{"id":19670,"date":"2026-06-24T22:08:07","date_gmt":"2026-06-24T14:08:07","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19670"},"modified":"2026-06-24T22:08:10","modified_gmt":"2026-06-24T14:08:10","slug":"ini-senarai-calon-bn-untuk-prn-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19670","title":{"rendered":"Ini senarai calon BN untuk PRN Johor\u2026"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Tiada kejutan besar dalam senarai 56 orang calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor ke-16 yang kekal dengan pendirian hendak turun padang secara solo dan tidak akan bergabung dengan parti lain jika ia berjaya menubuhkan kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap yang disandangnya sejak PRN 2022.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada pilihan raya lalu, beliau menang dengan majoriti 6,543 undi selepas memperoleh 11,029 undi, menewaskan calon PAS mewakili PN, MUDA dan Pejuang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, beliau juga pernah memenangi kerusi Layang-Layang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 dengan majoriti tipis 364 undi selepas menewaskan calon PKR, Murugan Muthu Samy.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau antara lain akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH) , Nor Hafiz Roslan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pengumuman yang dibuat Onn Hafiz di ibu pejabat Umno Johor di Johor Bahru petang Rabu senarai penuh calon BN itu merangkumi 37 calon daripada Umno 15 dari MCA dan 4 dari MIC.<\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini bekas Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad tidak bertanding di kerusi Benut, kerusi yang secara tradisi diwakilinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tempat beliau diambilalih Setiausaha Kerja Umno Datuk Mohd Sumali Reduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang juga ahli exco Johor Mohd Hairi Mad Shah dikekal bertanding di Larkin.<\/p>\n\n\n\n<p>Exco tunggal yang tidak bertanding semula kali ini ialah Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail @ Md On yang juga penyandang kerusi Serom.<\/p>\n\n\n\n<p>Muka baru yang akan bertanding kerusi Serom ialah Nadhirah Afiqah Abdull Rahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Lain-lain Exco kekal.Selain Mohd Hairi Mad Shah di Larkin mereka adalah Zahari Sarip di Buloh Kasap, Mohamad Fazli Mohamad Salleh di Bukit Pasir, Mohd Fared Mohd Khalid di Semerah, Ling Tian Soon di Yong Peng, Lee Ting Han di Paloh, Aznan Tamin di Tanjung Surat,Mohd Jafni Md Shukor di Bukit Permai.<\/p>\n\n\n\n<p>Agak menarik ialah di di Endau. Pada kerusi itu Alwiyah Talib akan mempertahankan kerusi itu di bawah tiket BN selepas kembali ke Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau pertama kali memenangi kerusi Endau pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 atas tiket BN-Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, pada Mei 2018 beliau bersama beberapa ADUN Johor lain meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRN 2022, Alwiyah mempertahankan kerusi Endau di bawah tiket PN dalam saingan lima penjuru.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara nama besar yang kembali bertanding adalah bekas Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, yang dicalonkan untuk kerusi Pasir Raja, menggantikan penyandangnya, Rashidah Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>Adham yang juga Ketua Umno Bahagian Tenggara pernah menjadi ADUN Pasir Raja selama dua penggal (2008-2018) dan Ahli Parlimen Tenggara selama dua penggal (2004-2008) dan pada 2018-2022.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, namanya digugurkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Puteri Wangsa, Teow Chia Ling daripada MCA akan bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan itu dijangka menarik kerana dia berdepan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, yang bertanding atas tiket PH.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikut Senarai penuh 56 calon BN bagi PRN Johor:<\/p>\n\n\n\n<p>N.01: Buloh Kasap \u2013 Datuk Zahari Sarip<\/p>\n\n\n\n<p>N.02: Jementah \u2013 See Ann Giap<\/p>\n\n\n\n<p>N.03: Pemanis \u2013 Anuar Abd Manap<\/p>\n\n\n\n<p>N.04: Kemelah \u2013 K. Ravin Kumar<\/p>\n\n\n\n<p>N.05: Tenang \u2013 Mohd Azahar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>N.06: Bekok \u2013 Tan Chong.<\/p>\n\n\n\n<p>N.07: Bukit Kepong \u2013 Ahmad Syar\u2019e Yusof<\/p>\n\n\n\n<p>N.08: Bukit Pasir \u2013 Ir. Mohamad Fazli Mohamad Salleh<\/p>\n\n\n\n<p>N.09: Gambir \u2013 Sahrihan Jani.<\/p>\n\n\n\n<p>N.10: Tangkak \u2013 Datuk Haw Chin Teck.<\/p>\n\n\n\n<p>N.11: Serom \u2013 Nadirah Afiqah Abdull Rahim.<\/p>\n\n\n\n<p>N.12: Bentayan \u2013 Chua Lee Huat<\/p>\n\n\n\n<p>N.13: Simpang Jeram \u2013 Datuk Azman Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>N.14: Bukit Naning \u2013 Mohd Ghazali Sabari @ Atan<\/p>\n\n\n\n<p>N.15: Maharani \u2013 Datuk Ashari Md Sarip.<\/p>\n\n\n\n<p>N.16: Sungai Balang \u2013 Selamat Takim.<\/p>\n\n\n\n<p>N.17: Semerah \u2013 Mohd Fared Mohd Khalid.<\/p>\n\n\n\n<p>N.18: Sri Medan \u2013 Datuk Zulkurnain Kamisan.<\/p>\n\n\n\n<p>N.19: Yong Peng \u2013 Ling Tian Soon.<\/p>\n\n\n\n<p>N.20: Semarang \u2013 Datuk Samsolbari Jamali.<\/p>\n\n\n\n<p>N.21: Parit Yaani \u2013 Datuk Mohamad Najib Samuri<\/p>\n\n\n\n<p>N.22: Parit Raja \u2013 Nor Rashidah Ramli.<\/p>\n\n\n\n<p>N.23: Penggaram \u2013 Boo Chin Liong<\/p>\n\n\n\n<p>N.24: Senggarang \u2013 Mohd Yusla Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>N.25: Rengit \u2013 Mohd Zaidi Japar.<\/p>\n\n\n\n<p>N.26: Machap \u2013 Datuk Onn Hafiz Ghazi.<\/p>\n\n\n\n<p>N.27: Layang-Layang \u2013 Chua Jian Boon<\/p>\n\n\n\n<p>N.28: Mengkibol \u2013 Yap Zhi Peng.<\/p>\n\n\n\n<p>N.29: Mahkota \u2013 Syed Hussien Syed Abdullah<\/p>\n\n\n\n<p>N.30: Paloh \u2013 Lee Ting Han.<\/p>\n\n\n\n<p>N.31: Kahang \u2013 V. Rugendran<\/p>\n\n\n\n<p>N.32: Endau \u2013 Alwiyah Talib.<\/p>\n\n\n\n<p>N.33: Tenggaroh \u2013 Mohd Youzaimi Yusof.<\/p>\n\n\n\n<p>N.34: Panti \u2013 Dr Muhammad Naqib Md Ghazali.<\/p>\n\n\n\n<p>N.35: Pasir Raja \u2013 Datuk Seri Adham Baba.<\/p>\n\n\n\n<p>N.36: Sedili \u2013 Muzaidee Makmor.<\/p>\n\n\n\n<p>N.37: Johor Lama \u2013 Norliza Noh.<\/p>\n\n\n\n<p>N.38: Penawar \u2013 Fauziah Misri.<\/p>\n\n\n\n<p>N.39: Tanjung Surat \u2013 Aznan Tamin.<\/p>\n\n\n\n<p>N.40: Tiram \u2013 Datuk Abdul Halim Suleiman.<\/p>\n\n\n\n<p>N.41: Puteri Wangsa \u2013 Teow Chia Ling<\/p>\n\n\n\n<p>N.42: Johor Jaya \u2013 Chan San San<\/p>\n\n\n\n<p>N.43: Permas \u2013 Baharudin Mohamed Taib.<\/p>\n\n\n\n<p>N.44: Larkin \u2013 Mohd Hairi Mad Shah<\/p>\n\n\n\n<p>N.45: Stulang \u2013 Bong Seng Heng<\/p>\n\n\n\n<p>N.46: Perling \u2013 Pannir Selvam<\/p>\n\n\n\n<p>N.47: Kempas \u2013 Datuk Ramlee Bohani.<\/p>\n\n\n\n<p>N.48: Skudai \u2013 Tan Hiang Kee.<\/p>\n\n\n\n<p>N.49: Kota Iskandar \u2013 Pandak Ahmad.<\/p>\n\n\n\n<p>N.50: Bukit Permai \u2013 Datuk Jafni Md Shukor<\/p>\n\n\n\n<p>N.51: Bukit Batu \u2013 R. Kumaran<\/p>\n\n\n\n<p>N.52: Senai \u2013 Tai Chee Chee<\/p>\n\n\n\n<p>N.53: Benut \u2013 Datuk Mohd Sumali Reduan.<\/p>\n\n\n\n<p>N.54: Pulai Sebatang \u2013 Hasrunizah Hasan<\/p>\n\n\n\n<p>N.55: Pekas Nanas \u2013 Tan Eng Meng<\/p>\n\n\n\n<p>N.56: Kukup \u2013 Md Israk Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada kejutan besar dalam senarai 56 orang calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor ke-16 yang kekal dengan pendirian hendak turun padang secara solo dan tidak akan bergabung dengan parti lain jika ia berjaya menubuhkan kerajaan negeri. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap yang [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19671,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-19670","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19670","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19670"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19670\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19672,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19670\/revisions\/19672"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/19671"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19670"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19670"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19670"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}