{"id":18724,"date":"2026-05-07T19:40:00","date_gmt":"2026-05-07T11:40:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18724"},"modified":"2026-05-07T20:28:23","modified_gmt":"2026-05-07T12:28:23","slug":"hari-pertama-rafizi-beri-keterangan-sprm-selama-8-jam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18724","title":{"rendered":"Kes pelaburan RM1.1 bilion: Keterangan 131 muka surat Rafizi selesai, tidak dimaklum mengenai pertuduhan"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas empat hari rakaman percakapan dibuat berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai hampir RM1.1 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata keseluruhan proses rakaman percakapan itu berjalan dengan lancar dan dikendalikan secara profesional oleh pegawai penyiasat SPRM.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Soal siasat tadi habis dalam 4.30 petang. Saya dimaklumkan bahawa semua keterangan saya telah diambil sepenuhnya dan itu melengkapkan lebih kurang empat hari keterangan yang berjumlah 131 muka surat,&#8221; katanya kepada media selepas selesai sesi rakaman keterangan hampir tujuh jam, di Putrajaya hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata sesi rakaman selama empat hari itu lancar dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyiasat SPRM yang profesional mengendalikannya dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p><br>Rafizi berkata beliau tidak dimaklumkan tentang sebarang tindakan lanjut atau kemungkinan pertuduhan setakat ini kerana siasatan masih berjalan dan beberapa lagi saksi dijangka dipanggil.<\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi berkata beliau dimaklumkan bahawa sesi hari ini adalah yang terakhir setakat ini, namun tidak menolak kemungkinan akan dipanggil semula sekiranya diperlukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, beliau berkata fokus siasatan sepanjang empat hari itu tertumpu kepada proses dan prosedur membuat keputusan termasuk mesyuarat, dokumen dan minit berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tumpuannya ialah proses dan prosedur membuat keputusan \u2026 tidak ada elemen wang langsung,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata siasatan kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion melibatkan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dengan Arm Holdings dari United Kingdom kini pada peringkat akhir.<\/p>\n\n\n\n<p>Azam berkata setakat ini, 22 saksi telah dipanggil termasuk penganalisis politik Chai Jin Shern atau James Chai bagi membantu siasatan, dan dua lagi saksi akan dipanggil, masing-masing seorang di Taiwan dan seorang lagi di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>SPRM membuka kertas siasatan pada 16 Februari lalu susulan aduan daripada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian projek dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberikan kesan kewangan kepada kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes membabitkan urus niaga dengan Arm Holdings itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.- 7\/5\/2026<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Rafizi kena beri keterangan SPRM lagi pada Khamis\u2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli perlu beri keterangan lagi pada SPRM hari Khamis.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"544\" height=\"370\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/rafizi-hari-ketigaxx-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-18807\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Rabu,beliau beri keterangan hari ketiga di ibupejabat SPRM Putrajaya dalam siasatan keatas pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK.<\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi tiba jam 2 petang dan selesai jam 7 malam.- 6\/5\/2026<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Hari kedua: Rafizi beri keterangan SPRM sembilan jam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli beri keterangan sekitar sembilan jam pada hari kedua proses itu di ibupejabat SPRM di Putrajaya,Selasa.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"542\" height=\"442\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/RAFIZI2xx-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-18775\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Rafizi tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar jam 10 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakaman percakapan beliau pada hari kedua selesai kira-kira jam 7 malam.<\/p>\n\n\n\n<p>Proses rakaman percakapan akan disambung untuk hari ketiga, petang esok.- 5\/5\/2026<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Hari pertama: Rafizi beri keterangan SPRM selama 8 jam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli akan sambung beri keterangan kepada SPRM jam 10 pagi esok,Selasa selepas proses berkenaan pada hari pertama berlangsung selama lebih 8 jam.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini bekas Timbalan Presiden PKR itu tiba di bangunan SPRM,Putrajaya jam 9.30 pagi untuk beri keterangan jam 10 pagi.Ia cuma berakhir jam 6.40 petang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau dipercayai beri keterangan berhubung siasatan melibatkan perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan syarikat semikonduktor dari United Kingdom, Arm Holdings Inc.<\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi yang ditemui wartawan kata  proses berkenaan berjalan lancar meskipun mengambil masa panjang, selain menegaskan beliau memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProses berjalan lancar, cuma panjang kerana banyak soalan dikemukakan dari pagi hingga petang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Rafizi turut memaklumkan beliau perlu hadir semula ke SPRM pada pukul 10 pagi esok bagi menyambung sesi soal siasat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan akan dipanggil lagi untuk beberapa hari berikutnya, bergantung kepada keperluan siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, beliau berkata proses berkenaan turut melibatkan waktu rehat singkat termasuk untuk solat dan makan tengah hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop atau sudut siasatan yang sedang dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes membabitkan Rafizi disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.<\/p>\n\n\n\n<p>SPRM membuka kertas siasatan pada 16 Februari lalu susulan aduan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian projek dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberikan kesan kewangan kepada kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, siasatan turut menjurus kepada kemungkinan wujud unsur konflik kepentingan membabitkan beberapa individu yang dikatakan diberikan jawatan tinggi dalam syarikat asing berkenaan selepas berhenti daripada perkhidmatan di sebuah kementerian.- 4\/5\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas empat hari rakaman percakapan dibuat berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai hampir RM1.1 bilion. Beliau berkata keseluruhan proses rakaman percakapan itu berjalan dengan lancar dan dikendalikan secara profesional oleh pegawai penyiasat SPRM. &#8220;Soal siasat [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18776,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-18724","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18724","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18724"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18724\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18808,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18724\/revisions\/18808"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18776"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18724"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18724"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18724"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}