{"id":18987,"date":"2026-05-24T14:10:00","date_gmt":"2026-05-24T06:10:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=18987"},"modified":"2026-05-25T10:45:45","modified_gmt":"2026-05-25T02:45:45","slug":"6-rakyat-malaysia-sertai-global-sumud-flotilla-gsf-2-0-ditahan-tentera-israel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=18987","title":{"rendered":"Misi GSF berjaya bawa semula isu Gaza ke pentas dunia &#8211; Nadir Al-Nuri"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Peningkatan sokongan global terhadap perjuangan Palestin serta lonjakan liputan antarabangsa, menjadi bukti kejayaan Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0.<\/p>\n\n\n\n<p>Chef de Mission Sumud Nusantara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata misi itu berjaya memecahkan \u201ctembok propaganda\u201d Zionis Israel pada peringkat antarabangsa, walaupun berdepan pelbagai tekanan, ancaman dan tindakan kekerasan sepanjang operasi kemanusiaan itu berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata capaian dan penglibatan kandungan di platform media sosial rasmi Global Sumud Flotilla mencecah 1.5 bilion, selain lebih 20,000 artikel dalam talian di seluruh dunia diterbitkan dalam tempoh 10 hari selepas insiden kapal flotila dipintas pihak Zionis Israel pada 29 April.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelepas interception berlaku, orang kembali bercakap tentang Gaza dan Palestin, dengan peningkatan sebanyak 537 peratus melibatkan 60 negara dan 94 peratus daripadanya membawa naratif positif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebanyak 12 negara turut mengeluarkan kecaman terhadap tindakan lanun Zionis Israel yang melanggar hak asasi manusia serta hak pelayaran antarabangsa,\u201d katanya ketika berucap pada sambutan kepulangan aktivis kemanusiaan GSF 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhammad Nadir Al-Nuri berkata GSF 2.0, turut mendapat sokongan besar di Eropah apabila 81 ahli Parlimen Kesatuan Eropah menyatakan sokongan terhadap flotila berkenaan, selain lebih 1,000 ahli Parlimen seluruh dunia menandatangani Deklarasi Brussels yang menyokong perjuangan Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menggariskan bahawa lebih 500 bandar di seluruh dunia mengadakan demonstrasi solidariti sempena ulang tahun Nakba pada 15 Mei, manakala lebih 1.2 juta surat dihantar kepada ahli-ahli parlimen di pelbagai negara, bagi mendesak pembebasan peserta flotila.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas pengalaman peserta Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri berkata mereka bukan sahaja menunjukkan keberanian luar biasa, malah diiktiraf pada peringkat antarabangsa atas disiplin, kepakaran teknikal dan komitmen tinggi sepanjang operasi kemanusiaan ke Gaza itu berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata peserta negara menjadi antara kumpulan yang paling dihormati dalam kalangan delegasi antarabangsa kerana kemampuan mereka mengendalikan operasi kapal, perubatan dan logistik sepanjang misi tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKapten-kapten kita antara yang paling komited, mekanik dan jurutera kapal kita pula sangat berdisiplin serta tidak menimbulkan masalah kepada delegasi lain,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebanyak 28 rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 ke Gaza, selamat tiba di tanah air malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi aktivis Razman Mat Ali masih berada di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan selepas mengalami Traumatic Pneumothorax atau paru-paru bocor akibat ditumbuk tentera Israel.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Bernama &#8211; 25\/5\/2026<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><strong>29 peserta Malaysia Global Sumud Flotilla 2.0 yang dibebas Israel dijadual tiba di KLIA Ahad ini\u2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 29 delegasi Malaysia diantara 428 aktivis yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang telah dibebaskan daripada tahanan Israel dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua mereka dibawa keluar dari Israel dengan tiga pesawat Turkish Airlines yang dihantar Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Lapangan Terbang Ramon.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby beritahu wartawan hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah berhubung dengan Presiden Turkiye mengenai koordinasi pergerakan delegasi Malaysia dari Israel ke Istanbul.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;SNCC juga mengesahkan laporan terkini dari ADALAH bahawa 428 aktivis flotila kini sedang dipindahkan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ramon dan dijangka tiba di Istanbul menggunakan tiga penerbangan tajaan khas kerajaan Turkiye dengan kod TK6919, TK6921 dan TK6925,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya ketiga-tiga penerbangan Turkish Airlines akan berlepas daripada Israel malam ini dan tiba di Istanbul ,Turkiye jam 10 malam (waktu Malaysia).<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, mereka akan disambut oleh Kedutaan Besar Malaysia di Turkiye serta kerajaan Turkiye beserta dengan wakil Sumud Nusantara di Istanbul.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi Malaysia juga akan melalui pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Istanbul berdasarkan laporan dan maklumat bahawa ada tahanan yang telah dipukul serta mengalami kecederaan yang teruk.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dijangka berlepas dari Turkiye pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad ini.- 21\/5\/2026<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>8 negara Eropah kecam layanan Israel terhadap aktivis flotila Gaza<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>TINDAKAN Israel terhadap aktivis flotila bantuan itu mencetuskan kecaman meluas di Eropah selepas Menteri Keselamatan Negara negara haram Israel, Itamar Ben Gvir menyiarkan video menunjukkan tahanan diikat dan dipaksa melutut.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa negara Eropah menyifatkan layanan itu sebagai melanggar maruah manusia dan tidak boleh diterima.<\/p>\n\n\n\n<p>Belgium<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Luar Belgium, Maxime Prevot berkata duta Israel akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung video berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, rakyat Belgium turut berada dalam kalangan aktivis yang ditahan dan semua tahanan perlu dibebaskan segera serta dilayan secara bermaruah.<\/p>\n\n\n\n<p>Perancis<\/p>\n\n\n\n<p>Perancis turut memanggil duta Israel susulan tindakan Ben Gvir menyiarkan rakaman tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Luar Perancis, Jean-No\u00ebl Barrot berkata tindakan itu menimbulkan kemarahan dan pihaknya mahu penjelasan rasmi daripada Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Jerman<\/p>\n\n\n\n<p>Duta Jerman ke Israel, Steffen Seibert menyifatkan layanan terhadap aktivis itu sebagai langsung tidak boleh diterima dan bercanggah dengan nilai kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Greece<\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian Luar Greece menggesa pembebasan segera 19 rakyatnya yang dipercayai berada dalam flotila tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kementerian itu, tindakan Menteri Keselamatan Negara haram Israel terhadap peserta flotila berkenaan amat dikesali dan wajar dikecam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ireland<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Luar Ireland, Helen McEntee berkata beliau terkejut dengan rakaman itu dan menuntut pembebasan segera aktivis yang didakwa ditahan secara tidak sah.<\/p>\n\n\n\n<p>Itali<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menggesa aktivis Itali yang ditahan dibebaskan serta-merta selain menuntut permohonan maaf daripada Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata layanan terhadap penunjuk perasaan itu mencabuli maruah manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanyol<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Luar Sepanyol, Jos\u00e9 Manuel Albares menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan dan tidak berperikemanusiaan, selain mengesahkan wakil Israel di Madrid telah dipanggil.<\/p>\n\n\n\n<p>Belanda<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Belanda, Rob Jetten memaklumkan duta Israel telah dipanggil, manakala Menteri Luar, Tom Berendsen menyifatkan insiden itu sebagai mengejutkan dan tidak boleh diterima.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut dikritik pemimpin Israel<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan Ben Gvir turut menerima kecaman daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.<\/p>\n\n\n\n<p>Netanyahu kononnya berkata cara aktivis itu dikendalikan tidak selaras dengan nilai dan norma Israel serta mengarahkan supaya mereka dihantar pulang secepat mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Luar Israel, Gideon Sa&#8217;ar turut mengkritik Ben Gvir kerana didakwa menjejaskan imej Israel di mata dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Flotila Global Sumud sebelum ini berlayar dari Turkiye dalam usaha menghantar bantuan ke Gaza selepas satu lagi konvoi bantuan dipintas tentera Israel bulan lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak berkuasa Israel memaklumkan seramai 430 aktivis berada di atas kapal tersebut, manakala kumpulan hak asasi Adalah berkata sebahagian daripada mereka telah tiba di pelabuhan Ashdod dan kini ditahan di situ. &#8211; Agensi -21\/5\/2026<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>16 rakyat Malaysia sertai Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ditahan tentera Israel<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 16 rakyat Malaysia yang menaiki sembilan kapal ang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ditahan tentera Israel setakat ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"700\" height=\"393\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/gaza-sumudzzz-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-19054\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Antara yang ditahan termasuklah Zainal Rashid Ahmad di atas kapal Amanda; Muhamad Muhsin Zaidi (Isobella); Mohammad Shazly Mohammad Shees dan Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari (Cactus); S Patmanathan, Syakirin Muhamed Senin dan Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar (Ferluto) serta Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (Josef).<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"560\" height=\"373\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/sumud11xx-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-19053\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Perkembangan ini di maklum Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby dalam sidang media di SNCC di Sepang.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sebahagian daripada 15 kapal yang dilaporkan dipintas dan diceroboh rejim Zionis.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya ketika ini 37 kapal flotilla yang membawa 13 lagi rakyat Malaysia masih meneruskan pelayaran menuju Gaza, walaupun berdepan risiko keselamatan tinggi susulan ancaman pemintasan dan tindakan agresif berterusan tentera Israel.- 18\/5\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peningkatan sokongan global terhadap perjuangan Palestin serta lonjakan liputan antarabangsa, menjadi bukti kejayaan Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0. Chef de Mission Sumud Nusantara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata misi itu berjaya memecahkan \u201ctembok propaganda\u201d Zionis Israel pada peringkat antarabangsa, walaupun berdepan pelbagai tekanan, ancaman dan tindakan kekerasan sepanjang operasi kemanusiaan itu berlangsung. Beliau berkata [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19116,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-18987","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18987","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18987"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18987\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19115,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18987\/revisions\/19115"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/19116"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18987"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18987"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18987"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}