{"id":2409,"date":"2024-01-22T15:20:25","date_gmt":"2024-01-22T07:20:25","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=2409"},"modified":"2024-01-22T19:37:50","modified_gmt":"2024-01-22T11:37:50","slug":"kes-agus-wahab-sudah-sampai-ke-pejabat-peguam-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=2409","title":{"rendered":"Abdul Wahab fail saman fitnah terhadap &#8216;Chegu Bard&#8217;, tuntut RM5 juta"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR &#8211; Bekas Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abd Kader Jilani memfailkan saman terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai &#8216;Chegu Bard&#8217; yang didakwanya memfitnah, berhubung penyebaran satu video yang mengandungi perbualan lucah.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Wahab selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi firma guaman Tetuan Faizal Rahman &amp; Co pada 22 Disember 2023 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dengan menamakan Badrul Hisham sebagai defendan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam penyataan tuntutannya Abdul Wahab mendakwa defendan menerbitkan, menyiarkan dan mendedahkan penyataan-penyataan fitnah dalam bentuk video terhadap plaintif, melalui hantaran yang dibuat melalui laman Facebook defendan atas nama &#8216;Che GuBard&#8217; dan &#8216;Che&#8217;GuBard Official&#8217; untuk tontonan masyarakat umum.<\/p>\n\n\n\n<p>Dakwa plaintif, video itu menggambarkan seolah-olah beliau bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM Dr Mohammad Agus Yusoff sedang berbual secara lucah, yang bertujuan menunjukkan kononnya plaintif terlibat dengan aktiviti tidak bermoral atau aktiviti homoseksual.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Badrul Hisham (defendan) juga telah menerbitkan semula video hantaran Facebook berkenaan di platform Telegram defendan atas nama &#8220;Che&#8217;gu bard Original&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Wahab mendakwa laman Facebook dan Telegram itu merupakan milik defendan yang mempunyai akses dan kawal penuh ke atas laman-laman berkenaan, serta menerbitkan pernyataan-pernyataan fitnah bagi meraih manfaat untuk dirinya dalam bentuk populariti dan kedudukannya dalam kalangan pengikutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu,Abdul Wahab menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan RM5 juta serta ganti rugi am dibayar oleh defendan dalam jumlah yang ditaksirkan oleh mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Wahab juga meminta mahkamah agar defendan membuat permohonan maaf kepada beliau dalam masa 14 hari dari tarikh penghakiman dengan menyerahkan kepada peguam plaintif draf permohonan maaf untuk kelulusan plaintif.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, plaintif juga memohon supaya defendan dalam tempoh 48 jam selepas menerima kembali draf permohonan maaf yang diluluskan plaintif (Abdul Wahab), menerbitkannya selama tempoh 30 hari berturut-turut di akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian dan News Straits Times secara bertulis.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Wahab turut meminta defendan memadam pernyataan-pernyataan fitnah dan video berkenaan daripada semua laman media yang berada di bawah pengetahuan dan kawalannya. &#8211; BERNAMA- 22\/1\/2024<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>KEMASKINI : Sultan Kelantan tarik balik anugerah &#8216;Dato Paduka&#8217; kepada Dr Agus\u2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Darjah kebesaran yang bawa gelaran &#8216;Dato Paduka&#8217; dianugerah oleh Sultan Kelantan kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, ditarik balik.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut warta yang bertarikh 28 Disember 2023 penarikan balik Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) berkuat kuasa 2 Disember lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Darjah kebesaran itu dianugerah oleh Sultan Kelantan kepada beliau pada 12 November 2011.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagi menjunjung titah perintah Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato&#8217; Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DSPK) yang dianugerahkan kepada Mohammad Agus sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Penarikan balik ini berkuat kuasa mulai 2 Disember lalu,&#8221; kata warta berkenaan.- 18\/1\/2014<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>BERITA SEBELUM INI : <strong>Kes Agus-Wahab sudah sampai ke pejabat Peguam Negara<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Lama tak dengar cerita pasal kes bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Dr Mohammad Agus Yusof dan pegawai agensi itu Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya siasatan polis pasal kes gangguan seksual sudah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 18 Disember lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini diberitahu oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 18 Disember 2023. Buat masa ini, kertas siasatan itu masih di dalam kajian dan semakan Pejabat Peguam Negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 14 Disember lalu, Mohammad Agus dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan gangguan seksual olehnya terhadap kakitangan J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian didakwa berlaku di sebuah hotel di Bintulu pada 21 Oktober lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D akta sama atas kesalahan melanggar kesopanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Siasatan dijalankan selepas Abdul Wahab tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang bersama peguamnya, Faizal Abd Rahman pada 30 November lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, polis menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah didakwa membabitkan Mohammad Agus dan Abdul Wahab.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikutan itu Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM dan mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya itu adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.- 16\/1\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Bekas Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abd Kader Jilani memfailkan saman terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai &#8216;Chegu Bard&#8217; yang didakwanya memfitnah, berhubung penyebaran satu video yang mengandungi perbualan lucah. Abdul Wahab selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi firma guaman Tetuan Faizal Rahman &amp; Co pada<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2526,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-2409","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2409","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2409"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2409\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2525,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2409\/revisions\/2525"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2526"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2409"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2409"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2409"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}