{"id":2925,"date":"2024-02-16T23:15:37","date_gmt":"2024-02-16T15:15:37","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=2925"},"modified":"2024-02-16T23:15:41","modified_gmt":"2024-02-16T15:15:41","slug":"saya-tidak-mahu-bertolak-ansurmakilah-berbakul-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=2925","title":{"rendered":"&#8220;Saya tidak mahu bertolak ansur\u2026makilah berbakul&#8221;\u2026.- Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni hang belajar dari mana?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDia orang tua, jadi kalau orang tua rompak boleh? Kalau orang tua rogol boleh?<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim usia dan pangkat tidak sepatutnya dijadikan alasan, untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri membangkitkan hal ini ketika menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dengan \u2018perompak-perompak\u2019 besar di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak mahu bertolak ansur\u2026makilah berbakul, seranglah macam mana pun saya tidak akan bertolak ansur untuk bersihkan negara ini daripada perompak-perompak besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sudah beritahu hang Datuk Seri ka, Tan Sri ka, hang Tun ka, hang baik kita salute , hang rompak kita tangkap, sumbat dalam penjara. Bilik saya di Sungai Buloh masih ada, kosong,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar mengulangi ketegasan terhadap isu rasuah dan penyelewengan ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani &#8211; Barangan Basah dan Kering di Lembah Makanan, Bandar Perda, di Permatang Pauh, Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut membidas ahli Parlimen yang menyokong golongan seumpama itu dengan alasan kasihan melihat mereka diheret atau dihadapkan mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Serentak dengan itu beliau mengulangi pendiriannya mencampuri urusan mana- mana pihak berkuasa, termasuk SPRM, Anwar berkata usaha memerangi rasuah dilakukan secara menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambil menggesa pihak berkuasa supaya tidak perlu takut untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat rasuah, perdana menteri menegaskan pangkat dan peringkat umur tidak boleh dijadikan sebagai alasan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau orang itu (amalkan) rasuah, dia patut bimbang\u2026 kalau tak rasuah dia tak perlu takut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni orang yang rasuah berpuluh billion tak berani sentuh, kalau polis sarjan kena (terima rasuah) kes RM200 orang marah habis. Saya tak kata betul (terima rasuah), kalau salah\u2026 salahlah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi orang yang ambil RM10 billion tak berani sentuh, sebab ada kuasa tak berani sentuh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni kata dendam, kes lama, kalau ambil RM200 ringgit saya maafkan, tapi kes lama ambil RM20 billion ringgit, itu bukan duit aku, duit hang, tapi itu duit rakyat\u2026\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan isterinya Na&#8217;imah Abdul Khalid mengingatkan perdana menteri bahawa kuasa itu singkat dan perhitungan menunggu mereka yang menyalahgunakannya apabila SPRM melancarkan siasatan terhadap kekayaan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 23 Jan lalu, Naimah, 68, didakwa gagal mengisytiharkan hartanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Daim pula didakwa pada 29 Jan lalu atas pertuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta merangkumi 38 syarikat, 25 unit hartanah, tujuh kenderaan mewah, serta dua akaun dana pelaburan.<\/p>\n\n\n\n<p>SPRM juga telah mengarahkan anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Mirzan dan Mokhzani, untuk mengisytiharkan harta mereka.-16\/2\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cIni hang belajar dari mana?\u201d \u201cDia orang tua, jadi kalau orang tua rompak boleh? Kalau orang tua rogol boleh? Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim usia dan pangkat tidak sepatutnya dijadikan alasan, untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat rasuah. Perdana Menteri membangkitkan hal ini ketika menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dengan \u2018perompak-perompak\u2019 besar [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2926,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-2925","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2925","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2925"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2925\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2927,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2925\/revisions\/2927"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2926"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2925"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2925"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2925"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}