{"id":19610,"date":"2026-06-22T09:04:27","date_gmt":"2026-06-22T01:04:27","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19610"},"modified":"2026-06-22T09:04:30","modified_gmt":"2026-06-22T01:04:30","slug":"perjanjian-petronas-petros-dijangka-dimuktamad-dalam-tempoh-terdekat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19610","title":{"rendered":"Perjanjian Petronas-Petros dijangka dimuktamad dalam tempoh terdekat"},"content":{"rendered":"\n
Rundingan antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) menunjukkan perkembangan amat positif dengan persetujuan muktamad dijangka dicapai dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak sependapat bahawa kedua-dua syarikat perlu memberi tumpuan kepada kepentingan bersama serta mengukuhkan kerjasama bagi memanfaatkan potensi besar sektor tenaga negara.

Menurutnya, Petronas dan Petros perlu bergerak sebagai rakan strategik dalam mewujudkan situasi menang-menang demi kepentingan ekonomi Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.

\u201cSaya ingin memaklumkan bahawa perkembangan terkini menunjukkan kemajuan sangat positif.

\u201cSaya berharap dalam tempoh terdekat kita dapat memeterai persetujuan muktamad antara Petronas dan Petros untuk mengangkat martabat ekonomi kita di Sarawak dan juga di Malaysia,\u201d katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam ini.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Anwar, penyelesaian berhubung kerjasama kedua-dua syarikat itu perlu dilaksanakan secara adil dan saksama agar potensi besar industri tenaga dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.-22\/6\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Rundingan antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) menunjukkan perkembangan amat positif dengan persetujuan muktamad dijangka dicapai dalam tempoh terdekat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak sependapat bahawa kedua-dua syarikat perlu memberi tumpuan kepada kepentingan bersama serta mengukuhkan kerjasama bagi memanfaatkan potensi besar sektor tenaga negara. […]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7883,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-19610","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19610","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19610"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19610\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19611,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19610\/revisions\/19611"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7883"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19610"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19610"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19610"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}