{"id":19087,"date":"2026-05-24T14:13:00","date_gmt":"2026-05-24T06:13:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19087"},"modified":"2026-05-24T20:15:17","modified_gmt":"2026-05-24T12:15:17","slug":"krisis-negeri-sembilan-dap-sokong-cadangan-umno-bubar-dewan-negeriapa-macam-datuk-mb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19087","title":{"rendered":"Krisis Negeri Sembilan : DAP sokong cadangan UMNO bubar Dewan Negeri\u2026Apa macam Datuk MB?"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Dua anggota utama dalam gabungan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan &#8211; UMNO dan DAP &#8211; setuju agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, pembubaran DUN dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengembalikan mandat kepada rakyat sekali gus menentukan siapa yang layak mentadbir negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau beri reaksi itu selepas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan DUN Negeri Sembilan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Loke yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Seremban hari ini kata \u201cSekarang ini rakyat perlu buat keputusan sendiri siapa yang mereka mahu bentuk kerajaan negeri. Bila sokongan sudah ditarik balik, sudah tentu sukar untuk ada keyakinan dalam kerajaan sedia ada.\u201d .<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mengakui situasi semasa menyebabkan sukar untuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan terus berfungsi dengan stabil apabila kepercayaan antara parti dalam gabungan berkenaan sudah terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Pengangkutan itu kata walaupun UMNO-BN masih menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, keadaan politik ketika ini tetap berisiko kerana kerajaan negeri boleh dijatuhkan ketika sidang DUN atau melalui penolakan bajet negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak mahu ambil risiko kerajaan digulingkan dalam sidang DUN nanti kerana apa-apa boleh berlaku,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mendedahkan cadangan pembubaran DUN itu telah disampaikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru minggu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, keputusan akhir masih bergantung kepada Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun selepas mendapatkan pandangan pimpinan tertinggi PH.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut memaklumkan bahawa PH negeri telah bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Johor yang berkemungkinan membubarkan DUN tidak lama lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeperti yang saya katakan dalam Konvensyen PH di Johor Bahru minggu lepas, memang Negeri Sembilan juga bersiap sedia mengadakan pilihan raya serentak dengan Johor.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau Johor dibubarkan dalam waktu terdekat, mungkin Negeri Sembilan juga akan dibubarkan. Tetapi itu terpulang kepada Menteri Besar. Saya hanya memberi cadangan dan Menteri Besar perlu membuat keputusan selepas merujuk kepimpinan tertinggi PH,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, sekiranya Negeri Sembilan mengadakan Pilihan Raya Negeri serentak dengan Johor dan Melaka, langkah itu sudah tentu boleh menjimatkan kos.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas sekiranya PH membuat keputusan untuk bertanding solo di Negeri Sembilan, beliau berkata, gabungan tersebut sudah mempunyai pengalaman mentadbir negeri itu secara bersendirian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDari tahun 2018 sehingga 2023, walaupun pada tahun 2020 ada \u2018Langkah Sheraton\u2019 di peringkat pusat, Negeri Sembilan mampu bertahan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun PH hanya mempunyai 20 kerusi, tetapi kita tidak jatuh ketika itu dan itu maksudnya kita ada kekuatan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Anthony lagi, situasi politik di setiap negeri adalah berbeza dan tidak menghairankan apabila UMNO-BN Johor menyatakan pendirian untuk bertanding di kesemua 56 kerusi DUN, sedangkan parti itu bekerjasama dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi Negeri Sembilan, sokongan terhadap Menteri Besar ditarik balik. Jadi, saya rasa Negeri Sembilan ini kalau berlaku pilihan raya, kita perlu bertanding antara satu sama lain,\u201d katanya.- 24\/5\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua anggota utama dalam gabungan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan &#8211; UMNO dan DAP &#8211; setuju agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, pembubaran DUN dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengembalikan mandat kepada rakyat sekali gus menentukan siapa yang layak mentadbir negeri itu. Beliau beri reaksi [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19088,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-19087","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19087","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19087"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19087\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19089,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19087\/revisions\/19089"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/19088"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19087"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19087"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19087"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}