{"id":19335,"date":"2026-06-03T07:38:14","date_gmt":"2026-06-02T23:38:14","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19335"},"modified":"2026-06-03T07:38:15","modified_gmt":"2026-06-02T23:38:15","slug":"rumah-panjang-miliki-kelebihan-sebagai-produk-pelancongan-komuniti-tiong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19335","title":{"rendered":"Rumah panjang miliki kelebihan sebagai produk pelancongan komuniti &#8211; Tiong"},"content":{"rendered":"\nRumah panjang di Sarawak mempunyai kelebihan tersendiri untuk ditonjolkan sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.\n\nBeliau berkata seiring pelaksanaan Program Homestay Pengalaman Malaysia oleh kementerian, rumah panjang menawarkan pengalaman budaya yang tidak dapat ditemukan di tempat lain di dunia.\n\nTiong berkata selain warisan budaya dipelihara, pembangunan pelancongan komuniti juga mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat melalui aktiviti inap desa, kraf tangan, makanan tradisional, persembahan kebudayaan serta pelbagai aktiviti pelancongan berasaskan komuniti.\n\n\u201cRumah panjang bukan sekadar warisan budaya yang perlu dipelihara, malah merupakan lambang kehidupan komuniti yang harmoni, bersatu padu dan terus berkembang seiring dengan arus kemodenan.\n\n\u201cKeunikan inilah yang menjadikan rumah panjang antara tarikan pelancongan budaya paling autentik dan bernilai untuk diperkenalkan kepada dunia,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.\n\nBeliau turut berharap media dan pelawat yang telah mengunjungi rumah panjang dapat berkongsi pengalaman mereka bagi membetulkan tanggapan atau gambaran kurang tepat segelintir pihak mengenai masyarakat peribumi di Borneo.\n\n&#8220;Realitinya, komuniti rumah panjang hari ini hidup dalam suasana yang progresif dan terbuka, namun tetap utuh mempertahankan identiti budaya mereka yang unik. Nilai inilah yang menjadikan rumah panjang bukan sekadar tempat tinggal, tetapi simbol keharmonian dan perpaduan masyarakat Sarawak,\u201d katanya.-3\/6\/2026\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rumah panjang di Sarawak mempunyai kelebihan tersendiri untuk ditonjolkan sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing. Beliau berkata seiring pelaksanaan Program Homestay Pengalaman Malaysia oleh kementerian, rumah panjang menawarkan pengalaman budaya yang tidak dapat ditemukan di tempat lain di dunia. Tiong berkata selain warisan budaya dipelihara, [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19336,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[105],"tags":[],"class_list":["post-19335","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kembara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19335","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19335"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19335\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19337,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19335\/revisions\/19337"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/19336"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19335"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19335"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19335"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}