{"id":19435,"date":"2026-06-09T09:46:37","date_gmt":"2026-06-09T01:46:37","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19435"},"modified":"2026-06-09T09:46:41","modified_gmt":"2026-06-09T01:46:41","slug":"akmal-cabar-anwar-buang-semua-mp-umno-jika-bn-tiada-peranan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19435","title":{"rendered":"Akmal cabar Anwar buang semua MP UMNO jika BN tiada peranan"},"content":{"rendered":"\nKetua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO daripada Kerajaan Perpaduan jika benar Barisan Nasional (BN) dianggap tidak memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).\n\nBeliau berkata, kenyataan yang mempertikaikan peranan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas kerana gabungan itu antara pihak yang membantu memastikan kerajaan dapat dibentuk ketika negara berdepan situasi Parlimen tergantung.\n\nAkmal berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim, yang mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung kenyataannya mengenai peranan BN dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan.\n\nMenurutnya, kepimpinan PKR tidak sepatutnya melupakan sejarah awal pembentukan kerajaan selepas PRU15, termasuk pertemuan yang diadakan dengan pimpinan UMNO bagi mendapatkan sokongan membentuk kerajaan.\n\n\u201cMungkin mereka terlupa atau buat-buat lupa bahawa selepas PRU15, UMNO sudah bersedia menjadi pembangkang.\n\n\u201cNamun ketika itu, pihak yang gagal membentuk kerajaan datang mendapatkan sokongan BN untuk memastikan sebuah kerajaan dapat ditubuhkan,\u201d katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.\n\nMuhamad Akmal turut mempertahankan Zahid yang didakwa bersikap angkuh apabila mengingatkan mengenai peranan BN dalam pembentukan kerajaan.\n\nBeliau mempersoalkan dakwaan berkenaan dan menegaskan apa yang disebut Presiden UMNO itu adalah berdasarkan fakta sejarah politik pasca-PRU15.\n\nKatanya, jika benar ada pihak beranggapan BN tidak mempunyai peranan dalam Kerajaan Perpaduan, maka mereka perlu berani membuktikannya.\n\n\u201cJika kepimpinan PKR merasakan BN tidak mempunyai peranan dalam kerajaan ini, saya cabar Perdana Menteri untuk menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO daripada Kerajaan Perpaduan sekarang.\n\n\u201cBoleh atau tidak?\u201d katanya.\n\nDalam kenyataan sama, Muhamad Akmal turut menyindir PKR berhubung beberapa janji pilihan raya termasuk pemansuhan tol dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya gagal ditunaikan.\n\nPertikaman lidah antara pemimpin UMNO dan PKR itu tercetus susulan perdebatan mengenai peranan sebenar BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diwujudkan selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.-9\/6\/2026\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO daripada Kerajaan Perpaduan jika benar Barisan Nasional (BN) dianggap tidak memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau berkata, kenyataan yang mempertikaikan peranan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas kerana [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3631,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-19435","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19435","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19435"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19435\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19436,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19435\/revisions\/19436"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3631"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19435"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19435"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19435"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}