{"id":18948,"date":"2026-05-16T20:27:17","date_gmt":"2026-05-16T12:27:17","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18948"},"modified":"2026-05-16T20:27:24","modified_gmt":"2026-05-16T12:27:24","slug":"kerugian-penipuan-online-cecah-rm2-77-bilion","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18948","title":{"rendered":"Kerugian penipuan &#8216;online&#8217; cecah RM2.77 bilion"},"content":{"rendered":"\nKementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperhebat pelaksanaan Kempen Internet Selamat di seluruh negara susulan peningkatan ketara kes penipuan dalam talian yang mengakibatkan kerugian mencecah RM2.77 bilion tahun lalu.\n\nTimbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan berbanding RM1.28 bilion pada 2023 dan RM1.57 bilion pada 2024.\n\nKata beliau, penipuan pelaburan tidak wujud dikenal pasti sebagai kerugian terbesar dialami mangsa.\n\n\u201cKebanyakan mangsa mudah terpedaya apabila ditunjukkan keuntungan palsu pada peringkat awal pelaburan sebelum mereka diminta memasukkan wang dalam jumlah lebih besar.\n\n\u201cPada permulaan, mangsa akan nampak keuntungan dalam akaun mereka, sebagai contoh pelaburan RM1,000 kononnya meningkat menjadi RM3,000, sekali gus membuatkan mereka terus menambah simpanan sehingga mengalami kerugian besar,\u201d katanya.\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir hadir Program Santuni Komuniti bersama platform e-dagang Shopee di Felda Bukit Permai, di sini hari ini.\n\nBerkenaan kempen berkenaan, Nie Ching berkata ia dilaksanakan mengikut kesesuaian kumpulan sasaran bagi memastikan kesedaran digital dapat disampaikan secara lebih berkesan.\n\nKatanya, di peringkat sekolah rendah, fokus diberikan kepada isu buli siber, manakala komuniti di Felda, kampung dan kawasan perumahan diberi pendedahan berkaitan ancaman penipuan dalam talian.\n\n\u201cBagi pelajar sekolah menengah dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pula, mereka didedahkan mengenai risiko penipuan tawaran pekerjaan serta bahaya penggunaan akaun keldai,\u201d katanya.\n\nSehingga 30 April lalu, Kempen Internet Selamat telah dilaksanakan di 10,134 institusi pendidikan termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah, Institut Pendidikan Guru dan IPT melibatkan hampir 900,000 peserta.-16\/5\/2026\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperhebat pelaksanaan Kempen Internet Selamat di seluruh negara susulan peningkatan ketara kes penipuan dalam talian yang mengakibatkan kerugian mencecah RM2.77 bilion tahun lalu. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan berbanding RM1.28 bilion pada 2023 dan RM1.57 bilion pada 2024. Kata [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6705,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-18948","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18948","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18948"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18948\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18949,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18948\/revisions\/18949"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6705"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18948"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18948"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18948"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}