{"id":2171,"date":"2024-01-03T22:34:04","date_gmt":"2024-01-03T14:34:04","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=2171"},"modified":"2024-01-03T22:35:13","modified_gmt":"2024-01-03T14:35:13","slug":"apa-lagi-dengan-j-kom","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=2171","title":{"rendered":"Apa lagi dengan J-KOM ?\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang baru baru ini hangat dilanda isu rakaman &#8216;perbualan lucah antara dua lelaki&#8217; dijangka akan terus menjadi jabatan yang curi perhatian.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini gara gara pengumuman Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Rabu bahawa J-KOM akan dirombak bagi memastikan ia bergerak dengan modus operandi baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau dibuka balik latar belakang J-KOM ia ibarat sebuah jabatan yang &#8216;tak beres beres&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>J-KOM yang dulunya dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebelum ini duduk dibawah bumbung Kementerian Penerangan ( Kementerian Komunikasi).<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian ia dipindahkan ke bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri dan terbaru sudah balik ke Kementerian Komunikasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Fungsi JASA pernah dipersoalkan sebagai agensi kerajaan yang tidak cekap walaupun mempunyai 1046 kakitangan dan perbelanjaan besar sebanyak RM74 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas pilihan raya umum 2018 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan BN, Perdana Menteri baharu Tun Dr Mahathir Mohamad umum bahawa JASA serta beberapa buah agensi dan jabatan kerajaan akan dihapuskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Mahathir berkata JASA telah dibubarkan kerana memiliki terlalu banyak unsur politik.<\/p>\n\n\n\n<p>JASA dibubarkan sepenuhnya pada 15 Oktober 2018 dengan 300 orang penjawat awamnya diserap ke jabatan dan kementerian lain, sementara kakitangan kontraknya yang kebanyakannya berunsur politik ditamatkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun pada 2020 kerajaan Perikatan Nasional umum JASA akan dijenamakan semula menjadi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan pengurangan peruntukan daripada jumlah asal.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya J-KOM tidak akan disalah guna sebagai alat propaganda.<\/p>\n\n\n\n<p>Baru ini selepas isu rakaman perbualan panas melibatkan bekas Ketua Pengarahnya dengan seorang pegawai bawahan J-KOM,jabatan itu dipindah balik ke Kementerian Komunikasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Belum reda isu itu\u2026.peranan J-KOM dalam isu Langkah Dubai telah dipersoalkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop pada Sabtu lalu telah mendedahkan wujud \u2018Langkah Dubai\u2019 ketika percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga bekas Ketua Pengarah JASA menggangap imej J-KOM semakin merudum.<\/p>\n\n\n\n<p>Dakwanya selain isu rakaman perbualan panas,analisis yang dilakukan Ismail Yusop berkenaan Langkah Dubai cetek.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnalisis tersebut cetek, ia mengakibatkan kerajaan pula jadi defensif kerana beberapa nama disebut,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p>Media sebelum ini melaporkan, Ismail Yusop mendakwa gerakan tersebut untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh yang bergelar Tun menggunakan dana asing.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia didakwa bertujuan membahagikan tugas kepada ejen untuk mengenal pasti ahli Parlimen yang boleh menukar sokongan kepada pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Puad turut mempersoalkan mengenai keperluan Ismail Yusop yang memainkan isu Langkah Dubai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih sesuai J-KOM fokus naratif kerajaan tebuk atap musibah dan tidak akan tercapai. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan kata fatamorgana (khayalan),\u201d tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi Fadzil berkata, wujud keperluan untuk penyelarasan dilakukan terhadap fungsi dalam jabatan berkenaan pada masa depan bagi memastikan ia selari dengan hasrat Kerajaan Madani.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat pengumuman berkenaan perkara (rombakan dan penyelarasan J-KOM) berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebelum isu ini berbangkit memang saya sudah meneliti semula fungsi J-KOM dan melihat perlu ada penyesuaian beberapa fungsi tugas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, selepas ini, pihaknya akan mengubah modus operandi J-KOM, namun ia akan mengambil sedikit masa dan bergerak lebih positif selepas ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai pendedahan Ismail Yusop pasal Langkah Dubai ,Fahmi Fadzil menjelaskan beliau difahamkan kenyataan itu pada mulanya berasal daripada perbualan daripada Group Whatsapp yang disebarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu katanya, penyelarasan perlu dibuat bagi mengelak kejadian yang sama berulang semula.-3\/1\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang baru baru ini hangat dilanda isu rakaman &#8216;perbualan lucah antara dua lelaki&#8217; dijangka akan terus menjadi jabatan yang curi perhatian. Ini gara gara pengumuman Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Rabu bahawa J-KOM akan dirombak bagi memastikan ia bergerak dengan modus operandi baharu. Kalau dibuka balik latar belakang J-KOM ia ibarat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2172,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-2171","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2171","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2171"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2171\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2174,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2171\/revisions\/2174"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2172"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2171"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2171"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2171"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}