{"id":19678,"date":"2026-06-25T13:18:53","date_gmt":"2026-06-25T05:18:53","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19678"},"modified":"2026-06-25T13:36:05","modified_gmt":"2026-06-25T05:36:05","slug":"bn-johor-bergegar-dengan-dakwaan-puad-zarkashi-asyraf-wajidi-kata-ia-fitnah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19678","title":{"rendered":"BN Johor bergegar dengan dakwaan Puad Zarkashi&#8230;Setiausaha Agung Umno kata ia fitnah"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p>Barisan Nasional Johor yang akan berentap di 56 kerusi secara solo pada pilihanraya negeri pada 11 Julai ini hari ini digegarkan dengan tindak tanduk dan dakwaan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Puad Zarkashi yang boleh jejaskan keutuhan parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bekas ADUN Rengit umum keluar Umno serta dakwa parti itu kini boneka tidak lagi bebas membuat keputusan dan dikawal oleh istana.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki segera jawab dan dakwa tindakan Puad Zarkashi berikutan tuntutan peribadi untuk mencalonkan anaknya dalam pilihan raya tidak dipenuhi oleh kepimpinan tertinggi parti.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"700\" height=\"423\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/asyraf1zzz.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-19681\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut Asyraf Wajdi, Puad Zarkashi sebelum ini telah mengemukakan ugutan itu dan berkata, akan menyerang Umno sekiranya anaknya tidak dipilih menggantikan dirinya di Rengit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau sendiri menulis kepada saya secara panjang lebar mengugut untuk keluar parti dan akan menghentam parti sekiranya kepimpinan tertinggi Umno tidak mempertimbangkan untuk anak beliau sebagai calon di DUN Rengit,&#8221;katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Asyraf dakwa kenyataan Puad Zarkashi berbaur fitnah demi menutup alasan sebenar berkaitan isu pencalonan anaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Umno bukan parti warisan anak-beranak yang mesti mengutamakan keluarga dan suku-sakat untuk menjadi pemimpin,&#8221;tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah umum senarai 56 calon BN Johor petang semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Nama anak Puad Zarkashi tidak ada dalam senarai itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Calon untuk Rengit ialah Mohd Zaidi Japar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini Puad Zarkashi mendakwa ada yang tidak kena dalam senarai calon dan beliau akan buat kenyataan mengenainya pada 27 Jun.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindak tanduknya telah mencetuskan pelbagai spekulasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Puad Zarkashi kata ada yang akan menuduh beliau keluar Umno kerana kepentingan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Buat apa saya keluar ketika Umno dilihat kuat sehingga mahu berlawan solo di 56 kerusi. Saya tinggalkan Umno di saat KJ (Khairy Jamaluddin), Hishammuddin (Datuk Seri Hishammuddin Hussein), Noh Omar (Tan Sri Noh Omar) kembali masuk Umno bila melihat parti tambah kuat. Maka siapa yang ada kepentingan. Mereka atau saya?<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Alasan utama saya keluar Umno ialah, Umno Johor tidak lagi bebas membuat keputusan. Umno Johor dikawal oleh Istana dalam membuat keputusan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataan itu, Puad Zarkashi mendakwa satu bukti jelas ialah Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz sendiri buat pengakuan kepadanya semasa pertemuan di Saujana, Ahad lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Beliau memaklumkan bahawa pihak Istana yang titah kepada beliau agar DUN Johor dibubar pada 1 Jun 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Banyak lagi contoh contoh lain Onn Hafiz hanya pak turut. Itu menjadikan Umno Johor boneka yang terikat. Saya perlu melakukan &#8220;keberanian politik&#8221; mendedahkan kemungkaran ini sebelum menjadi parah,&#8221; dakwanya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya sedar saya akan dikecam dan dihina. Mungkin juga keselamatan saya terancam. Tetapi berbekalkan &#8220;keberanian politik&#8221;, saya bersedia bertempur dalam apa jua keadaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tidak mahu Umno dipimpin oleh &#8216;Pengecut Politik&#8217; sehingga menyebabkan calon BN diketawakan sebagai kitar semula, tiada aspirasi orang muda dan &#8220;mediocre&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya bertawakal kepada Allah. Kaulah pelindung yang tidak ada tolok bandingnya,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Asyraf Wajidi menyangkal dakwaan Puad Zarkashi yang memberikan alasan kononnya tindakan keluar parti itu disebabkan pihak Istana mengawal Umno Johor sehingga menitahkan pembubaran DUN Johor pada 1 Jun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung Umno itu berkata, bahawa ini bukan kali pertama Piad Zarkashi membuat ugutan sedemikian.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno, beliau  juga pernah mengugut untuk keluar parti sekiranya tidak dicalonkan semula sebagai ahli Parlimen Batu Pahat.<\/p>\n\n\n\n<p>Puad Zarkashi pertama dipilih menjadi calon Umno pada pilihan raya 2008 bagi kerusi Parlimen Batu Pahat yang dimenanginya. <br><br>Bagaimanapun beliau hanya berkhidmat selama satu penggal di Dewan Rakyat selepas tewas dalam pilihan raya 2013 kepada Mohd Idris Jusi daripada PKR.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun beliau dipilih semula menganggotai MKT Umno pada akhir tahun tersebut. Beliau kemudiannya digugurkan daripada menjadi calon oleh Umno dalam pilihan raya umum 2018.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan itu, beliau yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jasa pada Mac 2015 meletak jawatan pada 25 April 2018 sebagai tanda protes.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2022, Puad diletakkan sebagai calon BN di Rengit pada PRN Johor dan berjaya memenangi kerusi itu. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Speaker DUN Johor.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>LAPORAN LANJUT AKNA MENYUSUL &#8211; 25\/6\/2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional Johor yang akan berentap di 56 kerusi secara solo pada pilihanraya negeri pada 11 Julai ini hari ini digegarkan dengan tindak tanduk dan dakwaan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Puad Zarkashi yang boleh jejaskan keutuhan parti. Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bekas ADUN Rengit umum keluar Umno serta [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19679,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-19678","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19678","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19678"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19678\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19686,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19678\/revisions\/19686"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/19679"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19678"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19678"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19678"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}