{"id":19442,"date":"2026-06-09T10:03:24","date_gmt":"2026-06-09T02:03:24","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19442"},"modified":"2026-06-09T10:03:28","modified_gmt":"2026-06-09T02:03:28","slug":"airasia-mohon-maaf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19442","title":{"rendered":"AirAsia mohon maaf"},"content":{"rendered":"\nSyarikat penerbangan AirAsia tampil memohon maaf secara terbuka dan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih inklusif untuk menyokong tetamu berkeperluan khas, susulan insiden sebuah keluarga tidak dibenarkan menaiki pesawat pada cuti Aidiladha, baru-baru ini.\n\nLangkah berkenaan diambil selepas syarikat penerbangan itu selesai menjalankan semakan menyeluruh berhubung kesukaran yang dihadapi keluarga terbabit bagi penerbangan AK 1776 dari Singapura ke Kuching pada 26 Mei lalu.\n\nKetua Pegawai Keselamatan dan Kualiti AirAsia X (Kumpulan AirAsia), Kapten Saravanan Subramaniam berkata, pihak pengurusan memohon maaf kepada keluarga berkenaan atas segala kesulitan yang berlaku.\n\n&#8220;Walaupun keputusan dibuat selaras dengan keperluan keselamatan dan prosedur operasi yang berkuat kuasa pada masa itu, ia tidak pernah menjadi niat kami untuk menghalang mana-mana tetamu daripada melakukan perjalanan.\n\n&#8220;Insiden ini membuka peluang untuk kami meningkatkan proses bagi menyokong tetamu yang mempunyai keperluan khusus dengan lebih baik,&#8221; katanya yang turut memaklumkan SOP dipertingkatkan itu kini telah dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk kelulusan.\n\nSementara itu, penumpang terkesan, Syarifah Ella Wan Wahab melahirkan rasa syukur dan menyifatkan komitmen perubahan daripada AirAsia sebagai satu kemenangan besar buat agenda keterangkuman yang melampaui kepentingan keluarganya.\n\nMelalui hantaran di Threads, beliau mengesahkan sudah menerima permohonan maaf rasmi, bayaran balik penuh, serta tawaran penerbangan percuma sebagai tanda ihsan.\n\n&#8220;Saya amat menghargai kesediaan yang ditunjukkan untuk mendengar dan mengambil langkah membina. Aksesibiliti dan keterangkuman bukanlah keistimewaan khas, ia adalah hak asasi,&#8221; katanya.\n\nSyarifah Ella berkata, pengakuan dan perubahan paling bermakna adalah pengesahan bahawa Alat Penahan Kanak-Kanak (CRD) yang diluluskan kini diterima untuk individu berusia enam bulan ke atas, termasuk penumpang keperluan khas, tertakluk kepada arahan pengilang.\n\nSebelum ini, dasar sedia ada hanya terpakai kepada kanak-kanak berusia enam bulan hingga tiga tahun dengan berat maksimum 18 kilogram. Perubahan ini memberi pengiktirafan bahawa individu kurang upaya memerlukan sistem sokongan tanpa terikat kepada had umur atau berat badan semata-mata.\n\n&#8220;Jika perjalanan kami menyumbang ke arah memastikan kanak-kanak kurang upaya lain dapat menaiki penerbangan dengan maruah, ia telah memenuhi tujuan yang jauh lebih besar,&#8221; katanya yang berharap SOP baharu itu dipaparkan di laman sesawang AirAsia kelak.\n\nKejadian itu mula mendapat tumpuan awam selepas luahan Syarifah Ella yang kesal apabila diarahkan keluar dari pesawat bersama anak perempuannya, Zara, yang menghidap Cerebral Palsy tular di media sosial.\n\nTindakan itu diambil kakitangan bertugas berikutan isu teknikal membabitkan kebenaran penggunaan kerusi khas yang dibawa untuk menyokong keadaan fizikal anaknya sepanjang penerbangan.-9\/6\/2026\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Syarikat penerbangan AirAsia tampil memohon maaf secara terbuka dan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih inklusif untuk menyokong tetamu berkeperluan khas, susulan insiden sebuah keluarga tidak dibenarkan menaiki pesawat pada cuti Aidiladha, baru-baru ini. Langkah berkenaan diambil selepas syarikat penerbangan itu selesai menjalankan semakan menyeluruh berhubung kesukaran yang dihadapi keluarga terbabit bagi penerbangan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19443,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[105],"tags":[],"class_list":["post-19442","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kembara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19442","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19442"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19442\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19444,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19442\/revisions\/19444"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/19443"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19442"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19442"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19442"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}