{"id":18865,"date":"2026-05-13T10:54:57","date_gmt":"2026-05-13T02:54:57","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18865"},"modified":"2026-05-13T10:54:59","modified_gmt":"2026-05-13T02:54:59","slug":"malaysia-kecewa-syarikat-norway-batalkan-penghantaran-peluru-berpandu-saat-akhir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18865","title":{"rendered":"Malaysia kecewa syarikat Norway batalkan penghantaran peluru berpandu saat akhir"},"content":{"rendered":"\nMenteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan beliau dijangka bertemu Menteri Pertahanan Norway hujung bulan ini bagi membincangkan isu pembatalan perolehan peluru berpandu anti kapal Naval Strike Missile (NSM) daripada syarikat Norway, Kongsberg Defence &#038; Aerospace ASA (KDA).\n\nBeliau berkata, usaha penyelesaian menerusi saluran diplomatik itu akan dilakukan melalui pertemuan dua hala yang dijangka berlangsung di Singapura.\n\nMenurutnya, tindakan pembatalan perolehan berkenaan pada saat akhir amat mengejutkan dan mengecewakan Kerajaan Malaysia.\n\n\u201cKeadaan ini amat dikesali kerana perjanjian pembelian peluru berpandu tersebut telah dimeterai sejak 2018 dan penghantarannya dijadual pada Mac lepas bagi melengkapkan aset kapal negara namun beberapa hari sebelum penghantaran dibuat, kita dimaklumkan ia dibatalkan,\u201d katanya.\n\nMohamed Khaled berkata demikian pada sidang media selepas hadir Majlis Pelancaran Program Ekonomi MADANI Angkatan Tentera Malaysia di Kem Batu 3, di sini, hari ini.\n\nSementara itu tambah beliau, kerajaan kini mengambil pendekatan diplomatik bagi menangani isu berkenaan termasuk melibatkan komunikasi antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya selain perbincangan antara kementerian luar kedua-dua negara.\n\nPada 9 Mei lalu, KDA memaklumkan bahawa segala keputusan berkaitan lesen eksport bagi pembekalan NSM untuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tertakluk sepenuhnya kepada pihak berkuasa Norway.\n\nJurucakap KDA, Ivar Simensen berkata, syarikat itu sentiasa beroperasi mengikut kerangka undang-undang serta peraturan yang ditetapkan kerajaan Norway.-13\/5\/2026\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan beliau dijangka bertemu Menteri Pertahanan Norway hujung bulan ini bagi membincangkan isu pembatalan perolehan peluru berpandu anti kapal Naval Strike Missile (NSM) daripada syarikat Norway, Kongsberg Defence &#038; Aerospace ASA (KDA). Beliau berkata, usaha penyelesaian menerusi saluran diplomatik itu akan dilakukan melalui pertemuan dua hala yang dijangka [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18866,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-18865","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18865","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18865"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18865\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18867,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18865\/revisions\/18867"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18866"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}