{"id":3472,"date":"2024-04-04T09:34:20","date_gmt":"2024-04-04T01:34:20","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=3472"},"modified":"2024-04-04T09:34:23","modified_gmt":"2024-04-04T01:34:23","slug":"teka-teki-mengenai-enam-kerusi-parlimen-pn-yang-lompat-sokong-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=3472","title":{"rendered":"Teka teki mengenai enam kerusi Parlimen PN yang lompat sokong Anwar…"},"content":{"rendered":"\n
<\/p>\n\n\n\n
Teka teki yang bermain dalam senario politik negara sekarang tentunya mengenai kedudukan enam kerusi Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang wakil rakyatnya lompat umum sokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n
Enam kerusi panas berkenaan disandang oleh ahli BERSATU yang bertanding atas tiket PN masa pilihanraya umum ke 15 November 2022.<\/p>\n\n\n\n
Mereka masih kekal ahli BERSATU sampai hari ini sekalipun sudah alih sokongan kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.<\/p>\n\n\n\n
Enam yang berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).<\/p>\n\n\n\n
Selain mereka terdapat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN dari Bersatu di Selangor yang ikut jejak mereka.<\/p>\n\n\n\n
Beliau ialah ADUN kawasan Selat Kelang Datuk Abdul Rashid Asari yang isytihar sokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.<\/p>\n\n\n\n
Isunya sekarang apakah mereka wajib kosongkan kerusi itu gara gara pindaan perlembagaan parti BERSATU yang diluluskan Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac.<\/p>\n\n\n\n
Terbaru pada 1 April Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sendiri sudah pun meluluskan pindaan berkenaan.Ini bererti ia sudah berkuatkuasa.<\/p>\n\n\n\n
Pindaan itu dengan jelas menetapkan perlucutan keahlian bagi Ahli Parlimen dan ADUN yang menyokong pihak bertentangan dengan parti itu.<\/p>\n\n\n\n
Pindaan itu dibuat selepas enam Ahli Parlimen BERSATU isytihar sokong kepada Anwar.<\/p>\n\n\n\n
Selain bertujuan ‘menghukum’ enam Ahli Parlimen berkenaan pindaan itu akan jadi benteng perundangan untuk sekat sebarang tindak tanduk khianati parti di masa depan.<\/p>\n\n\n\n
Dalam reaksi awalnya Ahli Parlimen Labuan Suhaili dengan lantang mendakwa pindaan itu tidak boleh diguna pakai keatas mereka enam orang kerana ia cuma berkuatkuasa mulai 1 April.<\/p>\n\n\n\n
Sedangkan,katanya mereka sudah isytihar sokong Perdana Menteri jauh lebih awal lagi.<\/p>\n\n\n\n
Namun kalangan pimpinan Bersatu menolak tafsiran itu.<\/p>\n\n\n\n
Setiausaha Agung BERSATU Datuk Hamzah Zainuddin menegaskan Suhaili bukanlah orangnya yang boleh menentukan hal itu.<\/p>\n\n\n\n
Beliau membayangkan parti itu akan ambil langkah ikut undang undang untuk tangani kedudukan enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN yang belot itu.<\/p>\n\n\n\n
Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris kata Ahli Parlimen dan seorang ADUN berkenaan akan diberi peluang menetapkan pendirian semula, sebelum tindakan pengguguran sebagai keahlian dilakukan.<\/p>\n\n\n\n
“Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan menghantar surat kepada Ahli Parlimen dan seorang ADUN yang mengisytiharkan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n
“Mereka diberi tempoh menyatakan pendirian, jika tetap menyokong Anwar, keahlian akan tergugur secara automatik seperti pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS),” katanya.<\/p>\n\n\n\n
Mengenai tindakan seterusnya, Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu, berkata tindakan susulan akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada enam ahli parlimen dan ADUN berkenaan.<\/p>\n\n\n\n
Mahu tidak mahu penentu enam kerusi Parlimen dan satu kertusi DUN itu perlu dikosongkan atau tidak mengikut kehendak pindaan perlembagaan BERSATU mungkin terletak pada Speaker Dewan Rakyat\/Dewan Undangan Negeri atau Pendaftar Pertubuhan atau jalan akhir mahkamah.<\/p>\n\n\n\n
Mengambil kira jika keputusan kosong atau tidak enam kerusi Parlimen dan satu DUN itu melibatkan faktor berkenaan\u2026prosesnya besar kemungkinan akan makan masa.<\/p>\n\n\n\n
Namun misalnya pengosongan kerusi perlu dibuat segera oleh mereka\u2026teka teki yang cukup menarik pastinya siapa yang bakal menang dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan nanti.<\/p>\n\n\n\n
Senario politik semasa ketika pilihanraya umum ke 15 November 2022 dan sekarang tentu banyak perbezaan.<\/p>\n\n\n\n
Contohnya waktu PRU 15 UMNO-BN berentap lawan Pakatan Harapan\u2026namun selepas itu keduanya sudah duduk bawah satu bumbung sama dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n\n\n\n
Sebaliknya BERSATU pula masih kekal dengan PAS dalam gabungan PN yakni sama ketika berdepan dengan PRU ke 15.<\/p>\n\n\n\n
Pilihanraya kecil di enam kawasan parlimen dan satu DUN ini juga dapat menjawab soalan besar yang berlegar apakah faktor \u2018Green Wave\u2019 yang telah menguatkan PN masa PRU15 masih membara.<\/p>\n\n\n\n
Ada juga pemerhati politik yang awal awal buat ramalan mudah berdasarkan gabungan antara parti politik terkini BN ada peluang merampas balik tiga kerusi Parlimen yakni Bukit Gantang, Kuala Kangsar dan Labuan.<\/p>\n\n\n\n
PN pula dijangka boleh pertahan dua kerusi iaitu Tanjong Karang dan Jeli.<\/p>\n\n\n\n
Satu kerusi pula yakni Gua Musang dikira 50-50 antara dua gabungan itu.<\/p>\n\n\n\n
Di Bukit Gantang,Perak misalnya jika tidak berlaku perubahan besar dikalangan penyokong semasa PRU 15 ada 19,869 orang undi calon UMNO-BN manakala 18,565 undi calon PH-Amanah.<\/p>\n\n\n\n
Ini menjadikan jumlah penyokong kerajaan perpaduan di situ seramai 38,434 orang.<\/p>\n\n\n\n
Syed Abu Hussin menang atas tiket BERSATU-PN waktu itu dengan sokongan 32,625 undi.<\/p>\n\n\n\n
Diatas kertas tanpa ambil kira faktor lain ada kelebihan 5,809 undi untuk kerajaan perpaduan.<\/p>\n\n\n\n
P59 BUKIT GANTANG<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Pengundi: 94,253<\/p>\n\n\n\n
Peratusan Kaum: M: 67,225; C: 17,974; I: 8,515; L: 543<\/p>\n\n\n\n
SYED ABU HUSSIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL (PN-BERSATU) 32,625 MENANG
Fakharuldin Mohd Hashim (PH-AMANAH) 18,565
Mohd Shukri Mohd Yusoff (PEJUANG) 508
Mohammad Sollehin Mohamad Tajie (BN-UMNO) 19,869
Majoriti: 12,756<\/p>\n\n\n\n
Undi Ditolak: 1,033<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Undi:. 94,253<\/p>\n\n\n\n
Peratus Mengundi: 77.2%<\/p>\n\n\n\n
PRU14: SYED ABU HUSSIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL (BN)<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Undi: 22,450<\/p>\n\n\n\n
Majoriti : 4,089<\/p>\n\n\n\n
Di Kuala Kangsar pula jumlah yang undi calon UMNO-BN 10,814 manakala yang undi PH-Amanah 10,356 maka jumlahnya 21,170 undi.<\/p>\n\n\n\n
Iskandar Zulkarnain yang bertanding atas tiket BERSATU-PN menang dengan undi 14,380.<\/p>\n\n\n\n
Ini bermakna penyokong kerajaan perpaduan berjumlah 21,170 yakni 6,790 melebihi pengundi yang sokong PN.<\/p>\n\n\n\n
P67 KUALA KANGSAR<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Pengundi: 46,985<\/p>\n\n\n\n
Peratusan Kaum: M:33,109; C:9,848; I:3,075; OA:554; L:421<\/p>\n\n\n\n
DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN ABDUL KHALID (PN-BERSATU) 14,380 MENANG
Datuk Maslin Sham Razman (BN-UMNO)10,814
Yusmalia Mohamad Yusof (Pejuang)204
Ahmad Termizi Ramli (PH-Amanah)10,356
Jumlah undi36,229<\/p>\n\n\n\n
Peratus 77.1%<\/p>\n\n\n\n
Undi ditolak 442<\/p>\n\n\n\n
Kertas undi tidak dikembalikan 33<\/p>\n\n\n\n
Majoriti 3,566<\/p>\n\n\n\n
PRU14: MASTURA YAZID (BN)<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Undi: 12,102<\/p>\n\n\n\n
Majoriti : 731<\/p>\n\n\n\n
Di Labuan juga nampak cerah untuk calon UMNO-BN.<\/p>\n\n\n\n
Calon BERSATU \u2013 PN Suhaili menang dengan undi 8,124.<\/p>\n\n\n\n
Calon UMNO-BN pula dapat 7,416 manakala PH-Amanah 5,307.<\/p>\n\n\n\n
Calon parti Warisan yang diduga sokong kerajaan perpaduan pula 7,310.<\/p>\n\n\n\n
Ini bermakna ada 20,033 undi di situ.<\/p>\n\n\n\n
166 LABUAN<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Pengundi: 44,522<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Kaum: M: 14,538; C: 7,546; I: 542; Bumi:19,750; L: 2,146<\/p>\n\n\n\n
Bashir Alias (BN-UMNO) \u2013 7,416
Dr Ramli Tahir (PH-AMANAH) \u2013 5,307
Ramle Mat Daly (PEJUANG) \u2013 90
Rozman Isli (WARISAN) \u2013 7,310
SUHAILI ABD RAHMAN (PN-BERSATU) \u2013 8,124 MENANG
Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din (PBM) \u2013 202
Majoriti: 708<\/p>\n\n\n\n
Undi Rosak: 246<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Undi: 28,762<\/p>\n\n\n\n
Peratus Mengundi: 64.7%<\/p>\n\n\n\n
PRU14: ROZMAN BIN ISLI (BN)<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Undi: 10,164<\/p>\n\n\n\n
Majoriti: 1,450<\/p>\n\n\n\n
Di Gua Musang calon veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah tewas tipis sebanyak 163 undi saja.<\/p>\n\n\n\n
Kawasan ini mempunyai pengundi seramai 70,254 dan diletak pada kedudukan 50 \u2013 50 antara BN-PH dan BERSATU -PN<\/p>\n\n\n\n
Pada PRU 15 Tengku Razaleigh Hamzah BN-UMNO dapat 21,663 undi.<\/p>\n\n\n\n
Calon PN yang menang Mohd Azizi dapat 21,826.<\/p>\n\n\n\n
Persaingan sengit pasti berlaku kerana PAS anggota gabungan PN mempunyai ramai penyokong di Kelantan serta kawasan parlimen berkenaan.<\/p>\n\n\n\n
Jika Tengku Razaleigh dicalonkan bertanding semula sudah tentu beliau akan berhempas pulas berusaha menebus kekalahan tipisnya pada PRU15.<\/p>\n\n\n\n
P32 GUA MUSANG<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Pengundi: 70,254<\/p>\n\n\n\n
Peratusan Kaum: M: 78.47%; C:5.80%; I:0.46%; OA: 14.59; L: 0.69%<\/p>\n\n\n\n
Tengku Razaleigh Hamzah (BN-UMNO)21,663
DATUK MOHD AZIZI ABU NAIM (PAS-Bersatu) 21,826 MENANG
Dr Samsu Adabi Mamat (Putra-Pejuang)371
Asharun Uji (PH-PKR)4,517
Jumlah undi 49,699<\/p>\n\n\n\n
Peratus 70.7 peratus<\/p>\n\n\n\n
Undi ditolak 743<\/p>\n\n\n\n
Kertas undi tidak dikembalikan 579<\/p>\n\n\n\n
Majoriti 163<\/p>\n\n\n\n
PRU14: TENGKU RAZALEIGH HAMZAH (BN)<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Undi: 19,426<\/p>\n\n\n\n
Majoriti: 3,913<\/p>\n\n\n\n
Di Jeli nampak berat kepada PN.<\/p>\n\n\n\n
Calon PN Zahari Kecik menang dengan 27,072 undi<\/p>\n\n\n\n
Calon UMNO-BN kawasan ini dapat 14,608<\/p>\n\n\n\n
Manakala calon PH-AMANAH dapat 1,140<\/p>\n\n\n\n
Jika dijumlah kedua calon UMNO dan Amanah jumlahnya 15,748 sahaja.<\/p>\n\n\n\n
P30 JELI<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Pengundi: 59,798<\/p>\n\n\n\n
Peratusan Kaum: M: 97.65%; C:0.18%; I:0.11%; OA: 0.79%; L: 1.28%<\/p>\n\n\n\n
Muhammad Daud (PEJUANG) 133
ZAHARI KECIK (PN-BERSATU) 27,072 MENANG
Norwahida Patuan (BN-UMNO) 14,608
Md Radzi Wahab (PH-AMANAH) 1,140
Majoriti: 12,464<\/p>\n\n\n\n
Undi Rosak: 635<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Undi: 43,732<\/p>\n\n\n\n
Peratus Mengundi: 73.1 %<\/p>\n\n\n\n
PRU14: DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED (BN)<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Undi: 21,665<\/p>\n\n\n\n
Majoriti: 6,647<\/p>\n\n\n\n
Di Tanjong Karang juga nampak berat pada PN.<\/p>\n\n\n\n
Calon PN pada PRU 15 Dr Zulkafperi menang dengan 18,054 undi.<\/p>\n\n\n\n
Calon UMNO-BN pula dapat 15,874<\/p>\n\n\n\n
Calon parti MUDA yang kini diduga menyokong PN dapat 12,314.<\/p>\n\n\n\n
Siapa tahu PN mungkin letak bekas \u2018orang kuat\u2019 kawasan itu Tan Sri Noh Omar sebagai calon untuk kukuhkan harapan untuk mempertahankan kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n
Bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang dan bekas menteri itu dikatakan masih ada pengaruh besar di situ.<\/p>\n\n\n\n
P95 TANJONG KARANG<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Pengundi: 62,186<\/p>\n\n\n\n
Peratusan Kaum: M:73.20%; C:17.17%; I:8.20%; L:2.41%<\/p>\n\n\n\n
Azlan Sani Zawawi (Pejuang-Gagasan Bangsa)3,557
Mohd Rosni Mastol (Bebas\/)1,406
KAPTEN (B) DATUK DR ZULKAFPERI HANAPI (PN-Bersatu) 18,054 MENANG
Siti Rahayu Baharin (MUDA)12,314
Datuk Habibah Mohd Yusof (BN-UMNO)15,874
Jumlah undi 51,872<\/p>\n\n\n\n
Peratus 83.4 peratus<\/p>\n\n\n\n
Undi ditolak 573<\/p>\n\n\n\n
Kertas undi tidak dikembalikan 94<\/p>\n\n\n\n
Majoriti 2,180<\/p>\n\n\n\n
PRU14: NOH OMAR (BN)<\/p>\n\n\n\n
Jumlah Undi: 17,596<\/p>\n\n\n\n
Majoriti: 1,970<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Teka teki yang bermain dalam senario politik negara sekarang tentunya mengenai kedudukan enam kerusi Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang wakil rakyatnya lompat umum sokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Enam kerusi panas berkenaan disandang oleh ahli BERSATU yang bertanding atas tiket PN masa pilihanraya umum ke 15 November 2022. Mereka masih kekal ahli BERSATU […]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3473,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-3472","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3472","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3472"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3472\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3474,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3472\/revisions\/3474"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3473"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3472"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3472"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3472"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}