis dan kegagalan pelbagai organ.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJKNPP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihatkan orang ramai khususnya individu yang menjalankan aktiviti luar atau sukan lasak, agar sentiasa peka terhadap tahap kesihatan diri serta keadaan cuaca semasa,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan itu memaklumkan pastikan hidrasi badan yang mencukupi dan segera menghentikan aktiviti sekiranya mengalami tanda-tanda awal kelesuan haba seperti pening, mual atau kekejangan otot.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOrang ramai turut dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan berikut semasa cuaca panas, iaitu elakkan pendedahan berpanjangan di luar, minum air kosong dengan kerap bagi memastikan badan kekal terhidrat dan jadkan aktiviti fizikal lasak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, gunakan pelindung diri seperti topi atau payung serta pakaian yang ringan, beri perhatian kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu berpenyakit kronik serta dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala berkaitan haba,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia, https:\/\/www.met.gov.my\/iklim\/status-cuaca-panas\/ dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia, https:\/\/infosihat.moh.gov.my\/cuaca-panas.html.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Bernama 3\/5\/2026<\/li>\n<\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak 56 kes penyakit berkaitan cuaca panas direkodkan di seluruh negara, termasuk dua kematian akibat strok haba bagi tempoh 1 Januari hingga hari ini. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan dua kes kematian itu melibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang tertinggal di dalam kenderaan dan seorang lelaki berusia 42 tahun yang menyertai [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18698,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-18697","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18697","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18697"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18697\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18701,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18697\/revisions\/18701"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18698"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18697"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18697"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18697"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}