{"id":4198,"date":"2024-05-25T14:49:42","date_gmt":"2024-05-25T06:49:42","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=4198"},"modified":"2024-05-26T22:05:49","modified_gmt":"2024-05-26T14:05:49","slug":"isu-penyasaran-subsidi-dieselhamzah-jawab-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=4198","title":{"rendered":"KEMASKINI : Anwar &#8216;tembak&#8217; balik Hamzah\u2026dakwa nak elak jawab apakah PN mendukung tauke kaya dan orang asing"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Tembak menembak&#8217; antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai isu penyasaran subsidi diesel jalan terus.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini selepas pada Jumaat Perdana Menteri persoal Ketua Pembangkang itu hendak pertahan siapa kerana menentang langkah kerajaan hendak laksana penyasaran subsidi diesel.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Sabtu Hamzah mendakwa kritikan Perdana Menteri sebagai satu serangan politik yang tidak berpijak di bumi nyata.<\/p>\n\n\n\n<p>Hamzah menilai begitu kerana mendakwa Anwar seolah-olah melihat hanya isu golongan \u2018maha kaya\u2019 dan warga asing perkara yang menggusarkan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya sedangkan isu pokok yang meresahkan rakyat adalah kesan pemotongan subsidi minyak terhadap keseluruhan rantaian ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Ahad ketika menyentuh isu itu semasa sidang akhbar selepas menghadiri Pameran Era Pasca Normal Madani di Kuala Lumpur Anwar anggap Hamzah cakap begitu kerana hendak mengelak daripada menjawab persoalan apakah PN menyokong golongan kaya serta warga asing berhubung rasionalisasi subsidi.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginya Setiausaha Agung Perikatan Nasional itu cuba mengalih perhatian dengan meminta beliau melawat pasar basah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hampir saban minggu saya ke warung-kecil kecil dan pasar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dan setiap kali saya pergi, saya tanya harga barang, masalah mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi, saya ingat dia (Hamzah)nak elak dari jawapan tentang parti itu mendukung tauke-tauke kaya dan orang asing, itu dia belum jawab,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu Hamzah juga mengkritik Anwar kerana tidak mengumumkan bila rasionalisasi subsidi bahan api akan dimulakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 21 Mei lalu, Anwar menerusi Perutusan Negara umum kerajaan akan menamatkan subsidi diesel, dengan jangkaan penjimatan RM4 bilion yang menurutnya hanya menguntungkan &#8220;maha kaya&#8221; dan lebih tiga juta warga asing sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyentuh hal ini Anwar menjawab bahawa Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan pikul tugas menjelaskan butiran mekanisme dan tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api diesel yang kerajaan setuju hendak laksana.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya ia akan dimaklumkan pada masa terdekat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas kritikan yang mempersoalkan mengapa hal itu belum diumum lagi beliau menjelaskan bukan semua Perdana Menteri yang lakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda orang tanya mengapa? Bukan semua Perdana Menteri yang lakukan. Saya beri gambaran dan kerangka besar, kemudian akan ada tindakan susulan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu ketika ditanya mengenai calon jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, calonnya sudahpun dikenal pasti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSudah\u2026 kita sudah ikut prosesnya dan ia harus dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,\u201d katanya sambil menambah proses pemilihan calon itu tidak memerlukan kerajaan berunding dengan Timbalan Pengerusi SPR sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan pengerusi suruhanjaya itu kosong sejak persaraan, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada 9 Mei lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyentuh mengenai pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu bagi menggantikan Senator Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada 10 Mei lepas, Anwar berkata perkara itu akan dibincangkan esok ketika berada di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada peringkat awal kita akan bincang dengan kepimpinan parti, kemudian bersama pimpinan (kerajaan negeri Sarawak) kerana perkhidmatan dua Yang Dipertua (sebelum ini) tamat sebelum tempoh. Jadi saya akan bincang perkara ini esok di Sarawak,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjawab isu Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau \u2018parallel pathway\u2019 yang kian berlarutan, Anwar berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini. \u2013 26\/5\/2024<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Isu penyasaran subsidi diesel\u2026Hamzah jawab Anwar<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Sabtu mengeluarkan satu kenyataan untuk menjawab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mempersoalkan &#8216;dia hendak pertahankan siapa&#8217; kerana didakwa menentang langkah kerajaan hendak laksana penyasaran subsidi diesel.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung Perikatan Nasional yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu mendakwa kritikan Perdana Menteri sebagai satu serangan politik yang tidak berpijak di bumi nyata.<\/p>\n\n\n\n<p>Hamzah menilai begitu kerana mendakwa Anwar seolah-olah melihat hanya isu golongan \u2018maha kaya\u2019 dan warga asing perkara yang menggusarkan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya sedangkan isu pokok yang meresahkan rakyat adalah kesan pemotongan subsidi minyak terhadap keseluruhan rantaian ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya perkara itu akan melonjakkan lagi kos sara hidup rakyat ketika harga barang sudah pun melambung tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBetul, pemotongan subsidi diesel ini melibatkan sekelompok sosio masyarakat dan dijangka menjimatkan RM4 bilion setahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi, ini juga bermakna akan ada sekumpulan besar rakyat perlu membayar RM4 bilion itu dari \u2018kais pagi, makan pagi\u2019 mereka. Siapa yang akan tanggung kenaikan kos ini? Pastinya, kumpulan M40 dan B40 yang paling merasai impaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu, sebagai Perdana Menteri, janganlah buat kenyataan yang tidak berpijak di bumi yang nyata,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap kepaad wartawan Malaysia di Tokyo Jumaat Anwar yang membidas kenyataan Hamzah mengkritik penyasaran subsidi itu,berkata penyasaran subsidi diesel bukanlah bertujuan untuk menyusahkan rakyat sebaliknya ditujukan kepada golongan kaya dan warga asing yang telah lama menikmati subsidi daripada bahan bakar berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMengapa dia (Hamzah) sibuk menentang penyasaran (subsidi). Dia nak pertahankan siapa? Kita tekankan penyasaran subsidi ini untuk menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDiesel tidak digunakan majoriti rakyat dan bagi golongan terkait seperti pemandu teksi, peniaga kecil, nelayan, semua diberi pengecualian dan bantuan untuk menampung kenaikan kos itu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataanya Hamzah juga persoal masih tiada pengumuman daripada mana-mana menteri mengenai hal mekanisme penyasaran, mahupun pemberian subsidi baharu walaupun selepas lapan bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya rasionalisasi minyak kali pertama dibentangkan adalah dalam pembentangan Belanjawan 2024 tahun lalu lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSejak merdeka, belum pernah rakyat dipaksa menunggu sehingga lapan bulan untuk mendapatkan penjelasan berhubung mekanisme pelaksanaan satu dasar yang amat penting terhadap ekonomi negara melibatkan perbelanjaan harian rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan sampai rakyat tidak lagi percaya dengan perutusan Perdana Menteri berhubung penyasaran subsidi selepas ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang pasti, rakyat tidak lupa bagaimana Perdana Menteri berjanji untuk menurunkan harga minyak sebelum beliau berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKegagalan menunaikan janji ini takkan dapat ditutup dengan retorik dan serangan politik semata-mata,\u201d katanya.- 25\/5\/2024<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8216;Tembak menembak&#8217; antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai isu penyasaran subsidi diesel jalan terus. Ini selepas pada Jumaat Perdana Menteri persoal Ketua Pembangkang itu hendak pertahan siapa kerana menentang langkah kerajaan hendak laksana penyasaran subsidi diesel. Pada Sabtu Hamzah mendakwa kritikan Perdana Menteri sebagai satu serangan politik yang [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4199,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-4198","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4198","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4198"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4198\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4207,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4198\/revisions\/4207"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4199"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4198"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4198"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4198"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}