{"id":19043,"date":"2026-05-21T10:16:56","date_gmt":"2026-05-21T02:16:56","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19043"},"modified":"2026-05-21T10:16:58","modified_gmt":"2026-05-21T02:16:58","slug":"tiada-prk-di-parlimen-pandan-setiawangsa-spr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19043","title":{"rendered":"Tiada PRK di Parlimen Pandan, Setiawangsa \u2013 SPR"},"content":{"rendered":"\n
Tiada sebarang Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan di Parlimen Pandan dan Setiawangsa ekoran kekosongan luar jangka untuk kedua-dua kerusi tersebut.

Ia susulan keputusan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan mengosongkan kerusi disandang masing-masing.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan, pihaknya telah menerima pemakluman daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul melalui surat bertarikh hari ini, 20 Mei 2026.

Menurut Ramlan, surat tersebut berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa selepas diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

\u201cBerdasarkan kepada Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

\u201cSelaras dengan itu, tiada PRK bahagian pilihan raya Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan dijalankan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Johari dalam kenyataan mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi tersebut susulan peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi berkuat kuasa Isnin lalu.

Johari berkata, kekosongan itu berlaku selepas beliau menerima notis daripada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, berhubung peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, susulan itu, beliau sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan bagi tindakan lanjut.

Ahad lalu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR bersama-sama bekas Naib Presiden PKR iaitu Nik Nazmi mengumumkan keluar parti serta mengambil alih Parti Bersama Malaysia.

Pada masa sama, kedua-dua bekas menteri itu turut mengumumkan keputusan mengosongkan kerusi yang disandang masing-masing.-21\/5\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Tiada sebarang Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan di Parlimen Pandan dan Setiawangsa ekoran kekosongan luar jangka untuk kedua-dua kerusi tersebut. Ia susulan keputusan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan mengosongkan kerusi disandang masing-masing. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan, pihaknya telah menerima pemakluman daripada Yang […]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2109,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-19043","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19043","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19043"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19043\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19044,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19043\/revisions\/19044"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2109"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19043"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19043"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19043"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}