{"id":18859,"date":"2026-05-13T10:45:30","date_gmt":"2026-05-13T02:45:30","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18859"},"modified":"2026-05-13T10:52:28","modified_gmt":"2026-05-13T02:52:28","slug":"pbt-seluruh-negara-perlu-kurangkan-kadar-sewa-premis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18859","title":{"rendered":"PBT seluruh negara perlu kurangkan kadar sewa premis"},"content":{"rendered":"\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlu lebih banyak pihak berkuasa tempatan (PBT) mengurangkan kadar sewa premis di bawah seliaan masing-masing.\n\nAnwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu antara yang dibincangkan semasa beliau mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini.\n\nKatanya, langkah itu penting bagi membantu meringankan beban penjaja dan peniaga kecil yang terhimpit dengan peningkatan kos operasi.\n\n\u201cKerajaan MADANI telah memulakan pengurangan kadar sewa premis penjaja dan peniaga menerusi DBKL dan MARA.\n\n\u201cPendekatan ihsan ini wajar dicontohi oleh PBT lain di seluruh negara demi kesejahteraan rakyat serta kelangsungan perniagaan kecil dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar,\u201d katanya.\n\nMengulas lanjut, Anwar berkata, mesyuarat turut meneliti pelbagai langkah strategik bagi mendepani ketidaktentuan global dan kesan kenaikan kos sara hidup.\n\nKatanya, ia termasuk pembangunan Dashboard Pemantauan Krisis Bekalan Global serta cadangan penambahbaikan dasar berkaitan bekalan dan harga.\n\nJelas Anwar, mengambil kira impak krisis yang semakin memberi tekanan kepada harga barangan harian, beliau telah mengarahkan setiap kementerian untuk menyelaras semula inisiatif, usaha dan bantuan supaya sampai kepada kumpulan sasaran serta memastikan tiada yang tercicir, khususnya golongan miskin dan rentan.\n\n\u201cMTEN akan terus memberi fokus utama kepada usaha menjamin kelangsungan bekalan serta melindungi rakyat, khususnya golongan rentan dan peniaga kecil agar mereka tidak terus terbeban akibat kejutan ekonomi global,\u201d katanya.-13\/5\/2026\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlu lebih banyak pihak berkuasa tempatan (PBT) mengurangkan kadar sewa premis di bawah seliaan masing-masing. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu antara yang dibincangkan semasa beliau mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini. Katanya, langkah itu penting bagi membantu meringankan beban penjaja dan peniaga kecil [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18860,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-18859","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18859","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18859"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18859\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18861,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18859\/revisions\/18861"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18860"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18859"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18859"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18859"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}