{"id":19414,"date":"2026-06-07T20:01:00","date_gmt":"2026-06-07T12:01:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19414"},"modified":"2026-06-08T01:25:56","modified_gmt":"2026-06-07T17:25:56","slug":"bubar-dun-johor-bukan-sandiwara-politik-zahid-hamidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19414","title":{"rendered":"Bubar DUN Johor bukan sandiwara politik &#8211; Zahid Hamidi"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menepis dakwaan pihak tertentu yang menyifatkan langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu sebagai satu &#8216;sandiwara politik&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, tindakan berkenaan diambil demi mengembalikan mandat mutlak kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang stabil, berbanding terus kekal di singgahsana kuasa demi keselesaan peribadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, Ahmad Zahid berkata, proses pembubaran DUN ialah perkara yang tidak dapat dielakkan dalam sistem demokrasi, sama ada cepat atau lambat.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, beliau berkata, langkah serupa turut diambil oleh pentadbiran negeri lain termasuk Negeri Sembilan selepas pembubaran DUN Johor, sekali gus membuktikan tindakan itu bukan agenda politik sebelah pihak semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Rakyat Johor ialah hakim tertinggi dalam demokrasi. Mereka berhak menentukan kerajaan yang mereka mahu, memilih kerajaan yang mampu memberi kestabilan, serta menilai siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang hanya pandai menabur janji,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang ke-16, di Iskandar Puteri, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir ialah Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri Dr SA Vigneswaran; dan Presiden Parti Progresif Penduduk, Datuk Dr Loga Bala Mohan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menempelak pihak pembangkang yang pernah dilapor menyatakan UMNO dan BN akan mati serta terkubur di bumi Johor.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Yang mahu menjadikan Johor sebagai tapak kuasa, kini sibuk mempertahankan sisa pengaruh. Yang dulu mendabik dada mahu menumbangkan kita, hari ini berdepan keretakan sesama mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ingatlah, Johor bukan tempat mencuba nasib. Johor bukan tempat menumpang pengaruh. Johor bukan medan eksperimen politik dendam. Parti yang lahir daripada pengkhianatan, jangan bercakap soal prinsip,&#8221; katanya merujuk kepada pihak pembangkang.-7\/7\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menepis dakwaan pihak tertentu yang menyifatkan langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu sebagai satu &#8216;sandiwara politik&#8217;. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, tindakan berkenaan diambil demi mengembalikan mandat mutlak kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang stabil, berbanding terus kekal [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17999,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-19414","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19414","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19414"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19414\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19416,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19414\/revisions\/19416"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17999"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19414"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19414"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19414"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}