{"id":19530,"date":"2026-06-13T22:30:41","date_gmt":"2026-06-13T14:30:41","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19530"},"modified":"2026-06-13T22:44:44","modified_gmt":"2026-06-13T14:44:44","slug":"langkah-dramatik-pas-tolak-bersatu-dan-peluk-erat-team-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19530","title":{"rendered":"Langkah dramatik PAS tolak Bersatu dan peluk erat team Hamzah"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam politk ada banyak cara untuk tunjuk pendirian dan apa yang dihadapi oleh Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu 13 Jun cukup dramatik.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini selepas pada 8 Jun lalu diceraikan secara rasmi oleh PAS yakni putusnya kerjasama politik antara kedua parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini platform rasmi yang longgar tinggal antara mereka cumalah dalam gabungan Perikatan Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua orang tahu tanpa ikatan kerjasama politik\u2026hubungan yang tinggal antara PAS-Bersatu tidak beri makna apa-apa.<\/p>\n\n\n\n<p>Individu yang pasti tersenyum riang pada Sabtu 13 Jun tentulah bekas Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Konvensyen Reset anjuran beliau dan pasukannya di Tanah Merah Kelantan,berlangsung gegar gempita dihadiri oleh sekitar 20,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia dihebatkan lagi dengan kehadiran Presiden PAS Tan Sri Hadi Awang dan ramai pimpinan utama PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncak acara ialah Hamzah mengumumkan pelancaran parti baru pimpinannya Parti Wawasan Negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia akan menjadi wadah beliau dan penyokongnya &#8216;berkampong&#8221; setelah disingkir dari Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau sebelum ini kata orang main kias kias segala macam\u2026namun pada majlis itu sudah terbentang pada satu dunia bagaimana eratnya hubungan antara Hamzah dan pimpinan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah ikut cakap Hamzah bahawa Haji Hadi yang berikan nama parti baru itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin utama PAS itu juga telah buat pengumuman yang penting dalam hubungan dengan Hamzah dan parti barunya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya Hamzah akan dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang di parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini pada pada 15 Mei lalu, Perikatan Nasional mengumumkan pelantikan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri yang jug Ahli Parlimen Kemaman, sebagai Ketua Pembangkang baharu menggantikan Hamzah sebagai penyandang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAS bersetuju meneruskan khidmat Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. Ada keputusan, satu gol,&#8221;katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden PAS itu berkata, pada masa sama, Ahmad Samsuri kekal sebagai Pengerusi Perikatan Nasional..<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjelaskan keputusan melantik semula Hamzah sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dibuat melalui musyawarah dan akuan bersumpah (SD).<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya keputusan melalui kedua-dua kaedah itu turut melibatkan semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n\n\n\n<p>Haji Hadi juga menegaskan hubungan partinya dengan Bersatu sudah berakhir, sekali gus menyerahkan kepada parti pimpinan Muhyiddin untuk menentukan sama ada mahu kekal dalam Perikatan Nasional atau sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS juga, katanya bersetuju menerima kemasukan Parti Wawasan Negara ke dalam Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAS dah bersetuju dan kita dah berpisah dengan Bersatu, jadi terpulanglah kepada dia (Bersatu) nak keluar atau nak kekal lagi, terpulang pada dialah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi Parti Wawasan Negara (pimpinan Hamzah ) nak masuk PN tidak ada masalah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Haji Hadi turut mendedahkan PAS sebelum ini pernah mencadangkan supaya Bersatu menerima semula ahli-ahli parti itu yang dipecat atau digantung.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut tidak dipersetujui Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita dah kemukakan cadangan dalam mesyuarat tetapi Bersatu tak terima.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita kemukakan cadangan untuk terima balik mereka yang dipecat, digantung tetapi Bersatu tak terima, sampai begitu sekali dan kita ada surat daripada setiausaha agung,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Isunya sekarang apakah pendirian Bersatu ekoran kenyataan terbaru Haji Hadi &#8216;serahkan&#8217; kepada parti itu tentukan halatujunya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ekoran pengumuman PAS putuskan kerjasama politik pada 8 Jun lalu Muhyiddin dalam reaksinya awalnya melahirkan rasa dukacita.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin berkata, keputusan tersebut dibuat sepenuhnya oleh PAS dan bukan atas kehendak Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu,beliau menegaskan bahawa Bersatu akan terus kekal sebagai parti pengasas PN dan tidak akan berganjak daripada perjuangan yang dibawa gabungan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, parti itu akan terus memperkukuhkan kedudukannya dalam PN selain memperkasa agenda prihatin rakyat yang menjadi teras perjuangan gabungan berkenaan sejak penubuhannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai parti pengasas Perikatan Nasional, Bersatu akan terus kekal dalam Perikatan Nasional dan memperkukuhkan teras perjuangannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBersatu akan memperkasa agenda prihatin rakyat yang dibawa Perikatan Nasional sejak penubuhannya serta mendokong hasrat rakyat yang mahukan perubahan serta kepimpinan yang mewakili aspirasi seluruh warga Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menggesa seluruh kepimpinan, ahli parti dan rakan seperjuangan agar tidak terkesan dengan perkembangan tersebut, sebaliknya terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan Perikatan Nasional  sebagai wadah perjuangan politik.-13\/7\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam politk ada banyak cara untuk tunjuk pendirian dan apa yang dihadapi oleh Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu 13 Jun cukup dramatik. Ini selepas pada 8 Jun lalu diceraikan secara rasmi oleh PAS yakni putusnya kerjasama politik antara kedua parti. Kini platform rasmi yang longgar tinggal antara mereka cumalah dalam gabungan Perikatan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19531,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-19530","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19530","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19530"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19530\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19533,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19530\/revisions\/19533"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/19531"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19530"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19530"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19530"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}