{"id":19341,"date":"2026-06-03T16:47:51","date_gmt":"2026-06-03T08:47:51","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19341"},"modified":"2026-06-03T16:47:53","modified_gmt":"2026-06-03T08:47:53","slug":"parti-rafizi-mulakan-langkah-pada-prn-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19341","title":{"rendered":"Parti Rafizi mulakan langkah pada PRN Johor\u2026"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Nampaknya tidak perlu tunggu lama untuk melihat Parti Bersama Malaysia (Bersama) pimpinan Datuk Sri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad beraksi di pentas pilihanraya.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah politik yang besar ini sudah tentu mencuri perhatian ramai kerana Bersama merupakan parti serpihan pertama dari PKR.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia sudah tentu menjadi medan uji pengaruh yang penting bagi parti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi satu kenyataan pada Rabu Rafizi dan NIk Nazmi umum keputusan mereka untuk menyertai pilihanraya negeri Johor (PRN) ke 16.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini ekoran Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRN16 Isnin lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut mereka keputusan menyertai PRN itu dimuktamadkan setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan Bersama dah ahli-ahli terpilih daripada seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbincangan lanjutan dengan wakil ahli-ahli Bersama dari Johor akan diadakan hari ini bagi mengenal pasti kerusi-kerusi yang bakal ditandingi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPRN Johor 2026 membuka ruang untuk memperkenalkan Bersama kepada pengundi-pengundi Johor, walaupun Bersama berusia kurang dari sebulan sejak dilancarkan semula pada 17 Mei lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenyertaan Bersama dalam PRN Johor 2026 juga membolehkan Bersama membina jentera pilihan raya dalam tempoh yang singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera sebagai persiapan ke arah pilihan raya- pilihan raya yang akan datang,\u201d kata mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Serentak itu Rafizi dan Nik Nazmi berkata, parti itu akan mengadakan siri jelajah ke negeri-negeri bermula di Johor pada hari Sabtu ini (6 Jun) di Danga Bay Convention Centre.<\/p>\n\n\n\n<p>Siri jelajah dinamakan \u2018Jelajah Kancil\u2019 itu akan memberi tumpuan kepada 12 agenda Bersama dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJelajah Kancil juga akan melawat setiap negeri lain selepas Johor iaitu Melaka pada Ahad ini, diikuti Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sehingga bulan depan,\u201d kata mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRN ke-15 yang berlangsung Mac 2022, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 12 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala PKR dan AMANAH masing-masing satu kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi, sementara MUDA memperoleh satu kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ekoran pengumuman Rafizi dan Nik Nazmi ini tanda tanya yang berlegar ini ialah kerusi DUN mana yang Bersama akan tanding.<\/p>\n\n\n\n<p>Ikut desas desus\u2026 langkah mereka kini dikaitkan dengan beberapa Ahli Parlimen PKR di Johor yang dilihat rapat dengan Rafizi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini mendorong kalangan pemerhati politik &#8216;pasang teropong&#8217; mengintai kerus-kerusi DUN di kawasan parlimen berkenaan.-3\/6\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nampaknya tidak perlu tunggu lama untuk melihat Parti Bersama Malaysia (Bersama) pimpinan Datuk Sri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad beraksi di pentas pilihanraya. Langkah politik yang besar ini sudah tentu mencuri perhatian ramai kerana Bersama merupakan parti serpihan pertama dari PKR. Ia sudah tentu menjadi medan uji pengaruh yang penting bagi parti itu. [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19342,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-19341","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19341","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19341"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19341\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19343,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19341\/revisions\/19343"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/19342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19341"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19341"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19341"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}