{"id":18785,"date":"2026-05-07T06:33:19","date_gmt":"2026-05-06T22:33:19","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18785"},"modified":"2026-05-07T06:34:03","modified_gmt":"2026-05-06T22:34:03","slug":"sultan-selangor-mahu-tindakan-efektif-bukan-janji-kosong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18785","title":{"rendered":"Sultan Selangor mahu tindakan efektif, bukan janji kosong"},"content":{"rendered":"\n
Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sentiasa menitikberatkan tindakan yang efektif, berbanding janji kosong dalam menangani masalah rakyat, selaras peranan Baginda sebagai Ketua Negeri.

Tegasnya sebarang nasihat, teguran dan peringatan oleh Sultan Selangor merupakan panduan penting seorang Raja bagi memastikan pentadbiran negeri dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

\u201cBerdasarkan prinsip Raja Berperlembagaan, Sultan Selangor tidak mahu bertindak sebagai \u2018rubber stamp\u2019 atau sekadar formaliti dalam melaksanakan fungsi Baginda sebagai Sultan.

\u201cSultan bertindak sebagai satu kuasa semak dan imbang atau check and balance terhadap pihak eksekutif untuk memastikan kepentingan rakyat sentiasa terjaga dan terpelihara,\u201d menurut kenyataan itu.

Dewan Diraja Selangor yakin Sultan Sharafuddin yang mempunyai pengalaman memerintah selama tempoh 25 tahun sebagai Sultan Selangor dan 33 tahun sebagai Raja Muda Selangor, amat memahami dan mendalami peranan Baginda mengikut undang-undang selaras dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menyangkal pandangan serong dan negatif daripada sebahagian pemimpin politik dan pihak tertentu yang menganggap titah Sultan Sharafuddin pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-15 bulan lalu, telah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri dan melanggar konsep Raja Berperlembagaan.

Sebaliknya Dewan Diraja Selangor menegaskan, titah itu bagi memastikan segala tindakan kerajaan negeri bertepatan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat dalam pemerintahannya.

\u201cDalam konteks Selangor, Menteri Besar dikehendaki berunding dengan Sultan dalam segala hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

\u201cRundingan membawa maksud bahawa Sultan mempunyai hak untuk diberi sembah maklum oleh Menteri Besar mengenai urusan pentadbiran negeri bagi membolehkan baginda mengetahui apa yang berlaku di samping memberi nasihat sebelum sesuatu keputusan mengenainya dimuktamadkan.

\u201cPandangan dan nasihat Sultan berdasarkan kepentingan rakyat tanpa dipengaruhi kepentingan politik,\u201d jelasnya.

Tambahnya Dewan Diraja Selangor, Sultan Selangor juga kerap menerima aduan daripada rakyat berkaitan pelbagai isu seperti banjir, kutipan sampah, jalan berlubang serta pelbagai masalah lain yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian masyarakat.

\u201cAduan yang disampaikan kepada Baginda juga bukan bersifat surat layang, sebaliknya disertakan dengan nama, alamat serta nombor telefon pengadu sebagai bukti bahawa mereka benar-benar terkesan dan berada dalam keadaan terdesak, selain berharap agar Baginda dapat menegur Kerajaan Negeri berhubung kesulitan dihadapi,\u201d katanya lagi.-7\/5\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sentiasa menitikberatkan tindakan yang efektif, berbanding janji kosong dalam menangani masalah rakyat, selaras peranan Baginda sebagai Ketua Negeri. Tegasnya sebarang nasihat, teguran dan peringatan oleh Sultan Selangor merupakan panduan penting seorang Raja bagi memastikan pentadbiran negeri dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. \u201cBerdasarkan prinsip Raja Berperlembagaan, […]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5386,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-18785","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18785","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18785"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18785\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18786,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18785\/revisions\/18786"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5386"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18785"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18785"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18785"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}