{"id":18862,"date":"2026-05-13T10:50:27","date_gmt":"2026-05-13T02:50:27","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18862"},"modified":"2026-05-13T10:50:29","modified_gmt":"2026-05-13T02:50:29","slug":"buang-sampah-merata-lebih-4000-diarahkan-bersihkan-longkang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18862","title":{"rendered":"Buang sampah merata&#8230; lebih 4,000 diarahkan bersihkan longkang"},"content":{"rendered":"\nIni hukuman untuk orang yang suka buang sampah merata&#8230; Lebih 4,000 individu termasuk pelancong asing didenda atas kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam bagi tempoh 1 Januari hingga hari ini.\n\nMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata kesemua pesalah turut menjalani perintah khidmat masyarakat melibatkan kerja \u2013 kerja membersihkan longkang, membersihkan tandas, menyapu sampah serta denda.\n\n\u201cSetiap seorang daripada mereka (pesalah) turut membayar kompaun sebanyak RM2,000 kepada kerajaan di samping kerja \u2013 kerja pembersihan khidmat masyarakat selama 12 jam,\u201d katanya.\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Preview Pameran Antarabangsa Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman dan Pembinaan (ARCHIDEX) 2026 dan Persidangan Hartanah ASEAN di ibu negara hari ini.\n\nKerajaan melalui kementerian berkenaan mula menguatkuasa Perintah Khidmat Masyarakat bagi pesalah yang membuang sampah kecil di tempat awam bermula 1 Januari lepas mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) susulan pindaan diluluskan Dewan Rakyat pada Ogos 2025.\n\nBerkenaan ARCHIDEX edisi ke-25 tahun ini, Kor Ming berkata ia merupakan penganjuran terbesar sekali gus membawa sektor berkenaan di Malaysia ke tahap baharu.\n\n\u201cSaya amat berbesar hati mengumumkan bahawa ARCHIDEX 2026 merupakan penganjuran terbesar setakat ini dengan keluasan 39,000 meter persegi, membabitkan lebih 900 pempamer dan 2,200 reruai,\u201d katanya.\n\nTambah beliau, ARCHIDEX juga dijangka akan diperluaskan ke pasaran ASEAN dengan sasaran pengembangan ke Kemboja menjelang 2027.-13\/5\/2026\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ini hukuman untuk orang yang suka buang sampah merata&#8230; Lebih 4,000 individu termasuk pelancong asing didenda atas kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam bagi tempoh 1 Januari hingga hari ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata kesemua pesalah turut menjalani perintah khidmat masyarakat melibatkan kerja \u2013 kerja membersihkan longkang, membersihkan tandas, [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18863,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-18862","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18862","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18862"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18862\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18864,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18862\/revisions\/18864"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18863"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18862"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18862"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18862"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}