{"id":3295,"date":"2024-03-22T16:40:08","date_gmt":"2024-03-22T08:40:08","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=3295"},"modified":"2024-03-22T18:17:34","modified_gmt":"2024-03-22T10:17:34","slug":"kisah-lelaki-cina-yang-dihukum-penjara-6-bulan-isu-stokin-tetera-kalimah-allah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=3295","title":{"rendered":"Isu kalimah Allah : Padah bukan sengaja hina&#8230;hobi saja&#8230;kisah lelaki Cina yang dihukum penjara 6 bulan"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Gelagat Chiok Wai Loong pada 18 Mac baru ini mencuri perhatian bila dia buat permohonan maaf menerusi klip video pasal buat komen jelik dalam isu jualan stoking tetera kalimah Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa orang lelaki Melayu yang dipercayai anggota kumpulan silat berdiri sekitarnya semasa buat pengakuan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan Wai Loong yang berusia 35 tahun membuat permohonan maaf itu selepas ditemui pengguna FB &#8216;Tok Panglima Aduka&#8217; yang mencari di rumah keluarganya di Cheras dekat Kuala Lumpur susulan hantaran di facebook ditulisnya tular di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya Wai Loong meminta maaf pada semua umat Muslim dan mana-mana yang terasa hati dengan posting saya.Saya amat sedih dan menyesal perbuatan saya\u2026 Terima kasih pada Panglima Aduka dan rakan-rakan menegur saya bahawa kalimah ALLAH itu saya telah salah guna..,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas dijelaskan &#8216;Tok Panglima Aduka&#8217; berkenaan kepentingan kalimah Allah buat masyarakat Islam, Wai Loong berkata dia baru jelas bahawa kalimah Allah bukan sekadar \u2018logo\u2019 sebagaimana difahami sebelum ini dan penggunaannya tidak boleh dibuat main.<\/p>\n\n\n\n<p>Wai Loong menulis di Facebook bahawa stoking bertulis kalimah Allah itu harus dialu-alukan kerana ia akan melindungi pemakainya dari kepala ke kaki.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia juga memuat naik gambar stoking yang mempunyai gambar mukanya atas alasan untuk menghina dirinya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun ia tidak berakhir sekadar pengakuan minta maaf menerusi klip video.<\/p>\n\n\n\n<p>Wai Loong telah ditahan polis pada 20 Mac.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini 22 Mac dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 susulan komennya yang memperolok kontroversi jualan stoking tetera kalimah Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan itu disampaikan oleh hakim Suzana Hussin selepas Wai Loong mengaku bersalah dalam pertuduhan di mahkamah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Wai Loong yang tidak diwakili peguam mengaku membuat komen itu di facebook, memohon maaf tetapi menjelaskan dia tidak bermaksud menghina agama lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya komen macam keyboard warrior (jaguh siber). Bukan sengaja. Macam hobi (jadi jaguh siber), bukan sengaja hina. Hobi saja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tak tahu agama orang lain sangat sensitif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu dewa di pelbagai bahagian badan. Ingat hanya kecil punya hal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,\u201d kata juruteknik aplikasi sosial itu dengan sebak.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia memohon hukuman terhadapnya diringankan kerana bimbang hilang kerja dan pada masa sama menjaga ibunya yang berumur 63 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh memohon hukuman keras kerana tindakannya tidak sensitif terhadap umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, 24 laporan polis oleh pelbagai pihak terhadap Wai Loong menunjukkan perkara itu serius dan memberi kesan kepada banyak pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagaimana rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, rasa hormat tidak boleh sama sekali diketepikan,\u201d katanya.- 22\/3\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gelagat Chiok Wai Loong pada 18 Mac baru ini mencuri perhatian bila dia buat permohonan maaf menerusi klip video pasal buat komen jelik dalam isu jualan stoking tetera kalimah Allah. Beberapa orang lelaki Melayu yang dipercayai anggota kumpulan silat berdiri sekitarnya semasa buat pengakuan itu. Difahamkan Wai Loong yang berusia 35 tahun membuat permohonan maaf [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3296,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-3295","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3295","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3295"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3295\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3307,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3295\/revisions\/3307"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3296"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3295"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3295"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3295"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}