{"id":19909,"date":"2026-07-13T17:52:46","date_gmt":"2026-07-13T09:52:46","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=19909"},"modified":"2026-07-13T17:52:47","modified_gmt":"2026-07-13T09:52:47","slug":"bn-tiada-perjanjian-dengan-pas-hanya-persefahaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=19909","title":{"rendered":"BN tiada perjanjian dengan PAS, hanya persefahaman"},"content":{"rendered":"\nBarisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang perjanjian rasmi dengan PAS, sebaliknya hanya wujud persefahaman dalam perkara-perkara tertentu.\n\nSehubungan itu, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, dakwaan kononnya wujud perjanjian antara kedua-dua pihak adalah tidak tepat kerana tiada sebarang persetujuan rasmi pernah dimeterai.\n\n\u201cKita tidak ada sebarang perjanjian dengan PAS. Kalau ada perbincangan pun sekadar understanding atau persefahaman.\n\n\u201cKita tidak memuktamadkan sebarang perbincangan itu. Kita lihatlah perkembangannya,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Kontinjen TVET@KKDW ke WorldSkills Shanghai 2026 di sini, hari ini.\n\nAhmad Zahid berkata, pengalaman sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyebabkan BN mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap kenyataan yang dikeluarkan PAS.\n\nMenurut beliau, apa yang dinyatakan parti itu sebelum ini berbeza dengan realiti yang berlaku menjelang hari penamaan calon dan hari pengundian.\n\n\u201cDi Johor kita telah melihat apa yang dinyatakan mereka itu berbeza dengan realiti sebelum hari penamaan calon, apatah lagi pada hari pengundian.\n\n\u201cJadi jangan terlalu positif dengan mereka. Kita harus bersangka baik sahaja, tetapi jangan terlalu positif. Mereka boleh tukar \u2018goal post\u2019 bila-bila masa,\u201d tegasnya.\n\nTambahnya, kenyataan yang dibuat pemimpin PAS ketika ini wajar dilihat sebagai kenyataan politik dan bukannya sesuatu yang boleh dianggap muktamad.-13\/7\/2026\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang perjanjian rasmi dengan PAS, sebaliknya hanya wujud persefahaman dalam perkara-perkara tertentu. Sehubungan itu, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, dakwaan kononnya wujud perjanjian antara kedua-dua pihak adalah tidak tepat kerana tiada sebarang persetujuan rasmi pernah dimeterai. \u201cKita tidak ada sebarang perjanjian dengan PAS. Kalau ada perbincangan pun [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4980,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-19909","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19909","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=19909"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19909\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19910,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/19909\/revisions\/19910"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4980"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=19909"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=19909"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=19909"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}