{"id":18931,"date":"2026-05-16T10:00:17","date_gmt":"2026-05-16T02:00:17","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18931"},"modified":"2026-05-16T10:00:27","modified_gmt":"2026-05-16T02:00:27","slug":"pengiktirafan-uec-hadiah-paling-buruk-sempena-sambutan-hari-guru-tahun-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18931","title":{"rendered":"Pengiktirafan UEC hadiah \u2018paling buruk\u2019 sempena sambutan Hari Guru tahun ini"},"content":{"rendered":"\nPresiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai hadiah paling buruk kerajaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.\n\nMuhyiddin mendakwa ia merupakan pengkhianatan terhadap pengorbanan guru-guru di seluruh negara yang selama ini amat komited dalam menjayakan hasrat dasar dan falsafah pendidikan negara.\n\nJelasnya, dengan pengiktirafan sijil UEC, terdapat satu lagi saluran bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang sukatan mata pelajaran dan peperiksaannya ditadbir sepenuhnya oleh sebuah badan bukan kerajaan yang piawaiannya tidak dikawal oleh mana-mana badan kerajaan.\n\nJusteru beliau meminta kerajaan kembali kepada asas Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam mempertimbangkan pengiktirafan sijil UEC.\n\n\u201cSetakat ini tidak ada mana-mana badan kerajaan membuat penilaian jaminan kualiti, pengauditan sukatan matapelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan dan pemarkahan UEC.\n\n\u201cKeadaan ini akan mewujudkan dwi-standard dalam penilaian permohonan kemasukan pelajar warganegara Malaysia ke IPTA yang melibatkan dua saluran kemasukan yang berbeza dengan standard yang berbeza,\u2019\u2019 katanya dalam satu kenyataan.\n\nMenurut Muhyiddin, keputusan Kerajaan Madani mengiktiraf sijil UEC dibuat secara tergesa-gesa dan mungkin mempunyai tujuan politik untuk memastikan sokongan berterusan parti DAP terhadap kerajaan campuran yang ada pada hari ini.\n\nJelasnya, keputusan dasar yang penting tidak boleh dibuat atas pertimbangan politik semata-mata sebaliknya kajian yang menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu dibuat untuk mengkaji kesan dasar tersebut terhadap masa depan sistem pendidikan negara.\n\n\u201cIni termasuk implikasi terhadap kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, perpaduan nasional dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa.\n\n\u201cPerlu diingatkan bahawa pendidikan bukan semata-mata medium untuk melahirkan modal insan untuk tujuan pembangunan negara tetapi juga alat pembinaan dan penyatuan negara bangsa,\u2019\u2019 katanya.\n\nBekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) itu berkata, beliau pernah mengadakan pertemuan pertemuan dengan Dong Zong untuk membincangkan cadangan pengiktirafan sijil UEC.\n\n\u201cKajian oleh Kementerian Pendidikan pada masa itu mendapati sukatan matapelajaran dan peperiksaan UEC tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.\n\n\u201cJusteru, saya telah mencadangkan kepada Dong Zong supaya Kementerian Pendidikan Malaysia menjalankan kajian menyeluruh terhadap sistem pendidikan persendirian Cina termasuk sukatan matapelajaran dan pentadbiran peperiksaan UEC sebelum kerajaan menimbangkan pengiktirafan sijil UEC.\n\n\u201cNamun, cadangan saya tersebut tidak dipersetujui oleh Dong Zong dan kerajaan membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf sijil UEC,\u2019\u2019 katanya.-16\/5\/2026\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai hadiah paling buruk kerajaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Muhyiddin mendakwa ia merupakan pengkhianatan terhadap pengorbanan guru-guru di seluruh negara yang selama ini amat komited dalam menjayakan hasrat dasar dan falsafah pendidikan negara. Jelasnya, dengan pengiktirafan sijil UEC, terdapat [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18932,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-18931","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18931","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18931"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18931\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18933,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18931\/revisions\/18933"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18932"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18931"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18931"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18931"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}