{"id":19025,"date":"2026-05-20T10:52:34","date_gmt":"2026-05-20T02:52:34","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19025"},"modified":"2026-05-20T10:52:36","modified_gmt":"2026-05-20T02:52:36","slug":"inflasi-naik-kepada-1-9-peratus-pengangkutan-punca-utama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19025","title":{"rendered":"Inflasi naik kepada 1.9 peratus, pengangkutan punca utama"},"content":{"rendered":"\nKadar inflasi Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April 2026 mencatatkan kenaikan 1.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.\n\nMenurut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), peningkatan itu didorong terutamanya oleh lonjakan dalam kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 4.1 peratus berbanding 1.6 peratus pada bulan sebelumnya.\n\nSelain pengangkutan, beberapa kumpulan lain turut merekodkan peningkatan termasuk minuman alkohol dan tembakau sebanyak 2.8 peratus, maklumat dan komunikasi (2.0 peratus), serta makanan dan minuman yang naik 1.2 peratus.\n\nBagaimanapun, beberapa sektor lain menunjukkan trend lebih perlahan, antaranya pendidikan dan perumahan, manakala kumpulan pakaian dan kasut kekal negatif pada kadar 0.1 peratus.\n\nDari sudut taburan negeri, sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar inflasi melebihi paras nasional.\n\nPahang merekodkan kadar tertinggi iaitu 2.8 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 2.7 peratus. Negeri lain yang turut mencatatkan kadar lebih tinggi daripada purata nasional ialah Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Putrajaya dan Selangor.\n\nSebaliknya, Sarawak muncul sebagai negeri dengan kadar inflasi paling rendah di negara ini iaitu hanya 0.4 peratus.\n\nSecara bulanan pula, inflasi keseluruhan meningkat 0.4 peratus, dipacu terutamanya oleh kenaikan dalam sektor pengangkutan dan komunikasi, meskipun terdapat penurunan harga bagi kategori penjagaan diri serta perumahan.\n\nDalam perbandingan serantau dan global, kadar inflasi Malaysia sebanyak 1.9 peratus dilihat masih terkawal dan lebih rendah berbanding beberapa negara jiran.\n\nFilipina merekodkan kadar inflasi tertinggi sebanyak 7.2 peratus, diikuti Vietnam (5.5 peratus), Thailand (2.9 peratus) dan Indonesia (2.4 peratus). Malaysia juga mencatatkan kadar lebih rendah berbanding Republik Korea yang merekodkan 2.6 peratus.\n\nNamun begitu, kadar inflasi Malaysia masih lebih tinggi berbanding China yang hanya mencatatkan inflasi 1.2 peratus bagi tempoh sama.-20\/5\/2026\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kadar inflasi Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April 2026 mencatatkan kenaikan 1.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Menurut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), peningkatan itu didorong terutamanya oleh lonjakan dalam kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 4.1 peratus berbanding 1.6 peratus pada bulan sebelumnya. Selain pengangkutan, beberapa kumpulan lain turut [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12124,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[105],"tags":[],"class_list":["post-19025","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kembara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19025","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19025"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19025\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19026,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19025\/revisions\/19026"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12124"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19025"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19025"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19025"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}